KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup pada paras harian yang rendah hari ini, menjejaki prestasi suram dalam bursa serantau yang lain, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.47 mata atau 0.64 peratus, kepada 1,605.35 berbanding 1,615.82 yang dicatatkan semalam.
Indeks penanda aras, yang dibuka 1.11 mata lebih rendah pada 1,614.71 berada pada trajektori menurun untuk baki sesi.
Di pasaran yang lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 834 berbanding 400, dengan 424 kaunter tidak berubah, 763 tidak diniagakan dan 50 yang lain digantung.
Jumlah dagangan merosot kepada 4.73 bilion unit bernilai RM3.68 bilion daripada 4.86 bilion unit bernilai RM3.79 bilion yang dicatatkan pada Selasa.
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd, Kenneth Leong berkata FBM KLCI telah merosot bagi mencerminkan kerugian berturut-turut keempatnya, ini sejajar dengan kelemahan di seluruh pasaran serantau yang terjejas oleh kenyataan agresif daripada pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) yang menandakan potensi persekitaran kadar faedah yang lebih tinggi untuk tempoh yang agak lama.
Di peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun mencatatkan kejatuhan sebanyak 0.77 peratus kepada 38,556.87, Indeks Hang Seng Hong Kong susut 1.83 peratus kepada 18,477.01, Kospi Korea Selatan turun 1.67 peratus kepada 2,677.30, manakala Indeks Komposit SSE Shanghai menokok 0.05 peratus kepada 3,111.02.
"Secara teknikal, FBM KLCI telah membentuk satu lagi petunjuk menurun apabila indeks utama menunjukkan corak penarikan balik yang dilanjutkan.
"Buat masa ini, kami menjangkakan penyatuan yang lebih ke arah penurunan yang bakal terbentuk dengan indeks utama menguji semula tahap 1,600," katanya kepada Bernama.
Melangkah ke hadapan, beliau berkata kelemahan selanjutnya mungkin berlaku di tengah-tengah ketiadaan pemangkin baharu manakala sentimen kekal tidak berubah menjelang data Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) Amerika Syarikat yang merupakan pengukur pilihan Fed untuk mengukur inflasi, yang dijadualkan dikeluarkan lewat minggu ini.
Di pasaran tempatan, beliau berkata pelabur akan memantau pengumuman pendapatan korporat sehingga akhir minggu ini.
Di kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank serta CIMB susut empat sen, masing-masing kepada RM4.08 dan RM6.87, IHH Healthcare turun satu sen kepada RM6.19, Maybank kehilangan sembilan sen kepada RM9.90 dan Tenaga Nasional merosot enam sen kepada RM13.20.
Antara saham aktif, Market Kawan Renergy yang membuat kemunculan kali pertama di Pasaran ACE naik 16.5 sen kepada 46.5 sen, Alpha IVF Group meningkat setengah sen kepada 32 sen, manakala Epicon menyaksikan kerugian sebanyak 8.5 sen kepada 31.5 sen, AHB Holdings susut 2.5 sen kepada 12.5 sen dan Revenue Group adalah 1.5 sen lebih rendah kepada 22 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas tidak bermaya sebanyak 66.47 mata kepada 12,244.54, Indeks FBMT 100 jatuh 66.47 mata kepada 12,244.54, Indeks FBM Emas Shariah hilang 191.00 mata kepada 12,478.57, Indeks FBM ACE lemah sebanyak 49.66 mata kepada 5,439.90 dan Indeks FBM 70 rugi 48.56 mata kepada 17,642.16.
Secara sektoral, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 132.91 mata kepada 17,499.03, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.38 mata kepada 194.34, Indeks Perladangan menyusut 101.44 mata kepada 7,144.22, manakala Indeks Tenaga menambah 1.44 mata kepada 993.89.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama merendah kepada 2.73 bilion unit bernilai RM3.20 bilion berbanding 2.83 bilion unit bernilai RM3.32 bilion yang dicatatkan semalam.
Perolehan waran susut kepada 1.01 bilion unit bernilai RM142.96 juta daripada 1.03 bilion unit bernilai RM151.06 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE menrorot kepada 990.48 juta saham bernilai RM344.36 juta daripada 997.14 juta saham bernilai RM320.67 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 588.17 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (418.69 juta ), pembinaan (202.46 juta), teknologi (428.27 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (156.88 juta), hartanah (361.57 juta), perladangan (30.18 juta), REIT (20.55 juta), dana tertutup (15,300) , tenaga (135.10 juta), penjagaan kesihatan (125.55 juta), telekomunikasi dan media (51.75 juta), pengangkutan dan logistik (104.80 juta), utiliti (112.42 juta) serta amanah perniagaan (288,200).
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 10.47 mata atau 0.64 peratus, kepada 1,605.35 berbanding 1,615.82 yang dicatatkan semalam. - Gambar fail/bursa.listedcompany.com

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.

Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump
Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia.