Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 10.30 pagi ketika mangsa yang dikenali sebagai Mohd Arif Mohd Nor, 26 tahun dikatakan dalam perjalanan dari arah Kampung Padang Mandol, Tumpat ke Kampung Kenak, Pasir Mas.
Bagaimanapun, ketika mangsa melalui jalan yang dinaiki air, motosikal mangsa dipercayai dibawa arus deras dan terjatuh ke dalam tali air.
Mayat mangsa yang berkerja di sebuah pasaraya di Tumpat itu ditemui pasukan penyelamat sekitar jam 1.50 petang.
Mayat mangsa ditemui lebih 10 meter dari kawasan beliau dilaporkan terjatuh.
Jenazah mangsa kini ditempatkan di unit forensik Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.