PUTRAJAYA: Syarikat utiliti kuasa, Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah menyediakan pelbagai aset di lokasi terjejas banjir bagi memastikan bekalan elektrik pulih sepenuhnya.
Menurut Suruhanjaya Tenaga (ST), aset yang disediakan ialah 296 set jana kuasa bergerak, 227 set jana kuasa kecil mudah alih, 289 lori, 885 kenderaan pacuan empat roda, 38 bot dan 108 lampu limpah di lokasi yang sering dilanda banjir.
Suruhanjaya itu berkata usaha itu dijalankan bagi memastikan keselamatan orang awam dan jaminan bekalan elektrik berterusan di pusat pemindahan sementara (PPS) serta pemulihan bekalan segera di kawasan dilanda banjir.
"Melihat kepada persiapan ini, ST berharap langkah yang telah diambil TNB dalam menghadapi banjir dapat menjamin aspek penjagaan keselamatan, pengurusan bekalan, penghebahan maklumat dan sebagainya untuk kepentingan orang awam," katanya dalam kenyataan hari ini.
ST turut memaklumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Razib Dawood telah melawat Bilik Gerakan Rangkaian Pembahagian di Petaling Jaya, semalam bagi memantau persiapan TNB bagi menghadapi musim banjir tahun ini.
Mengambil maklum mengenai insiden yang meragut tiga nyawa akibat terkena renjatan elektrik di Tumpat, Kelantan pada Isnin lepas, ST berkata suruhanjaya itu memandang serius tragedi berkenaan dan akan terus melindungi kepentingan masyarakat khususnya dalam aspek keselamatan elektrik ketika banjir.
"ST mengingatkan orang ramai agar mematikan sepenuhnya bekalan elektrik di rumah sekiranya diminta untuk berpindah. Jika terdapat sebarang masalah berhubung bekalan elektrik, boleh hubungi TNB Careline di talian 15454," menurut kenyataan itu.
Suruhanjaya itu turut menasihatkan orang ramai untuk mematuhi tips keselamatan elektrik yang disediakan oleh pihaknya dan TNB.
Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan atau aduan dinasihatkan untuk menghubungi ST melalui talian 03-8870 8800, email e-aduan@st.gov.my atau melayari laman sesawang ST www.st.gov.my untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2022
Antara aset yang disediakan ialah 296 set jana kuasa bergerak, 227 set jana kuasa kecil mudah alih, 289 lori, 885 kenderaan pacuan empat roda, 38 bot dan 108 lampu limpah. - Gambar fail
KLN pantau situasi di Rusia, gesa rakyat Malaysia berwaspada
Kementerian Luar Negeri (KLN) Malaysia, melalui kedutaannya di Moscow, sedang memantau dengan teliti serangan dron baru-baru ini di Moscow dan perkembangan di wilayah Kursk.
Anwar kecam kegagalan masyarakat antarabangsa hentikan kekejaman Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kekecewaannya terhadap "kegagalan sepenuhnya" masyarakat antarabangsa dalam mendesak menamatkan kekejaman Israel di Gaza.
Produk Kopi Pejuang dikesan ada racun berjadual tadalafil - KKM
Produk Kopi Pejuang dikesan mengandungi tadalafil iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur seiring pasaran serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis seiring dengan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau.
KPKM keluarkan syor harga siling kos upah bajak, tuai padi berkuat kuasa esok
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengeluarkan syor harga siling kos upah bagi kerja membajak dan menuai padi yang mengambil kira harga diesel semasa, berkuat kuasa esok.
ADUN Rembia perlu kemuka bukti sertai Pas sejak 2023 - Ketua Menteri
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis perlu mengemukakan bukti beliau menyertai Pas sejak 2023 sebelum persidangan DUN pada November ini.
Mahkamah Rayuan batal saman edar dadah terhadap pesalah juvana
Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan sabitan terhadap seorang pemuda atas kesalahan mengedar 2.3 kilogram (kg) metamfetamina lima tahun lepas ketika dia masih remaja.
AWANI 7:45 [22/08/2024] – Bantah had umur calon Pilkada | Celik kewangan belia MADANI | Rayuan terhadap Yasin dibenarkan
- Yasin dihukum dipenjara seumur hidup, 16 sebatan
- PM ingatkan, amanah ketika pegang kuasa, jangan bebal bila dah jatuh
- Gelora di Indonesia, mahasiswa ke jalanan undang-undang pemilihan kepala daerah
- 'Whistle' BlackPink rekod 900 juta tontonan di YouTube
- PM ingatkan, amanah ketika pegang kuasa, jangan bebal bila dah jatuh
- Gelora di Indonesia, mahasiswa ke jalanan undang-undang pemilihan kepala daerah
- 'Whistle' BlackPink rekod 900 juta tontonan di YouTube
AWANI Ringkas: Celik kewangan | Pelancongan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 22 Ogos 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Ogos 2024
1️⃣ Inisiatif "celik kewangan belia MADANI" bakal dilancar
2️⃣ 10 hotel akan dibuka di Pulau Pinang
3️⃣ Wanita UMNO mahu calon wanita kekal di DUN Mahkota
#awaniringkas
1️⃣ Inisiatif "celik kewangan belia MADANI" bakal dilancar
2️⃣ 10 hotel akan dibuka di Pulau Pinang
3️⃣ Wanita UMNO mahu calon wanita kekal di DUN Mahkota
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan sentimen serantau yang lemah
Bursa Malaysia ditutup pada paras harian yang rendah hari ini, menjejaki prestasi suram dalam bursa serantau yang lain, kata seorang penganalisis.
Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari
Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini, dengan indeks utama naik 4.36 mata, disokong oleh aktiviti belian di kaunter utiliti dan perkhidmatan kewangan.
TNB jalin kerjasama dengan GDS untuk bekal kuasa ke pusat data
Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan menyediakan bekalan elektrik voltan tinggi kepada kampus pertama pusat data GDS IDC Services (Malaysia) Sdn Bhd (GDS) di negara ini melalui satu perkongsian strategik.
Bekalan elektrik stabil bukti kerja pemulihan dilaksana dengan segera - TNB
Ia sepertimana dibuktikan dalam kejadian gangguan bekalan di beberapa kawasan tengah hari tadi, jelas Datuk Baharin Din.
Hubungi TNB untuk sahkan identiti pemasang meter pintar
Pemilik rumah boleh menghubungi Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk mendapatkan pengesahan pengenalan diri pemasang meter pintar bagi mengelak penyamaran oleh pihak tertentu bagi tujuan tidak baik.
Tiada kebakaran semula pada kabel elektrik Jambatan Pulau Pinang - TNB
TNB mengesahkan tiada kebakaran semula berlaku pada ketiga-tiga kabel elektrik yang dilaporkan terbakar di Jambatan Pulau Pinang, semalam.
Untung bersih suku ketiga TNB susut kepada RM1 bilion
TNB mencatatkan keuntungan bersih bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020 lebih rendah kepada RM1 bilion berbanding RM1.20 bilion tahun lalu.
Tiada penjualan aset strategik TH - Mujahid
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini menepis dakwaan kononnya Lembaga Tabung Haji (TH) telah melepaskan pegangan aset dan ekuiti strategik berjumlah RM2.6 bilion.
TNB lantik Ong Ai Lin pengarah bebas
Tenaga Nasional Bhd melantik Ong Ai Lin sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutifnya berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Kerajaan tanggung bil lampu jalan Felda, Felcra, Ketengah
Kerajaan akan menyelesaikan masalah bekalan elektrik lampu jalan terputus di tanah Felda, Felcra dan Ketengah dengan menanggung bil berjumlah RM7.076 juta.