Polis Pulau Pinang pada Isnin mengesahkan insiden tahanan lolos sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Balik Pulau awal pagi Ahad bagi menerima rawatan adalah palsu.
Sebaliknya siasatan mendapati anggota polis terbabit dipercayai bersubahat dengan tahanan untuk membawa mereka bertemu ahli keluarga masing-masing di sebuah kondominium dan inap desa (homestay) di Sungai Ara.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye berkata dakwaan van yang membawa tahanan berkenaan mengalami kerosakan brek di persimpangan Jalan Paya Terubong juga tidak benar kerana menurutnya kenderaan itu berada dalam keadaan baik serta diservis mengikut jadual.
“Siasatan yang dijalankan mendapati laporan itu adalah palsu. Apa yang sebenarnya berlaku adalah ketiga-tiga Orang Kena Tuduh (OKT) diiring bukan untuk ke hospital, tetapi untuk bertemu keluarga masing-masing.
“OKT Anuar dibawa bertemu keluarganya di sebuah kondominum di Sungai Ara, manakala dua OKT lain dibawa ke homestay juga di Sungai Ara. Selepas Anuar bertemu keluarga di sana, dia minta untuk dihantar ke Sungai Nibong Besar untuk bertemu dengan seorang orang awam dan di sanalah dia meloloskan diri,” kata Chuah.
Chuah berkata siasatan mendapati semua anggota polis terbabit dikatakan menerima bayaran daripada ahli keluarga tahanan berkenaan.
“Memang ada bayaran, jadi kami sedang siasat. Dalam laporan disebut bergari, tapi apa yang kami lihat daripada CCTV, OKT tidak digari semasa berada di kondominium berkenaan,”
Dalam masa sama, Chuah berkata siasatan awal mendapati anggotanya tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Bagaimanapun, pihaknya memberi jaminan siasatan akan dilakukan secara telus selain bersedia mengkaji semula SOP jika didapati terdapat kelemahan membabitkan sistem pengurusan di lokap berpusat dan ketika anggota mengiringi tahanan.
“Jika ada kelemahan pada SOP, kami akan mencadangkan perubahan, bukan hanya pada kes ini tetapi pada keseluruhan sistem supaya perkara sebegini tidak berulang.
Chuah berkata polis percaya suspek masih lagi berada dalam negara dan usaha menjejaki kini giat dijalankan termasuk mengaktifkan ‘Ops Tutup’ di negeri itu serta di kawasan sempadan termasuk bantuan daripada Polis Antarabangsa (Interpol).
Terdahulu, Chuah memaklumkan polis telah menahan reman lapan anggota polis masing-masing berusia antara 27- 59 tahun berpangkat Sarjan, Koperal dan Lans Koperal yang bertugas di Balai Lokap Berpusat di Bayan Baru dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya bagi membantu siasatan.
Katanya, seorang lelaki yang juga kenalan suspek berusia 56 tahun juga ditahan kerana dipercayai mempunyai maklumat berhubung perancangan suspek yang mahu meloloskan diri.
Kes disiasat di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana dengan cuai melepaskan tahanan yang sah dan Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan polis palsu.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi Ahad, suspek Anuar Ayat, 43, melarikan diri ketika dalam perjalanan ke Hospital Balik Pulau selepas van yang dinaiki dilapor mengalami kerosakan brek di Jalan Paya Terubong.
Suspek yang ditahan atas kesalahan dadah itu dijadual menghadiri perbicaraan kes di Mahkamah Pulau Pinang hari ini.
Astro Awani
Mon Jul 10 2017

Chuah berkata dakwaan van yang membawa tahanan berkenaan mengalami kerosakan brek di persimpangan Jalan Paya Terubong juga tidak benar. -Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Tahanan lolos dibawa bertemu keluarga, bukan ke hospital - Polis Pulau Pinang
Anggota polis terbabit dipercayai bersubahat dengan tahanan untuk membawa mereka bertemu ahli keluarga masing-masing di sebuah kondominium dan inap desa (homestay) di Sungai Ara.