PEKAN: Banjir yang melanda beberapa negeri sejak 18 Disember lalu memberi kesan mendalam kepada mangsa.
Selain barangan rumah rosak, ada juga yang hilang tempat berteduh selepas rumah musnah akibat dibadai bah berserta puing kayu.
Lain pula ceritanya di Pekan, Pahang apabila seorang pengusaha ikan Patin sangkar turut terjejas. Kami bertemu salah seorang pengusaha, Ali Abu Bakar, 62, di kawasan sangkar ikannya di Sungai Pahang.
Dari jauh, wajahnya nampak reda dengan dugaan yang dihadapinya apabila 6,000 ekor ikan Patin sangkar belaannya mati akibat air kotor yang dibawa ke Sungai Pahang.
"Saya menerima kesan daripada banjir tapi kita kena reda, ini ketentuan Allah bukan saya seorang kena sini banyak lagi kawan saya antaranya sangkar pecah, perubahan air menyebabkan ikan mati.
"Saya pula ikan mati, ada yang empat sangkar kita boleh selamatkan, tapi ada yang tak dapat diselamatkan mati di situ," jelasnya ketika ditemui.
Modal yang telah dihabiskan mencecah RM24,000 dalam tempoh setahun untuk menternak ikan di dua sangkar yang terjejas, namun kesemuanya itu lesap apabila ikannya mati sejak hari pertama bah melanda kawasan itu.
"Saya buat masa sekarang terjejas dua sangkar, ada di antara kawan lebih daripada itu.
"Kira bajet satu sangkar mungkin dalam RM10,000 hingga RM12,000, kalau dua jadi RM20,000 lebih," katanya lagi.
Setiap sangkar menempatkan kira kira 3,000 ekor ikan patin dengan berat purata satu kilogram seekor.
Ia menjadikan keseluruhan kerugian yang terpaksa ditanggung Ali mencecah RM66,000.
Hilang RM66,000 sekelip mata
Akibat itu, punca pencariannya terganggu, malah tempahan yang diterimanya sebelum ini terpaksa digantikan dengan ikan dari sangkar rakan rakannya.
"Memang punca pencarian terganggu, sebab kita kadang-kadang dah terima tempahan daripada pelanggan.
"Bila jadi macam ini, kena cari tempat lain untuk memenuhi tempahan pelanggan kita, terpaksalah.
"Kita sepatutnya pendapatan itu untuk kita seorang sebab hasil daripada ikan kita sendiri, tapi mengalami keadaan macam ini terpaksa kongsi bersama," ujarnya lagi.
Ketika kejadian ujarnya, dia cuba sedaya upaya menyelamatkan sebanyak ikan yang boleh, namun tidak mampu menyelamatkan semua.
"Setakat mana kita boleh pos keluar (ikan), kita bawa keluar, kena cari pelanggan kena selamatkan dalam keadaan macam itu.
"(Pengusaha) Orang lain pun macam kita juga nak selamatkan semua ikan, jadi turun hargalah. Sekarang RM11 sekilogram, tapi kalau buang harga dia jadi RM10 sekilogram," katanya lagi.
Tidak menyerah kalah
Tambah pengusaha yang berpengalaman 20 tahun dalam bidang ternakan ikan itu, dia hanya reda dan berserah jika gelombang kedua bakal melanda daerah itu dalam masa terdekat.
Namun semangatnya untuk bangkit, tidak pernah pudar, meskipun terpaksa mengeluarkan simpanan wang yang ada.
"Pertama sekali kita kena reda kalau tidak kita rasa kecewa, ini ketentuan Allah bukan kita seorang kena jadi kita kena bangkit balik.
"Makna kalau kita menyerah kalah dengan apa yang berlaku, sampai sini sahajalah kita.
"Pengalaman dah banyak kali jadi kita dah biasa dah, dah banyak kali rugi, kalau kena musibah dengan air ini, memang banyak kali. Ini cabaran penternak ikan di Sungai Pahang kita kena hadapi," kata Ali lagi.
Bantuan pihak berwajib
Tambah penternak itu, besar harapannya agar pihak berwajib tidak terlepas pandang untuk membantu pengusaha sepertinya yang terkesan.
"Bantuan makna kita belum dapat arahan daripada Jabatan Perikanan tidak ada buat apa lagi.
"Kalau mereka hubungi kita insyaAllah, kita cuba juga untuk minta bantuan sekiranya kerajaan masih ada bajet," ujar Ali lagi.
Pemerhatian Astro AWANI di sepanjang Sungai Pahang itu menjadi lokasi utama pengusaha sangkar patin mengusahakan perniagaan mereka.
Fareez Azman
Sun Jan 02 2022
Ali reda dengan dugaan yang dihadapinya apabila 6,000 ekor ikan Patin sangkar belaannya mati akibat air kotor yang dibawa ke Sungai Pahang. - Foto Astro AWANI
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
KPDN Kelantan rampas pelbagai barangan seludup, barangan kawalan bernilai lebih RM6.8 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas pelbagai barangan seludup dan barangan kawalan dianggarkan bernilai lebih RM6.8 juta sejak awal Januari hingga semalam.
AWANI Tonight: Honda, Nissan begin merger talks, set to form the world’s third-largest automaker
Honda and Nissan are officially exploring a merger to create a joint holding company, with a goal of reaching $191 billion in combined sales.
AWANI Tonight: Addressing Malaysia’s literacy, numeracy gaps
As of October, nearly 74,000 Year 1 pupils have yet to master basic literacy and numeracy skills. Chan Soon Seng from Teach For Malaysia highlights the contributing factors and emphasises the need for more tailored approaches to support students.
479 mangsa terjejas, 113 rumah rosak, roboh akibat ribut
Ribut yang melanda empat perkampungan atas air di sini semalam mengakibatkan 497 orang terjejas dengan 113 kediaman rosak serta roboh.
Consider This: Teens, Tech & Trust (Part 2) — Building Digital Resilience
In Malaysia, 75% of teenagers use social media daily—but with this constant connection comes a growing number of risks. A new report by the think tank SERI titled ‘Teens, Tech, and Trust’ reveals that fewer than half of Malaysian teens feel safe online— with cyberbullying, scams, and hacking being everyday realities. Meanwhile, questions are being raised about whether schools, parents, and even social media platforms are doing enough to protect our young digital citizens. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Dr Benjamin Loh, senior lecturer at Taylor’s University School of Media and Communication and director of the Impact Lab for Peace, Justice and Strong Institutions.
AWANI Tonight 23 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt's,PM's approval ratings improve - Merdeka Center
2. Honda & Nissan begin merger talks, expected to form world's third largest carmaker
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt's,PM's approval ratings improve - Merdeka Center
2. Honda & Nissan begin merger talks, expected to form world's third largest carmaker
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Teens, Tech & Trust (Part 1) — Building Digital Resilience
In Malaysia, 75% of teenagers use social media daily—but with this constant connection comes a growing number of risks. A new report by the think tank SERI titled ‘Teens, Tech, and Trust’ reveals that fewer than half of Malaysian teens feel safe online— with cyberbullying, scams, and hacking being everyday realities. Meanwhile, questions are being raised about whether schools, parents, and even social media platforms are doing enough to protect our young digital citizens. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Vyshnavi Charrlotte, Researcher at the Social & Economic Research Initiative (SERI).
Polis tahan 10 pendatang Myanmar di Tumpat
Polis menahan 10 warga Myanmar termasuk tujuh lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak di Tumpat semalam.
Tahun kedua pentadbiran: Rating kelulusan PM Anwar meningkat kepada 54 peratus
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas.
Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.
Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.
Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.
Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.
Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.
Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.
Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.
Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.
Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.