KUALA LUMPUR: Anggaran perbelanjaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tahun depan meningkat 11.31 peratus kepada RM1.605 bilion yang turut merangkumi perbelanjaan agihan sebanyak RM1.305 bilion.
Pengerusinya Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar ketika mengulas Bajet MAIWP 2024 berkata perbelanjaan lain termasuk pengurusan dianggarkan sebanyak RM215.11 juta manakala pembangunan berjumlah RM85.44 juta.
"Fokus utama perbelanjaan pengurusan memberi penekanan kepada aspek kecekapan, kompetensi dan peningkatan mutu perkhidmatan MAIWP selari dengan teknologi terkini IR4.0.
"Perbelanjaan pembangunan pula merangkumi aktiviti fizikal seperti pembangunan hartanah, pembelian aset dan pelaburan," katanya pada sidang media Bajet 2024 MAIWP di sini semalam.
Beliau berkata anggaran pendapatan MAIWP ialah sebanyak RM1.395 bilion pada 2024 iaitu meningkat sembilan peratus berbanding RM1.28 bilion tahun ini, disumbang oleh kumpulan wang zakat kira-kira RM1.158 bilion serta aktiviti sewaan, yuran pengajian, pelaburan dan peruntukan geran daripada Kementerian Kewangan.
Mohd Daud berkata MAIWP turut menyediakan Bajet Defisit sebanyak RM210.35 juta untuk memberi komitmen sepenuhnya dalam aspek pemerkasaan dan kesejahteraan asnaf serta pembangunan ummah di Wilayah Persekutuan, melebihi jumlah anggaran pendapatan sasaran pada 2024.
Beliau juga berkata Insentif Khas MAIWP berjumlah RM42.7 juta yang dapat memberi manfaat kepada 69,100 penerima akan disalur selewat-lewatnya 31 Dis ini berikutan cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barangan.
Insentif Khas itu merangkumi Bantuan Kewangan Bulanan sebanyak RM1,000 seorang kepada 30,000 penerima manakala 34,300 orang masing-masing akan menerima Bantuan Am Persekolahan sebanyak RM300.
"Seramai 4,800 penerima Bantuan Am Pelajaran IPT pula akan menerima RM500 seorang yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM30 juta," katanya sambil menambah bantuan keperluan asasi juga dinaikkan daripada RM150 kepada RM300 mulai 2024 dan pembayaran melalui e-dompet akan dikreditkan bermula 16 Jan secara berperingkat melibatkan perbelanjaan sebanyak RM108.7 juta setahun.
Mohd Daud berkata Bajet MAIWP 2024, yang bertema Melestari Rahmah MADANI, telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 9 Nov lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023

Mohd Daud bercakap pada sidang media mengenai Bajet MAIWP untuk Tahun 2024 di Menara MAIWP, Kuala Lumpur, 21 Dis 2023. --fotoBERNAMA

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

MARA sasar RM50 juta kutipan Wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.

Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.

MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.

Banjir: MAIWP diminta salur bantuan secepat mungkin - Mohd Na'im
Datuk Mohd Na'im Mokhtar meminta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) segera menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas.

Banjir: MAIWP tambah peruntukan RM7 juta - Mohd Na’im
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan peruntukan tambahan RM7 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

RM1 bilion kutipan zakat direkod pada 2023, peningkatan 11 peratus - MAIWP
Sebanyak RM1 bilion zakat berjaya dikutip di seluruh Wilayah Persekutuan pada 2023, peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 November 2024.

‘Santuni MADANI’ platform tepat pantau sistem penyampaian kerajaan
Program itu dilihat mampu memberi impak dalam merapatkan jurang kemudahan antara desa dan bandar.

MAIWP perlu tekankan pengurusan integriti bagi capai agenda nasional - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata beliau mahu 'stigma lama' berkaitan aspek pengurusan tidak cekap, dinoktahkan dan tidak mahu agensi berkaitan hal ehwal Islam itu terus dilihat ketinggalan daripada arus perdana.