KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan menyediakan bekalan elektrik voltan tinggi kepada kampus pertama pusat data GDS IDC Services (Malaysia) Sdn Bhd (GDS) di negara ini melalui satu perkongsian strategik.
Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Baharin Din berkata kedua-dua TNB dan GDS berkongsi matlamat dan cita-cita bersama ke arah masa depan yang lebih hijau dan yakin kerjasama ini berpotensi besar untuk memberi manfaat kepada kedua-dua pihak serta rakyat Malaysia.
Jalinan kerjasama itu turut menyokong aspirasi GDS untuk menjadi syarikat pusat data pertama yang mencapai neutral karbon dengan penggunaan 100 peratus tenaga boleh baharu menjelang 2030, katanya.
Kerjasama ini, melalui Perjanjian Bekalan Elektrik (ESA) telah dimeterai pada Oktober 2022 dan di bawah perjanjian itu, TNB menyasarkan untuk memenuhi keperluan tenaga bagi kampus pusat data GDS di Nusajaya Tech Park di Johor Bahru.
Beliau menambah kerjasama ini adalah antara daripada banyak inisiatif yang mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital negara dan ianya terus didorong oleh peningkatan penggunaan perkhidmatan berasaskan awan, Internet Pelbagai Benda (IoT), analisis data besar dan kepesatan pendigitalan di rantau ini.
TNB telah mengambil langkah-langkah untuk membolehkan pusat data itu mula beroperasi pada Julai 2023 melalui bekalan sementara sebanyak 16MW manakala persediaan sedang dijalankan untuk memastikan peningkatan permintaan maksimum sebanyak 85.5MW dapat disalurkan dalam tempoh 2023.
Baharin berkata melalui penyediaan bekalan tenaga, TNB melengkapkan dasar mesra pelaburan asing kerajaan untuk memupuk pasaran pusat data yang sihat dan membantu industri mencapai objektif perniagaannya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 26 2023

Baharin berkata kedua-dua TNB dan GDS berkongsi matlamat dan cita-cita bersama ke arah masa depan yang lebih hijau.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan sentimen serantau yang lemah
Bursa Malaysia ditutup pada paras harian yang rendah hari ini, menjejaki prestasi suram dalam bursa serantau yang lain, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari
Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini, dengan indeks utama naik 4.36 mata, disokong oleh aktiviti belian di kaunter utiliti dan perkhidmatan kewangan.

TNB jalin kerjasama dengan GDS untuk bekal kuasa ke pusat data
Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan menyediakan bekalan elektrik voltan tinggi kepada kampus pertama pusat data GDS IDC Services (Malaysia) Sdn Bhd (GDS) di negara ini melalui satu perkongsian strategik.

Bekalan elektrik stabil bukti kerja pemulihan dilaksana dengan segera - TNB
Ia sepertimana dibuktikan dalam kejadian gangguan bekalan di beberapa kawasan tengah hari tadi, jelas Datuk Baharin Din.

Hubungi TNB untuk sahkan identiti pemasang meter pintar
Pemilik rumah boleh menghubungi Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk mendapatkan pengesahan pengenalan diri pemasang meter pintar bagi mengelak penyamaran oleh pihak tertentu bagi tujuan tidak baik.

Tiada kebakaran semula pada kabel elektrik Jambatan Pulau Pinang - TNB
TNB mengesahkan tiada kebakaran semula berlaku pada ketiga-tiga kabel elektrik yang dilaporkan terbakar di Jambatan Pulau Pinang, semalam.

Untung bersih suku ketiga TNB susut kepada RM1 bilion
TNB mencatatkan keuntungan bersih bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020 lebih rendah kepada RM1 bilion berbanding RM1.20 bilion tahun lalu.

Tiada penjualan aset strategik TH - Mujahid
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini menepis dakwaan kononnya Lembaga Tabung Haji (TH) telah melepaskan pegangan aset dan ekuiti strategik berjumlah RM2.6 bilion.

TNB lantik Ong Ai Lin pengarah bebas
Tenaga Nasional Bhd melantik Ong Ai Lin sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutifnya berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Kerajaan tanggung bil lampu jalan Felda, Felcra, Ketengah
Kerajaan akan menyelesaikan masalah bekalan elektrik lampu jalan terputus di tanah Felda, Felcra dan Ketengah dengan menanggung bil berjumlah RM7.076 juta.