KUCHING: Helikopter dari pangkalan udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Subang, Selangor sedia digerakkan ke Sarawak bagi menghadapi kemungkinan bencana banjir.
Pengarah JBPM Sarawak Datuk Khirudin Drahman berkata pada masa ini pihaknya mempunyai sebuah helikopter yang berpangkalan di Miri yang sedia digerakkan ke kawasan memerlukan.
Beliau berkata khidmat helikopter diperlukan ketika bencana banjir bagi tujuan operasi menyelamat mangsa dan penghantaran makanan di kawasan yang terputus hubungan melalui jalan darat.
"Sekiranya keperluan mendesak, kita akan gerakkan helikopter untuk memberikan bantuan terutamanya di sekitar kawasan Hulu Baram, Miri.
"Sebuah helikopter boleh membawa sekitar enam ke tujuh tan makanan setiap kali penerbangan ke kawasan terjejas," katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi pengujian bot JBPM Sarawak bagi persediaan menghadapi Monsun Timur Laut di Taman Negara Bako di sini hari ini.
Khirudin berkata selain penghantaran makanan melalui helikopter, setiap pusat pemindahan sementara (PPS) juga telah dibekalkan dengan makanan yang boleh bertahan selama tujuh hari.
Mengulas mengenai operasi hari ini, beliau berkata tujuan pengujian dibuat adalah bagi memastikan anggota mengenali kawasan mereka dan aset air milik JBPM boleh bertindak cepat sekiranya diperlukan.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah dilaporkan berkata fasa Peralihan Monsun di negara ini dijangka bermula pada 3 Okt hingga November ini.
Semasa Fasa Peralihan Monsun itu, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat.
Kejadian ini berlaku terutama pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta tengah Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022
![Banjir: Bantuan helikopter sedia digerakkan ke Sarawak Banjir: Bantuan helikopter sedia digerakkan ke Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639891997_TBBOMBA.jpg)
Khidmat helikopter diperlukan ketika bencana banjir bagi tujuan operasi menyelamat mangsa dan penghantaran makanan di kawasan yang terputus hubungan melalui jalan darat. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Jumlah mangsa banjir kekal 278 orang malam ini - NADMA Jumlah mangsa banjir kekal 278 orang malam ini - NADMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705304888_banjir.jpg)
Jumlah mangsa banjir kekal 278 orang malam ini - NADMA
Jumlah mangsa banjir yang masih berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri terjejas banjir kekal 278 orang, setakat 8 malam ini.
![Mangsa banjir di Sabah dan Pahang menurun, Johor kekal petang ini - NADMA Mangsa banjir di Sabah dan Pahang menurun, Johor kekal petang ini - NADMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703947334_TBPPSBanjir.jpg)
Mangsa banjir di Sabah dan Pahang menurun, Johor kekal petang ini - NADMA
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang menunjukkan penurunan, manakala Johor tidak berubah dengan jumlah keseluruhan 278 mangsa masih berlindung di enam PPS di tiga negeri berkenaan, petang ini.
![Mangsa banjir di Johor dan Pahang berkurang, Sabah kekal malam ini - NADMA Mangsa banjir di Johor dan Pahang berkurang, Sabah kekal malam ini - NADMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704528830_TBBANJIRJOHORj.jpg)
Mangsa banjir di Johor dan Pahang berkurang, Sabah kekal malam ini - NADMA
Keadaan banjir di Johor dan Pahang semakin baik apabila jumlah mangsa yang direkodkan menurun, manakala situasi di Sabah kekal menjadikan jumlah mangsa malam ini sebanyak 459 orang.
![Banjir: Jumlah mangsa di Johor naik meningkat, Pontian daerah terbaharu terjejas Banjir: Jumlah mangsa di Johor naik meningkat, Pontian daerah terbaharu terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704639475_JBPM.jpg)
Banjir: Jumlah mangsa di Johor naik meningkat, Pontian daerah terbaharu terjejas
Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat mendadak kepada 3,322 orang di 45 pusat pemindahan sementara (PPS).
![Jumlah mangsa banjir di Johor menurun, Pahang dan Kelantan kekal - Nadma Jumlah mangsa banjir di Johor menurun, Pahang dan Kelantan kekal - Nadma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703947334_TBPPSBanjir.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun, Pahang dan Kelantan kekal - Nadma
Banjir di tiga negeri kian pulih dengan jumlah mangsa terus menurun kepada 85 orang di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini berbanding 114 orang di lima PPS petang tadi.
![Mangsa banjir di empat negeri berkurangan kepada 10,000 setakat malam ini - Nadma Mangsa banjir di empat negeri berkurangan kepada 10,000 setakat malam ini - Nadma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703947334_TBPPSBanjir.jpg)
Mangsa banjir di empat negeri berkurangan kepada 10,000 setakat malam ini - Nadma
Jumlah mangsa banjir di empat negeri berkurangan sedikit kepada 10,000 orang di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini berbanding 10,895 orang di 41 PPS petang tadi.
![Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Johor turun, Pahang meningkat - NADMA Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Johor turun, Pahang meningkat - NADMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703774369_KampungPasirRaja.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Johor turun, Pahang meningkat - NADMA
Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Johor terus mencatatkan trend penurunan manakala Pahang meningkat.
![Banjir di Sabah pulih, mangsa di Paitan dibenarkan pulang Banjir di Sabah pulih, mangsa di Paitan dibenarkan pulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703763867_MANGSABANJIRSABAH.jpg)
Banjir di Sabah pulih, mangsa di Paitan dibenarkan pulang
Bencana banjir di Sabah telah pulih dan kumpulan terakhir enam mangsa daripada tiga keluarga di daerah Paitan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang tadi.
![JBPM sedia gerakkan 600 Pegawai Bomba Bantuan Siswa hadapi MTL JBPM sedia gerakkan 600 Pegawai Bomba Bantuan Siswa hadapi MTL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699880771_NorHishamMohammad.jpg)
JBPM sedia gerakkan 600 Pegawai Bomba Bantuan Siswa hadapi MTL
JBPM bersedia menggerakkan kira-kira 600 PBBS bagi menyertai 24,000 pegawai dan anggota jabatan berkenaan dalam operasi ketika musim MTL.
![Op Murni: Lebih 18,000 anggota tentera siap siaga hadapi banjir Op Murni: Lebih 18,000 anggota tentera siap siaga hadapi banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699632889_OpMurni.jpg)
Op Murni: Lebih 18,000 anggota tentera siap siaga hadapi banjir
Sejumlah 18,616 pegawai dan anggota ATM diletakkan dalam keadaan bersiap siaga menerusi 'Op Murni' bagi menghadapi bencana banjir sekiranya diperlukan.