DUNGUN: Banjir luar jangka yang melanda Terengganu mengakibatkan kemusnahan tanaman dan peralatan pertanian petani di Kampung Durian Mentangau di Dungun.
Ia mengakibatkan mereka terpaksa menanggung kerugian besar apabila jentera pertanian ditenggelami air manakala hasil pertanian tidak sempat dituai.
Zaidi Ahmad, 55, menyifatkan banjir yang berlaku kali ini adalah pelik dengan kenaikan paras air luar biasa sejak dia memulakan projek tanaman padi di kawasan itu empat tahun lalu.
Menurutnya, banjir kali ini ibarat mimpi ngeri apabila hampir 30 buah jentera pertaniannya ditenggelami air.
"Pada 18 Disember itu tiada tanda banjir walaupun paras air sungai sudah meningkat dan tidak melimpah ke kawasan pertanian. Kita jangka keadaan banjir mungkin lambat lagi jadi kita tidak naikkan semua jentera kita.
"Hanya jentera besar yang sempat kami selamatkan, tapi yang kita pakai setiap hari tak sempat. Banjir berlaku pada waktu malam. Pada pagi keesokan hari kita dapat selamatkan sebahagian sahaja, itu pun tenggelam juga," katanya.
Manakala Mohd Nor Besar, 40, terpaksa berputih mata selepas tanaman cili fertigrasi serta peralatan pertaniannya musnah dibawa arus deras.
Menurutnya, bencana itu adalah pengalaman terburuk sejak dia mengusahakan projek pertanian di kawasan berkenaan 15 tahun lalu.
"Sebenarnya kejadian ini adalah kejadian kedua, yang pertama berlaku pada tahun 2014 dan sekarang tahun 2022.
"Air terlalu cepat naik. Satu hari boleh naik dalam 5 kaki (1.5 meter) air. Sedih itu, sedih tapi apa boleh buat?
"Kebimbangan Itu ada, Tapi kita teruskan juga sebagai petani. Tahun ni kadar hujan itu terlalu banyak, daripada bulan 10, bulan 11 dan bulan 12 ini paling banyak sekali," katanya.
Dalam pada itu, Zaidi dan Mohd Nor berharap pihak berwajib prihatin dengan nasib mereka dan menyalurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung.
Banjir besar yang melanda Terengganu baru-baru ini menyaksikan pelbagai kemusnahan harta benda dan kediaman mangsa di seluruh negeri itu.
Astro Awani
Mon Dec 26 2022

Peralatan pertanian yang musnah akibat ditenggelami air banjir. - Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.

JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok
JPS Negeri Kelantan telah menyediakan reka bentuk jambatan baharu bagi menggantikan jambatan di Kampung Rong Chenok, Rantau Panjang yang runtuh akibat banjir pada November tahun lepas.