Polis Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan akan membuat rombakan dan pertukaran pegawai serta anggota polis yang bertugas di lokap pusat Bayan Baru ekoran kejadian tahanan dibawa berjumpa keluarga sehingga berjaya meloloskan diri awal pagi Ahad.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata ketika ini, pihaknya menunggu Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) serta Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang menjalankan siasatan secara terperinci sebelum membuat sebarang rombakan pegawai dan anggota bertugas di lokap itu.
Bagaimanapun, beliau berkata untuk langkah segera, prosedur lain terutama dari segi prosedur operasi standard (SOP) dan penyeliaan di lokap berpusat itu telah ditingkatkan serta diperketatkan dan jika perlu menukar penyelia, pihaknya akan membuat pertukaran dalam masa terdekat.
"Apa yang kami boleh buat sekarang ialah pastikan mereka yang bertugas terutama penyelia mengikut SOP kerana dia (penyelia) perlu main peranan serta bertanggungjawab, lagipun jika ia dipatuhi dapat mengurangkan salah laku.
"Dalam kes itu anggota polis menerima arahan daripada penyelia untuk membawa tiga tahanan termasuk suspek yang melarikan diri itu ke hospital selepas mereka mengadu sakit dan di sini kemungkinan dia (penyelia) mempunyai kaitan dalam perancangan itu (membawa keluar tahanan berjumpa keluarga)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, di sini hari ini.
Chuah berkata seorang daripada lapan anggota polis berusia 27 hingga 59 tahun yang ditahan itu merupakan dalang utama dan berperanan sebagai orang tengah selain menerima sejumlah bayaran sebelum mengagihkan kepada rakan sekerja yang lain.
"Berapa dia (dalang utama) kutip dan berapa dia bayar kepada yang lain itu masih dalam siasatan kerana ada dua orang yang mendakwa terima bayaran tapi jumlah tidak sama. Kami juga tidak menolak kemungkinan sebelum ini telah ada kejadian seumpama itu tetapi tidak berlaku seperti ini (tahanan melarikan diri)," katanya.
Beliau berkata seorang daripada anggota yang ditahan itu juga mempunyai satu dakwaan kes disiplin tetapi dia mungkin diberi amaran kerana bukan membabitkan isu besar atau serius.
Mengenai siasatan kes itu, Chuah berkata pihaknya menjalankan siasatan dari semua aspek termasuk mengarahkan lebih 200 pegawai dan anggota yang bertugas di lokap berpusat itu disiasat sama ada mereka turut terlibat dalam kes terbabit atau perkara lain.
Beliau berkata satu laporan komprehensif berhubung kes itu akan diserah kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk memberi gambaran apa yang berlaku dan cadangan yang boleh dibuat untuk penambahbaikan di lokap berpusat termasuk melakukan rombakan serta pertukaran pegawai dan anggota.
Sementara itu, Chuah berkata polis tidak menolak kemungkinan banduan yang lolos itu Anuar Ayat, 43, telah melarikan diri ke luar negara menggunakan jalan 'tikus'.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2017

CHUAH: Apa yang kami boleh buat sekarang ialah pastikan mereka yang bertugas terutama penyelia mengikut SOP kerana dia (penyelia) perlu main peranan serta bertanggungjawab.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Polis P. Pinang terima basikal elektrik untuk jalankan rondaan
Objektif utama penggunaan basikal elektrik itu ketika rondaan dapat mewujudkan kehadiran polis di tempat awam dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.

Banduan lari: Rombakan pegawai, anggota mungkin dibuat
Polis Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan akan membuat rombakan dan pertukaran pegawai serta anggota polis yang bertugas di lokap pusat Bayan Baru.

Tahanan lolos dibawa bertemu keluarga, bukan ke hospital - Polis Pulau Pinang
Anggota polis terbabit dipercayai bersubahat dengan tahanan untuk membawa mereka bertemu ahli keluarga masing-masing di sebuah kondominium dan inap desa (homestay) di Sungai Ara.

Bekas perogol bersiri pulang ke Malaysia
Bekas perogol bersiri warganegara Malaysia, S. Selva Kumar yang baru dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, Kanada, tiba di tanah air hari ini.

Polis akan pantau aktiviti Selva Kumar
Polis sedar kepulangan Selva Kumar dari Kanada akan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, namun polis tidak boleh mengenakan sebarang sekatan kepadanya.

Melaka tolak cubaan ganggu ketenteraman dan keharmonian negeri - Ketua Menteri
Melaka yang mempunyai pelbagai latar belakang hidup aman harmoni sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dan menolak keras gerakan yang mahu menganjurkan kegiatan seperti perhimpunan haram itu.

Purata 16 kes orang hilang dilapor setiap hari tahun lepas - MCPF
Seramai 2,237 orang atau 45 peratus daripada 4,998 orang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah.