Kerajaan Pulau Pinang akan melaksanakan Sistem Tempat Letak Kereta Pintar (PSP) mulai esok (Isnin ) sehingga Disember ini bagi memudahkan pembayaran tempat letak kereta di kawasan pentadbirannya.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pelaksanaan sistem berkenaan adalah fasa perintis di mana sebanyak 36,000 petak tempat letak kereta (TLK) disediakan di seluruh negeri itu.
PSP akan beroperasi di 647 tempat letak kereta di George Town dan 350 di kawasan Seberang Perai.
Justeru bagi menggalakkan orang ramai menggunakan sistem tersebut selain sistem dompet online (e-wallet), kerajaan negeri akan memberi kredit percuma berjumlah RM5 kepada 10,000 pengguna pertama yang menggunakan aplikasi PSP tersebut menerusi penggunaan teknologi e-wallet seperti Boost, Touch ‘n Go dan Grab Pay.
"Sebagai permulaan, kredit percuma RM5 akan diberikan kepada 10,000 pengguna pertama aplikasi Penang Smart Parking sebagai galakan orang ramai bagi penggunaaan e-wallet," kata Kon Yeow.
Antara kawasan tempat letak kereta yang terlibat di George Town ialah Lebuh Union, Lebuh Pantai, Lebuh Pasar, Lebuh Penang, Lebuh Queen, Lebuh King, Lebuh Downing, Lebuh Bishop, Lebuh Gereja, Gat Lebuh Gereja, Lebuh China dan Gat Lebuh China manakala di Seberang Perai ialah di Lebuh Langsat dan Jalan Icon City.
Chow berkata, bagi menjayakan pelaksanaan PSP, beberapa jalan di bahagian pulau dan Seberang Perai akan ditutup sementara bagi pemasangan sensor untuk fasa perintis dan keseluruhan 36,000 tempat letak kereta yang dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2020.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga telah bersetuju kadar bayaran tempat letak kereta kekal pada kadar 80 sen sejam bagi kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan 40 sen sejam bagi kawasan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Tambahnya, bagi pas bulanan pula kadar bayaran kekal pada kadar RM150 sebulan di kawasan MBPP dan RM75 sebulan di kawasan MPSP.
Dalam pada itu, Chow berkata, berikutan pelaksanaan berkenaan, rakyat dijangka akan mengambil masa sekurang-kurangnya satu atau dua tahun untuk menyesuaikan diri dengan teknologi baharu tersebut
Jesteru katanya antara cabaran yang perlu dilalui adalah bagaimana untuk menguruskan tingkah laku dan minda masyarakat untuk memahami teknologi tersebut selain daripada isu teknikal.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan PSP Fasa Satu, di Georgetown, pada Ahad.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Aug 18 2019

PSP akan beroperasi di 647 tempat letak kereta di George Town dan 350 di kawasan Seberang Perai. - Foto Astro AWANI

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

China sedia kolaborasi dengan Malaysia promosi kerjasama Asia Timur dan integrasi ekonomi serantau
China juga sedia bekerjasama dengan Malaysia bagi mengekalkan trend pembangunan kerjasama serantau.

Pulau Pinang tidak naikkan fi hotel - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini menafikan laporan media tempatan yang mendakwa fi hotel di negeri berkenaan akan dinaikkan sehingga 50 peratus pada tahun ini.

Anwar nafi beri tumpuan kepada Pulau Pinang kerana anak jati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tumpuan yang lebih kepada Pulau Pinang kerana merupakan anak jati Pulau Mutiara itu.

LRT: Kerajaan beri perhatian serius kebimbangan penduduk Pulau Pinang - Anwar
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius mengenai kebimbangan penduduk Pulau Pinang tentang sebahagian kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong.

Pulau Pinang berjaya tarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 yang dijangka mewujudkan lebih 6,600 peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi, perkhidmatan termaju

Tanah tapak stesen LRT bukan untuk bina rumah - Chow
Kawasan tanah terbabit adalah tapak untuk pembinaan sebuah sekolah, namun pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Chow sahkan Jagdeep dilucutkan daripada lembaga PBAHB
Jagdeep gagal memenuhi kehadiran minimum dalam mesyuarat lembaga pengarah sepanjang tahun kewangan syarikat berkenaan.

Pulau Pinang catat RM22.6 bilion pelaburan diluluskan sehingga suku ketiga 2024
Projek infrastruktur utama termasuk LRT Laluan Mutiara dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sedang dilaksanakan untuk meningkatkan mobiliti dan kualiti hidup.

Pulau Pinang masih kurang hotel - Ketua Menteri
Pulau Pinang masih kekurangan bilik hotel untuk menampung jumlah kemasukan pelancong asing dan domestik yang semakin bertambah.

Pulau Pinang salur RM70,000-RM80,000 kepada SJKT tingkat kemudahan asas
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Pulau Pinang menerima peruntukan antara RM70,000 hingga RM80,000 setahun bagi menambah baik kemudahan asas.