KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih dengan mangsa semakin berkurangan.

Setakat jam 6 pagi Ahad, mangsa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) turun ke 1,940 orang berbanding 2,237 direkodkan petang semalam.

Menurut laporan terkini dari portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mereka terdiri daripada 557 keluarga dan berlindung di 20 PPS yang masih beroperasi.

Di Johor, 1,221 mangsa banjir direkodkan ditempatkan di 13 PPS yang dibuka di Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Segamat dan Batu Pahat.

Manakala 719 orang daripada 215 keluarga di lima PPS di Pahang.

Seramai 573 mangsa direkodkan masih berada di tiga PPS di Pekan dan 146 lagi di dua PPS di Rompin.