ALOR SETAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Kedah akan menggunakan dron untuk meninjau kawasan dilanda banjir yang tidak dapat dimasuki bagi mengetahui keadaan sebenar dan mengenal pasti paras air di lokasi terbabit ketika Monsun Timur Laut (MTL).
Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, penggunaan dron dilihat efektif ketika operasi menyelamat dan tinjauan di lokasi bencana banjir terutama di kawasan yang sukar dimasuki.
"Kita telah membuat perancangan yang rapi.
"Semalam, timbalan ketua setiausaha kerajaan negeri memanggil semua agensi pelaksana yang terlibat bermesyuarat, memperkemas kini data dan aset yang perlu, serta mengingatkan kepada semua yang terlibat supaya ada kerjasama yang lebih akrab.
"Penggunaan dron juga cukup berkesan dan ini juga kita akan gunakan semasa berlaku bencana banjir," katanya ketika hadir pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Futsal dan Karate Piala Ketua Polis Negara di Stadium Suka Menanti di sini semalam.
Wan Hassan berkata, seramai 1,500 pegawai anggota dengan pelbagai aset tersedia boleh digerakkan pada bila-bila masa pada situasi banjir.
Katanya, sebanyak 122 bot aluminium dan gentian kaca, 200 lori, 450 pelampung dan pacuan empat roda telah bersedia bagi penugasan dan pengoperasian berkaitan bencana nanti.
Sementara itu, beliau berkata, polis telah menubuhkan pasukan khas yang terdiri daripada seorang pegawai bersama tujuh anggota ditempatkan di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah.
Katanya, pasukan ini diwujudkan selepas latihan simulasi yang dilakukan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kementerian Kesihatan dan agensi lain yang terlibat dalam mempercepatkan urusan pemindahan mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Beliau berkata, sebanyak 262 ‘hotspot’ banjir dikenal pasti, antaranya di daerah Baling, Bandar Baharu, Pendang, Yan dan Kota Setar.
Wan Hassan turut meminta penduduk yang terjejas banjir membuat persediaan awal seperti dokumen penting dan segera berpindah sekiranya terdapat arahan untuk berpindah.
Astro Awani
Sat Oct 08 2022
Wan Hassan meminta penduduk yang terjejas banjir membuat persediaan awal seperti dokumen penting dan segera berpindah sekiranya terdapat arahan untuk berpindah. - Foto Astro AWANI
Lelaki tikam kekasih 79 kali selepas diberitahu hamil
Suspek dikenali sebagai Jibril turut menafikan bahawa dia merupakan bapa kepada bayi yang dikandung wanita terbabit.
Jiwa SME: Membawa tradisi sulaman ke dunia fesyen kontemporari
Bersama Pengurus Pemasaran & Jualan, Hanna Rauda berkongsi rahsia keindahan seni sulaman Hanna Rauda, sebuah jenama yang menerapkan warisan sambil kekal relevan di era moden.
UCL: Arsenal selangkah mara ke pusingan 16 terbaik
Declan Rice, Kai Havertz dan Martin Odegaard masing-masing menjaringkan gol bagi membantu pasukan memperkukuh status.
Polis siasat kes gambar wanita disunting tanpa pakaian, dijual di laman sosial
Wanita berkenaan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian serta dijual RM18 sekeping.
#AWANIRingkas 23 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Januari 2025
1️⃣ BRICS perlu ambil pendirian
2️⃣ SPRM tumpaskan sindiket seludup vape
3️⃣ Singapura tubuh jawatankuasa semak sempadan pilihan raya
#awaniringkas
1️⃣ BRICS perlu ambil pendirian
2️⃣ SPRM tumpaskan sindiket seludup vape
3️⃣ Singapura tubuh jawatankuasa semak sempadan pilihan raya
#awaniringkas
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 Januari 2025]
Fokus AWANI Pagi Bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran – Fadhlina.
2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane.
Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran – Fadhlina.
2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane.
Harga rumah dijangka naik ekoran peningkatan ketara harga bahan binaan - Henry Butcher Real Estate
Tang berkata, pasaran masih belum berada dalam kedudukan yang kukuh dan pemaju tidak dapat menyalurkan kos kepada pembeli rumah.
Berbasikal trek: Boy tanam misi buru gelaran raja pecut negara
Atlet berbasikal trek negara Muhammad Ridwan Sahrom memasang impian untuk menjadi raja pecut berbasikal negara.
Program RTG: Satu bonus buat Fei-Din
Razif mengingatkan juara Terbuka India Super 750 itu supaya bijak merangka perancangan jangka panjang bagi menghindari 'sindrom lesu awal'.
Pengurus rancangan Felda disyaki salah guna kuasa ditahan
Suspek lelaki berusia 43 tahun tersebut telah ditahan kira-kira jam 7 petang, Rabu di pejabat SPRM Johor.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Dron Israel dilapor lakukan intipan di Beirut
Dron Israel terbang pada ketinggian sederhana dan rendah hampir sepanjang hari di Beirut.
Polis Kelantan bakal guna dron canggih kekang jenayah rentas sempadan
Kegunaan dron dapat menangani masalah penyeludupan termasuk dadah, barang kawalan dan barang-barang tidak sah yang keluar masuk dari Kelantan.
Pesawah guna teknologi dron mampu jimatkan masa, kurangkan tempoh masa bekerja
Penggunaan teknologi dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) dalam sektor pertanian semakin mendapat tempat dalam kalangan petani moden.
Jordan beri amaran peningkatan ketegangan serantau, terus lindungi sempadan - Momani
Angkatan Tentera Jordan-Tentera Arab (JAF) akan menggunakan semua keupayaannya untuk melindungi negara dan memastikan keselamatan rakyatnya.
Pengeluar dron terbesar AS dikenakan sekatan oleh China
Disebabkan sekatan ini, Skydio mengatakan pengeluaran mereka akan terjejas untuk beberapa bulan.
Amaran serangan udara di pelbagai kawasan di Ukraine
Sekitar 15 wilayah terjejas, termasuk Mykolaiv di selatan dan Dnipropetrovsk di tengah Ukraine.
Korea Utara dakwa 1.4 juta orang muda sertai tentera minggu ini
Dakwaan itu dibuat semasa ketegangan di Semenanjung Korea semakin memuncak.
Giliran Houthi lancar peluru berpandu ke tengah Israel
Israel mendakwa telah memintas peluru berpandu yang disasarkan ke kawasan itu dari Yaman.
Rusia lapor tembak jatuh 125 dron Ukraine
Pertahanan udara Rusia telah menembak jatuh 125 dron Ukraine, menurut Kementerian Pertahanan pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).