TEMERLOH: Pengawal keselamatan, Siti Alama Dollah tidak menyangka dirinya terpilih untuk menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) kerana tidak pernah mengisi apa-apa borang sejak rumahnya dilanda banjir minggu lepas.
Siti Alama, 49, yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tualang di sini, berkata, beliau hanya diminta untuk ke dewan sekolah hari ini untuk menerima "bantuan" yang diberikan secara terus.
"Saya tanya jika ada borang nak diisi, tapi mereka kata nama diperoleh menerusi senarai penghuni PPS. Cepat bantuan diterima kerana saya masih belum mendaftar keluar dari PPS memandangkan rumah masih belum sempat dibersihkan walaupun air sudah surut beberapa hari lepas.
"Alhamdulillah dengan rezeki ini kerana masih banyak yang hendak dilakukan... tak dapat nak selamatkan banyak barang kerana banjir berlaku semasa saya baru hendak menamatkan syif malam," katanya kepada Bernama semasa ditemui di PPS itu.
Siti Alama antara 132 ketua isi rumah terjejas banjir di PPS itu yang menerima sumbangan BWI disampaikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Dia yang mengenakan pakaian seragam kerja berkata, hanya sempat mengambil sedikit pakaian dan barangan penting sebelum bergegas ke PPS itu, kerana banjir berlaku tanpa dijangka selain paras air naik mendadak, agak berbeza daripada kejadian sebelum ini.
Seorang lagi mangsa banjir, Muhammad Balqis Azizul Rahim, 31, pula berhasrat menggunakan wang sebanyak RM1,000 itu untuk membaiki dinding dan bahagian bersimen rumahnya di Kampung Bangau Parit di sini, yang rosak akibat arus kuat banjir.
"Saya sudah balik ke rumah kelmarin dan nampak agak banyak juga yang perlu diganti. Nasib baik dapat bantuan kerana kami sudah mengeluarkan wang untuk membaiki simen yang pecah juga akibat banjir pada awal tahun ini... tak sangka banjir kali ini berlaku dua kali.
"Alhamdulillah bantuan kali ini cepat. Jadi kerja membaik boleh dimulakan sebaik sahaja rumah selesai dibersihkan kerana tak tahan nak tengok keadaan begitu lama-lama," katanya yang merupakan seorang juruelektrik.
Bagi Abdul Latif Ibrahim, 50, yang tinggal di Kampung Seberang di sini, wang itu akan digunakan sebaiknya untuk membeli peralatan sekolah anaknya yang berada di Tingkatan Satu dan Tiga memandangkan banjir berlaku sebelum sesi persekolahan dibuka semula.
Dia yang bekerja sebagai jurukimpal berkata, tidak menyangka dirinya akan menerima bantuan itu, kerana melihat ramai mangsa banjir lebih teruk malah ada yang rumah tenggelam hingga paras bumbung berbanding rumahnya yang dinaiki air sehingga paras paha.
"Ini kali ketiga kami dilanda banjir sejak berpindah ke sini pada tahun 2017. Jadi bila dengar daerah atas Lipis dan Raub sudah banjir, kami sudah membuat persediaan seperti mengalihkan kereta dan barangan. Cuma tak sangka ada juga yang masih ditenggelami air.
"Tapi kerosakan ini boleh dibaiki perlahan-lahan... lebih baik utamakan sekolah anak-anak," katanya.
Bagi penduduk Kampung Bangau Parit, Muziana Abdul Rahman, 37, wang itu akan digunakan untuk membeli kelengkapan yang musnah akibat banjir terutamanya peralatan elektrik yang penting, memandangkan dia masih tidak tahu jika barangan tersebut masih elok untuk digunakan.
Dia juga menyifatkan wang itu sebagai "rezeki lebih" untuk meringankan beban kewangan suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori, untuk membaiki kerosakan yang berlaku. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 28 2021

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali (kiri) menyampaikan sumbangan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tualang, Temerloh pada Selasa. - fotoBERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.

JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok
JPS Negeri Kelantan telah menyediakan reka bentuk jambatan baharu bagi menggantikan jambatan di Kampung Rong Chenok, Rantau Panjang yang runtuh akibat banjir pada November tahun lepas.