KUCHING: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Sinaran Lumut di sini, bagi menempatkan mangsa banjir.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, PPS itu yang dibuka pada 6 petang tadi menempatkan 14 orang daripada empat keluarga.

Kesemua mereka merupakan penduduk Kampung Buntal di sini.

Laporan itu memaklumkan situasi banjir berlaku susulan hujan berterusan sejak semalam.

-- BERNAMA