PUTRAJAYA: Kira-kira 100 sukarelawan Skuad Musa’adah Agensi Hal Ehwal Islam digerakkan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara termasuk di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, ia melibatkan sebanyak 14 buah kenderaan bagi mengedar barangan keperluan asas serta sumbangan wang tunai berjumlah RM5.3 juta kepada mangsa banjir di Pantai Timur.
Selain membawa bantuan tersebut, beliau menambah bimbangan rohani dan nasihat akan turut diberikan oleh para pegawai dan kakitangan agama Islam kepada keluarga dan mangsa banjir.
"Skuad Musa'adah ini akan berperanan untuk menyantuni semua rakyat negara ini tanpa melihat kepada agama, keturunan dan bangsa yang terkesan akibat daripada banjir.
"Ini juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyegerakan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir terutamanya di Pantai Timur melalui pelbagai agnesi termasuk JPM (Hal Ehwal Agama)," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Dan Pelepasan Skuad Musa'adah Agensi-Agensi di bawah Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), di sini pagi ini.
Mohd Na'im berkata, peruntukan sebanyak RM5.3 juta disalurkan oleh lima agensi-agensi bagi membantu mereka yang ditimpa musibah.
Ia melibatkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) sebanyak RM3.37 juta; Yayasan Taqwa (RM654,400); Lembaga Tabung Haji (RM500,000); Tabung Musa'adah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Waqaf Malaysia (RM500,000); serta Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RM250,000).
Dalam masa terdekat, jelas Mohd Na'im lagi, beberapa agensi termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan mengumumkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
Sementara itu, beliau turut meminta masjid-masjid di bawah selian Jakim dan Jawi termasuk surau-surau di Wilayah Persekutuan untuk mengadakan solat hajat.
Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dan Pahang terus meningkat, Johor dan Perak kekal manakala di Kelantan semakin berkurangan setakat 8 pagi ini.
Hasimi Muhamad
Thu Dec 22 2022
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Mohd Na'im Mokhtar pada Majlis Pelancaran Dan Pelepasan Skuad Musa'adah Agensi-Agensi di bawah Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), di Putrajaya pagi ini - Astro AWANI/Shahir Omar
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Daftar nama untuk mudahkan mangsa banjir terima bantuan - TPM Fadillah
Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara terdekat untuk mendaftar nama bagi membolehkan mereka menerima bantuan.
Banjir: Bantuan RM2,000 diberi kepada KIR yang pindah ke PPS - MB Kedah
Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas dengan bencana banjir di Kedah dan berpindah ke PPS akan diberikan bantuan sebanyak RM2,000.
Ketua isi rumah di Kelantan diseru daftar e-Bencana
Kerajaan Kelantan menyeru ketua isi rumah di lokasi banjir mendaftar menerusi sistem pengurusan bencana negeri itu, e-Bencana.
Kelantan sudah agih RM21.43 juta kepada mangsa banjir
Kelantan telah mengagihkan sebanyak RM21.43 juta setakat ini, kepada ketua-ketua jajahan untuk diberikan kepada mangsa yang terlibat banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) baru-baru ini.
Banjir: Salur bantuan menerusi agensi keselamatan - APM
Orang ramai atau badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir diminta berbuat demikian menerusi agensi-agensi keselamatan bagi tujuan penyelarasan.
Banjir Baling: JAKIM salur RM1.58 juta bantuan Musa'adah kepada mangsa
Selain RM1,000 kepada setiap rumah, JAKIM juga bantu kos baik pulih dan membeli kelengkapan serta perabot untuk tiga buah rumah mangsa.
SPRM Johor tahan pengarah urusan syarikat, jurutera bantu siasatan tuntutan palsu
Kedua-dua lelaki berusia 41 dan 52 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru pada kira-kira pukul 7 malam tadi.
Pasukan Bencana Istana Negara teruskan misi bantuan banjir di Karak, Pahang
Pasukan Bencana Istana Negara hari ini meneruskan misi bantuan kepada mangsa banjir dengan melakukan kerja-kerja pembersihan rumah dan kawasan persekitaran di Taman Wijaya, Karak, Pahang.
Anda mangsa banjir? Ini Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang diumumkan PM
Keseluruhan pemberian tunai kepada mangsa boleh mencecah RM10,000 bagi setiap Ketua Isi Rumah.
Bantuan mangsa banjir cecah RM10,000 bagi setiap isi rumah - PM
Mangsa banjir di seluruh negara boleh mendapat bantuan tunai sehingga RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah (KIR), kata Perdana Menteri.