KUALA LUMPUR: Perubahan iklim menyebabkan corak bencana alam berubah dan mengakibatkan banjir pada akhir tahun lepas dan awal tahun ini yang menyebabkan kerugian keseluruhan negara sebanyak RM6.1 bilion, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.
Beliau dalam kenyataan Kompendium Perangkaan Alam Sekitar 2022 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata kerugian itu bersamaan 0.4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar pada harga nominal.
Menurut Mohd Uzir, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal separuh tahun pertama dan kemudian Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada separuh tahun kedua 2021 dengan kelonggaran pergerakan penduduk serta pembukaan semula aktiviti ekonomi telah memberi pelbagai kesan kepada keadaan alam sekitar negara tahun lepas seperti peningkatan kualiti udara secara keseluruhan.
"Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan status kualiti udara 'baik' dan 'sederhana' untuk 2021. Bacaan IPU menunjukkan penurunan tahap pencemar udara terutama di bandar-bandar utama di seluruh negara disebabkan oleh pelepasan bahan pencemar udara yang lebih rendah daripada asap kenderaan bermotor, pelepasan cerobong industri dan aktiviti pembakaran terbuka," katanya dalam kenyataan itu.
Beliau berkata peningkatan kes COVID-19 turut meningkatkan penggunaan kelengkapan pelindung diri (PPE) dan alat pengujian COVID-19 selain pembukaan kemudahan kesihatan baharu, pusat kuarantin dan vaksinasi memberi impak secara langsung ke atas pengurusan sisa klinikal.
"Kuantiti sisa klinikal meningkat 43.9 peratus pada 2021 kepada 57,400 metrik tan berbanding 39,900 metrik tan pada 2020," katanya.
Beliau berkata tiga negeri merekodkan jumlah sisa klinikal terbesar iaitu Selangor sebanyak 13,000 metrik tan, Sarawak 8,300 metrik tan dan Kuala Lumpur 5,900 metrik tan.
Katanya kadar kes kemalangan di jalan raya di Malaysia mencatatkan penurunan sebanyak 11.5 peratus iaitu penurunan sebanyak 47,951 kes berbanding 2020 manakala jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya juga menurun sebanyak 95 kepada 4,539 kematian pada 2021 berbanding 4,634 kematian pada tahun sebelumnya.
Mohd Uzir berkata DOSM sedang menjalankan Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/BA) 2022 hingga 31 Dis ini dan amat menghargai kerjasama daripada responden yang terpilih untuk memberikan maklumat kepada DOSM bagi menjayakan soal selidik itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 24 2022

Kerugian akibat banjir itu bersamaan 0.4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar pada harga nominal. - Gambar fail

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

PM Anwar ucap takziah kepada mangsa banjir di Beaufort - Shamsul Iskandar
Kerajaan persekutuan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada mangsa banjir melalui NADMA dan menyeru kerjasama agensi persekutuan serta negeri dalam misi pascabanjir.

Banjir: Pekan Beaufort terjejas teruk, penduduk sukar dapatkan barangan keperluan
Banjir berkenaan mengakibatkan jalan raya kini hanya boleh dilalui kenderaan berat dan perkhidmatan kereta api terputus.

Banjir: Jumlah mangsa meningkat kepada 4,122 orang di Sabah, 352 di Sarawak pagi ini
Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, lapan PPS di Tenom menempatkan 743 orang daripada 276 keluarga.

Jalan terputus hubungan akibat banjir dan cerun runtuh di Sabah
Beberapa jalan di daerah Beaufort, Tenom, dan Keningau terputus hubungan hari ini akibat banjir serta cerun runtuh berikutan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut.

Sarawak mula dilanda banjir, situasi di Sabah semakin buruk
Di Sarawak, 35 penduduk dari empat kampung di Trusan, Lawas dipindahkan ke PPS yang dibuka di Dewan Trusan hari ini.

Banjir di Sabah semakin buruk, Melaka beransur pulih
Situasi banjir di Sabah bertambah buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan banjir (PPS) petang ini manakala keadaan di Melaka beransur pulih.

Banjir dahsyat landa Indonesia
Ribuan penduduk hilang tempat tinggal dan terpaksa berpindah akibat banjir dahsyat yang telah melumpuhkan Jakarta.

Enam maut selepas ribut landa dua bandar di Argentina
Ribut yang melanda turut menyebabkan banjir besar dan memaksa pemindahan kecemasan dari kediaman dan pusat kesihatan.

Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 330 orang pagi ini
Kesemua mereka melibatkan penduduk yang terjejas di dua daerah, iaitu Melaka Tengah dan Jasin, dengan mangsa ditempatkan di lima PPS.

Paetongtarn, Anwar bincang mitigasi banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan
Paetongtarn dan Anwar Ibrahim, mengadakan perbincangan mengenai tebatan banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan pada Khamis.