BATU PAHAT: Sekurang-kurangnya 25 pam bergerak diaktifkan di beberapa sungai di daerah ini bagi menurunkan paras air sekali gus membantu mempercepatkan pemulihan banjir termasuk fenomena 'air termenung'.
Pegawai Daerah Batu Pahat, Nasri Md Ali berkata, pelaksanaan inisiatif itu mampu mengawal impak banjir bagi kawasan-kawasan yang terlibat banjir.
"Saya menjangkakan dalam minggu ini, kita dapat mempercepatkan usaha mengepam air keluar. Inilah usaha-usaha yang kita rasakan paling cepat berkesan dalam tempoh yang terdekat ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau pengoperasian pam bergerak di Pintu Air Sungai Senggarang, Batu Pahat, pada Ahad.
Katanya, ketika ini, tujuh pam telah diaktifkan, dengan 13 lagi baru diterima dan sedang dipasang.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan membekalkan lima lagi pam bergerak hari ini dan esok.
"Ketika ini, sebanyak tujuh pam telah diaktifkan, dan esok sekurang-kurangnya 25 pam akan aktif.
"Ini adalah inisiatif kerajaan negeri yang terus membantu daerah Batu Pahat supaya air dapat dikeluarkan dan sekali gus dapat membantu mempercepatkan pengurangan air di kawasan terlibat banjir," katanya.
Jelasnya, pemasangan pam itu membabitkan sungai-sungai di enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Semerah, Sri Gading, Semarang, Penggaram dan Sri Medan.
Muhammad Aiman Hakeem
Sun Mar 12 2023

Pegawai Daerah Batu Pahat, Nasri Md Ali berkata, pelaksanaan inisiatif itu mampu mengawal impak banjir bagi kawasan-kawasan yang terlibat banjir. - Gambar/ Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Banjir: 25 pam bergerak dipasang di Batu Pahat, atasi fenomena 'air termenung'
Sekurang-kurangnya 25 pam bergerak diaktifkan di beberapa sungai di daerah ini bagi menurunkan paras air sekali gus membantu mempercepatkan pemulihan banjir termasuk fenomena 'air termenung'.

Peruntukan RM12 juta sedia pam bergerak atasi banjir termenung di Pasir Mas - Zahid
Peruntukan segera itu adalah langkah jangka pendek menangani banjir termenung yang kini berlaku di jajahan tersebut.

KASA tempatkan pam bergerak untuk atasi banjir termenung - Tuan Ibrahim
Pam bergerak itu akan menyedut air yang bertakung di kawasan terlibat.

Ditenggelami air empat hari, 125 hektar sawah terjejas banjir di Bagan Serai
Menurutnya, berdasarkan tinjauanya sejak beberapa hari lalu, umur padi yang terlibat antara 15 hingga 40 hari yang ditenggelami banjir.