Meskipun dinasihatkan keluarganya agar melupakan hasrat mendalami bidang perakaunan, Wan Nur Mafudah Wan Yusof, 21, berjaya membuktikan minatnya dalam bidang itu mampu membawa kejayaan kepadanya.
Anak jati Kampung Tok Raja, Jertih yang memiliki kelulusan daripada Kolej Intec, Kuala Lumpur itu mendapat tempat pertama dalam World Prize Winner bagi kertas Laporan Kewangan Korporat Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) yang diumumkan baru-baru ini.
Kejayaan itu menobatkan beliau anak Melayu pertama yang berjaya mendapat tempat teratas di peringkat dunia dengan memperoleh markah tertinggi iaitu 95 peratus.
Sebelum ini, kejayaan tertinggi yang pernah dicapai oleh beberapa anak Melayu ialah tempat kedua, ketiga dan keenam bagi tempoh 2015 hingga tahun lepas.
Ketika ditemui Bernama di rumah keluarganya di Kampung Tok Raja hari ini, anak ketiga daripada tujuh beradik itu melahirkan rasa syukur kerana bukan sahaja dapat membuktikan anak Melayu boleh menguasai bidang tersebut malah kepada keluarganya yang sebelum ini tidak yakin dengan kemampuannya.
Katanya minat dalam bidang itu dipupuk di sekolah menerusi subjek kegemarannya iaitu perakaunan, ekonomi dan matematik di samping ingin menyahut cabaran kerajaan yang mahu lebih ramai anak Melayu menceburi bidang tersebut kerana bilangan mereka masih kurang.
"Setelah tamat belajar peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan keputusan 8A1B di MRSM Besut , saya memasuki Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur bagi mengikuti asas bidang perakaunan selama setahun setengah ," katanya.
Menurutnya, minat dalam bidang itu bertambah semasa di kolej itu dan berjaya memperoleh biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk menyambung pengajian di Kolej Intec.
"Di sinilah saya banyak belajar tentang bidang perakaunan dengan sentiasa mengikuti perkembangan semasa dalam bidang tersebut dari semasa ke semasa sebelum terpilih untuk menyertai F7 Financial Reporting ACCA bagi graduan dari seluruh dunia," katanya.
Ditanya tentang rahsia kejayaannya, Wan Nur Mafudah memberitahu beliau belajar dengan mengajar balik apa yang diketahui dan difahaminya kepada orang lain.
Beliau yang bercita-cita menjadi pensyarah bidang perakaunan mencadangkan agar subjek perakaunan, perdagangan dan ekonomi serta bahasa Inggeris ditekankan secara serius kepada pelajar di peringkat awal menengah kerana ia asas seseorang untuk menguasai pengajian perakaunan.
"Selain itu pelajar perlu juga diberikan asas dalam mata pelajaran teknologi maklumat dan matematik di samping perlu menguasai sekurang-kurang tiga bahasa selain bahasa Inggeris yang begitu penting untuk berkomunikasi sekiranya menceburi bidang perakaunan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2018

Wan Nur Mafudah Wan Yusof, 21, (kanan) bergambar bersama bapanya Wan Yusof Wan Abdullah, 53, (tengah) dan ibunya Zainah Zakaria, 56, (kiri) ketika ditemui di Kampung Tok Raja Jertih hari ini. - Foto Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.

ACCA: Profesional kewangan optimis namun berhati-hati dengan prospek ekonomi Malaysia
Bagaimanapun, kebimbangan terhadap kos operasi dan faktor luaran memerlukan pendekatan berhemat oleh organisasi kewangan dan perniagaan.

Ahmad Zahid ucap tahniah dua pelajar tajaan MARA catat pencapaian terbaik peperiksaan ACCA
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar tajaan MARA, Julea Qiestyna Abu Zar dan Danish Zafran Bazam, kerana berjaya meraih pencapaian terbaik dalam peperiksaan ACCA.

Pelajar UiTM raih tempat pertama di Malaysia dan dunia dalam peperiksaan ACCA
Hannah Mumtazah turut meraih tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting dalam peperiksaan ACCA itu.

ACCA: Pelajar terbaik Malaysia bangkit selepas dua kali gagal dalam peperiksaan
Siti Naziah berkongsi kaedah pembelajaran yang diamalkan bersama rakan-rakan sehingga membolehkan mereka memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan bertaraf dunia.

Agong ucap tahniah kejayaan dua pelajar Malaysia dalam peperiksaan ACCA
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar muda Malaysia atas kejayaan mereka menjadi antara 10 teratas dunia dalam pepe

Dua pelajar Malaysia duduki 10 tempat teratas peperiksaan ACCA sesi Mac
Pelajar dari keluarga B40 dan asnaf itu antara 92,000 orang calon dari serata dunia yang menduduki peperiksaan tersebut pada sesi Mac 2021.

Dua pelajar UiTM antara 10 terbaik dunia bagi peperiksaan ACCA, CAT
Dua pelajar berkenaan adalah Fatin Najwa Azman, pelajar semester kelima program ACCA dan Putera Aiman Abdul Rashid, pelajar semester akhir program CAT.

Tokoh pendidikan negara dianugerah Tun: Ini fakta menarik profil Arshad Ayub
Anak jati Muar yang dilahirkan pada tahun 1928 ini adalah Pengasas dan Pengetua Kolej Perniagaan dan Pengajian Profesional MARA yang terus merevolusi hingga menjadi sebuah universiti, UiTM.

Pelajar UiTM cipta sejarah, dianugerah gelaran tertinggi dunia oleh ACCA
Hakeem Mohammad Akmal, 18, mendapat markah penuh dalam peperiksaan program perakaunan profesional bagi sesi Julai hingga Disember 2019, baru-baru ini.