TAIPING: 'Gagal dua kali tidak bererti gagal selamanya.' Itu prinsip yang sentiasa tersemat bagi pelajar terbaik Malaysia dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) bagi sesi Mac 2021, Siti Naziah Mohamad Nazid yang pernah gagal sebanyak dua kali sebelum ini ketika menduduki peperiksaan dalaman di Kolej Pendidikan INTEC.
"Saya rasa terlalu kecewa pada ketika itu kerana tidak menyelesaikan latihan yang diberi pensyarah dan telah gagal dalam peperiksaan dalaman sebanyak dua kali. Peperiksaan tersebut sangat penting kerana ia menjadi pengukur bagi persediaan sebelum menduduki peperiksaan AA.
"Berikutan kegagalan itu, saya sentiasa menangis di dalam bilik kerana terlalu runsing, bimbang dan sangat takut jika tidak dapat mencapai cita-cita untuk menjadi seorang akauntan bertauliah," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Taman Lela Kamunting, di sini.
Anak sulung daripada dua beradik itu berkata beliau tekad untuk keluar daripada situasi kegagalan dengan berbincang bersama ibunya, Kamariyah Kliwon (Kliwon), 44, serta mengajak dua rakan baiknya, Syaza Syariah Eddy Syazri dan Noor Syafiqah Mohd Tarmizi untuk bangkit semula menggenggam kejayaan.
Beliau turut berkongsi kaedah pembelajaran yang diamalkan bersama rakan-rakan sehingga membolehkan mereka memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan bertaraf dunia.
"Saya akan mengulang kaji pelajaran selepas Subuh dan akan berehat dari semasa ke semasa bagi memastikan saya terus fokus dengan apa yang dipelajari. Selain itu, saya menggunakan kertas dinding yang mengandungi kata-kata positif sebagai pembakar semangat agar tidak berputus asa.
"Apabila saya melihat ibu saya sedang berdoa selepas solat, saya akan terus berlari kepadanya sambil turut sama menadah tangan dan meminta ibu mendoakan kejayaan saya," katanya.
Siti Naziah, yang berada di bawah seliaan Pelajar Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC), berharap beliau dapat menamatkan pengajiannya dalam tempoh yang ditetapkan selain memperoleh kejayaan dalam bidang ini.
Sementara itu, Kamariyah meluahkan rasa syukur atas kejayaan Naziah dan tidak menyangka usaha anaknya akan membuahkan hasil selepas dua kali gagal sebelum ini.
"Alhamdulillah, saya sangat gembira walaupun pada mulanya saya seperti tidak percaya. Sebelum ini, ketika menduduki kertas peperiksaan itu Naziah mengadu bahawa dia tidak yakin boleh menjawab dengan baik.
"Saya tidak memberi tekanan kepadanya ketika itu malah memberi kata-kata semangat bahawa dia telah membuat yang terbaik dan harus serah sahaja pada Allah," katanya.
BACA: Agong ucap tahniah kejayaan dua pelajar Malaysia dalam peperiksaan ACCA
BACA: Dua pelajar Malaysia duduki 10 tempat teratas peperiksaan ACCA sesi Mac
Dilaporkan, Siti Naziah antara dua pelajar muda Malaysia yang berada di 10 tempat teratas di dunia dalam peperiksaan ACCA dan kejayaan itu turut mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang menzahirkan ucapan tahniah kepada mereka.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara menerusi Facebook pada Isnin, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas pencapaian cemerlang Siti Naziah dan Nurul Fatin Nabihah Hamdan kerana mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Seri Paduka juga menzahirkan rasa kagum atas kesungguhan dan semangat juang tinggi yang dipamerkan kedua-dua pelajar dalam menghadapi dugaan serta kekurangan untuk mengejar cita-cita mereka.
- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 20 2021
![ACCA: Pelajar terbaik Malaysia bangkit selepas dua kali gagal dalam peperiksaan ACCA: Pelajar terbaik Malaysia bangkit selepas dua kali gagal dalam peperiksaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618937481_SitiNaziah.jpg)
Siti Naziah ketika ditemui di Taman Lela Kamunting, Taiping, 20 April 2021. --fotoBERNAMA
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734141929_TBTAYLOR.jpg)
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
![ACCA: Profesional kewangan optimis namun berhati-hati dengan prospek ekonomi Malaysia ACCA: Profesional kewangan optimis namun berhati-hati dengan prospek ekonomi Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712841550_EkonomiMalaysia.jpg)
ACCA: Profesional kewangan optimis namun berhati-hati dengan prospek ekonomi Malaysia
Bagaimanapun, kebimbangan terhadap kos operasi dan faktor luaran memerlukan pendekatan berhemat oleh organisasi kewangan dan perniagaan.
![Ahmad Zahid ucap tahniah dua pelajar tajaan MARA catat pencapaian terbaik peperiksaan ACCA Ahmad Zahid ucap tahniah dua pelajar tajaan MARA catat pencapaian terbaik peperiksaan ACCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683123514_TBtahniah.jpg)
Ahmad Zahid ucap tahniah dua pelajar tajaan MARA catat pencapaian terbaik peperiksaan ACCA
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar tajaan MARA, Julea Qiestyna Abu Zar dan Danish Zafran Bazam, kerana berjaya meraih pencapaian terbaik dalam peperiksaan ACCA.
![Pelajar UiTM raih tempat pertama di Malaysia dan dunia dalam peperiksaan ACCA Pelajar UiTM raih tempat pertama di Malaysia dan dunia dalam peperiksaan ACCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627402663_hannahmumtazah.jpg)
Pelajar UiTM raih tempat pertama di Malaysia dan dunia dalam peperiksaan ACCA
Hannah Mumtazah turut meraih tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting dalam peperiksaan ACCA itu.
![ACCA: Pelajar terbaik Malaysia bangkit selepas dua kali gagal dalam peperiksaan ACCA: Pelajar terbaik Malaysia bangkit selepas dua kali gagal dalam peperiksaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618937481_SitiNaziah.jpg)
ACCA: Pelajar terbaik Malaysia bangkit selepas dua kali gagal dalam peperiksaan
Siti Naziah berkongsi kaedah pembelajaran yang diamalkan bersama rakan-rakan sehingga membolehkan mereka memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan bertaraf dunia.
![Agong ucap tahniah kejayaan dua pelajar Malaysia dalam peperiksaan ACCA Agong ucap tahniah kejayaan dua pelajar Malaysia dalam peperiksaan ACCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618793405_PelajarB.jpg)
Agong ucap tahniah kejayaan dua pelajar Malaysia dalam peperiksaan ACCA
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar muda Malaysia atas kejayaan mereka menjadi antara 10 teratas dunia dalam pepe
![Dua pelajar Malaysia duduki 10 tempat teratas peperiksaan ACCA sesi Mac Dua pelajar Malaysia duduki 10 tempat teratas peperiksaan ACCA sesi Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618793405_PelajarB.jpg)
Dua pelajar Malaysia duduki 10 tempat teratas peperiksaan ACCA sesi Mac
Pelajar dari keluarga B40 dan asnaf itu antara 92,000 orang calon dari serata dunia yang menduduki peperiksaan tersebut pada sesi Mac 2021.
![Dua pelajar UiTM antara 10 terbaik dunia bagi peperiksaan ACCA, CAT Dua pelajar UiTM antara 10 terbaik dunia bagi peperiksaan ACCA, CAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612510862_mashup.jpg)
Dua pelajar UiTM antara 10 terbaik dunia bagi peperiksaan ACCA, CAT
Dua pelajar berkenaan adalah Fatin Najwa Azman, pelajar semester kelima program ACCA dan Putera Aiman Abdul Rashid, pelajar semester akhir program CAT.
![Tokoh pendidikan negara dianugerah Tun: Ini fakta menarik profil Arshad Ayub Tokoh pendidikan negara dianugerah Tun: Ini fakta menarik profil Arshad Ayub](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81597646105_AgongIstiadatPen.jpg)
Tokoh pendidikan negara dianugerah Tun: Ini fakta menarik profil Arshad Ayub
Anak jati Muar yang dilahirkan pada tahun 1928 ini adalah Pengasas dan Pengetua Kolej Perniagaan dan Pengajian Profesional MARA yang terus merevolusi hingga menjadi sebuah universiti, UiTM.
![Pelajar UiTM cipta sejarah, dianugerah gelaran tertinggi dunia oleh ACCA Pelajar UiTM cipta sejarah, dianugerah gelaran tertinggi dunia oleh ACCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81575662401_hakeem_uitm.jpg)
Pelajar UiTM cipta sejarah, dianugerah gelaran tertinggi dunia oleh ACCA
Hakeem Mohammad Akmal, 18, mendapat markah penuh dalam peperiksaan program perakaunan profesional bagi sesi Julai hingga Disember 2019, baru-baru ini.