GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang menegaskan bahawa sistem parkir pintar Penang Smart Parking (PSP) mengalami masalah teknikal dan bukan serangan siber, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata masalah teknikal itu dikesan pada 10.03 pagi semalam melibatkan sistem e-dompet pengguna PSP yang memaparkan baki sebanyak RM4.40.
Katanya transaksi pembayaran parkir serta transaksi lain di dalam sistem PSP masih boleh dijalankan seperti biasa.
"Saya ingin memaklumkan bahawa tiada sebarang unsur serangan siber berlaku terhadap sistem PSP dan rekod serta baki e-dompet pengguna juga tidak akan terjejas. Sukacita juga saya maklumkan bahawa perkhidmatan sistem PSP juga telah dibaik pulih dan beroperasi seperti sediakala," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
PSP merupakan inisiatif kerajaan negeri Pulau Pinang bagi menggantikan sistem kupon dengan kesemua pembayaran dilakukan menerusi aplikasi telefon pintar di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang diperkenalkan sejak 2019.
Semalam, ribuan pengguna aplikasi tersebut terkejut apabila mendapati baki akaun dalam e-dompet bertukar menjadi RM4.40 disebabkan oleh masalah teknikal, walaupun baki amaun mereka adalah lebih tinggi sebelum ini.
Selain itu, Jagdeep berkata penggunaan aplikasi sistem PSP yang telah dimuat turun oleh pengguna di Pulau Pinang adalah sebanyak 746,687 kali setakat 18 Jan lepas, dengan jumlah kutipan tempat parkir kereta yang direkodkan sebanyak RM29.10 juta bagi kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT).
Katanya PSP bertujuan memudahkan rakyat negeri ini mendapatkan petak tempat letak kereta yang kosong tanpa perlu mencari dalam tempoh masa yang lama selain memudahkan sistem penguatkuasaan oleh PBT apabila pihak penguat kuasa tidak perlu membuat rondaan secara berkala.
"Model pembiayaan bagi projek PSP ini adalah melalui inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dengan syarikat operator iaitu pihak HeiTech Padu Berhad akan membiayai keseluruhan projek sepanjang tempoh kontrak dan pembahagian hasil akan dilakukan mengikut kadar yang telah dipersetujui oleh pihak syarikat dan kedua-dua PBT sepanjang tempoh kontrak," katanya.
Tambahnya, terdapat 12,000 tempat letak kereta telah digazetkan di kawasan MBPP, manakala 24,000 petak letak kereta pula adalah di kawasan MBSP.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022

Kata Jagdeep transaksi pembayaran parkir serta transaksi lain di dalam sistem PSP masih boleh dijalankan seperti biasa. - Gambar fail/BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Baki tinggal RM4.40, sistem parkir PSP alami masalah teknikal bukan serangan siber - Jagdeep
Kerajaan Pulau Pinang menegaskan bahawa sistem parkir pintar Penang Smart Parking (PSP) mengalami masalah teknikal dan bukan serangan siber, semalam.

Kerajaan P.Pinang tidak keluarkan satu sen pun bagi PSP - Jagdeep
Projek adalah inisiatif pembiayaan swasta yang mana syarikat terbabit, HTP, menanggung sepenuhnya kos pelaksanaan dan pengoperasian sistem letak kenderaan bagi tempoh kontrak tujuh tahun.

Pulau Pinang lancar sistem tempat letak kereta pintar
Kerajaan Pulau Pinang akan melaksanakan Sistem Tempat Letak Kereta Pintar (PSP) mulai esok (Isnin) sehingga Disember ini.