KUALA LUMPUR: Syarikat di Malaysia dijangka memperuntukkan bajet gaji yang lebih tinggi pada 2023, sebahagian besarnya dipengaruhi oleh keadaan pasaran buruh yang kompetitif dan tekanan inflasi yang didorong oleh kenaikan kos sara hidup, menurut syarikat penasihat, broker dan penyelesaian global, WTW.
Berdasarkan Laporan Perancangan Bajet Gaji 2022, WTW berkata organisasi di Malaysia diunjurkan meningkatkan belanjawan mereka untuk gaji pekerja sebanyak lima peratus pada tahun ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Perniagaan Ganjaran Pekerjaan untuk Asia Selatan, ASEAN dan Malaysia Tan Juan Jim berkata syarikat Malaysia telah memberi respons yang positif kepada trend bajet gaji global dengan meningkatkan belanjawan gaji mereka melalui pelbagai kaedah seperti mengoptimumkan jumlah ganjaran dan melaraskan kos.
"Syarikat mengambil pelbagai tindakan, termasuk meningkatkan pengalaman pekerja dan mengubah suai program pampasan mereka, untuk menangani isu kekurangan pekerja di Malaysia.
"Sebahagian syarikat turut membuat pelarasan kenaikan gaji yang lebih kerap (dan) malah, sebanyak 40 peratus daripada organisasi mempertimbangkan kenaikan gaji dua kali setahun untuk menarik dan mengekalkan pekerja," katanya kepada Bernama.
Tan berkata mengambil kira keadaan ekonomi seperti kadar inflasi semasa yang tinggi dan ketidakpastian mengenai tempoh ia akan berlarutan, turut memaksa syarikat untuk menilai semula strategi pekerja mereka.
Katanya banyak organisasi telah mengambil atau merancang untuk mengambil langkah bukan kewangan untuk meningkatkan pengalaman pekerja dan ini termasuk memberi keutamaan kepada kesejahteraan pekerja dengan memperkenalkan manfaat kesejahteraan baharu seperti perkhidmatan telekesihatan.
"Dengan risiko yang ketara dalam ekonomi tempatan, inflasi tinggi yang berterusan dan majikan yang bergelut dengan cabaran penawaran tenaga kerja, organisasi perlu lebih kreatif untuk menangani cabaran tarikan dan pengekalan.
"Misalnya, kemahiran teknologi maklumat antara yang paling dicari oleh syarikat pada masa ini dengan 71 peratus daripada organisasi dilaporkan mengalami masalah untuk mengekalkan dan menarik tenaga kerja digital," katanya.
Sehubungan itu, Tan berkata kemungkinan lebih berkesan untuk syarikat menggunakan faktor yang berbeza seperti kemahiran berfikir aras tinggi (HOT) dan model bayar untuk prestasi bagi menangani cabaran pasaran.
Mengulas lanjut mengenai kaji selidik itu, Pengarah Bersekutu Ganjaran dan Risikan Data WTW Malaysia Michael Ng Tze Kang berkata memandangkan ekonomi dijangka berkembang secara sederhana pada 2023, syarikat diunjurkan mengambil langkah tambahan dalam strategi pengekalan dan tarikan mereka berdasarkan perbincangan mengenai jangkaan kenaikan gaji median.
Beliau berkata pekerja di negara ini hanya akan mengalami kenaikan gaji sebenar sebanyak satu peratus, berdasarkan jangkaan kenaikan secara keseluruhan sebanyak lima peratus dan kadar inflasi empat peratus, meningkatkan sentimen bahawa gaji boleh dinaikkan lagi.
Berdasarkan data pampasan terkini, katanya dua pertiga daripada organisasi mengalami masalah untuk menarik dan mengekalkan pekerja, terutamanya dalam bidang digital, pengeluaran dan kejuruteraan.
"Sejak tiga tahun lepas, pekerja mendapati semakin sukar untuk mengekalkan pekerja dalam jangkaan 2023, serta daripada pandemik dan pelbagai ketidaktentuan dalam pasaran, majikan telah mempelajari cara baharu untuk menarik dan mengekalkan pekerja," katanya.
Ng berkata banyak syarikat akan menambah baik pakej pampasan pekerja mereka dengan menawarkan program kesejahteraan alternatif atau baharu untuk membantu memastikan mereka bermotivasi.
"Selain kenaikan gaji, lebih 60 peratus syarikat mengambil langkah bukan kewangan yang menawarkan lebih fleksibiliti di tempat kerja untuk menangani pasaran buruh yang kompetitif dan tekanan inflasi.
"(Inisiatif seperti) aturan kerja yang fleksibel akan membolehkan pekerja mengurangkan kos keseluruhan untuk berulang-alik ke tempat kerja," katanya.
Ng berkata pekerjaan berkaitan teknologi, iaitu pembangunan teknologi maklumat, digital dan keselamatan siber, merupakan pekerjaan utama yang mendapat permintaan dalam pelbagai industri.
"Sebanyak 10 pekerjaan utama yang mendapat permintaan termasuklah penganalisis perniagaan, jurutera data, saintis data, penganalisis data, jurutera pembelajaran mesin, jurutera risikan perniagaan, jurutera pangkalan data, penganalisis risikan perniagaan, penganalisis produk dan penganalisis risikan pelanggan.
"Terdapat 10 kemahiran utama yang mendapat permintaan iaitu SQL, Python, pelaporan teknikal, pembelajaran mesin, Apache Spark, pengurusan dokumentasi dan rekod, pemprosesan data raya, ekstrak, transformasi dan pemuatan (proses integrasi data), pengkomputeran awan dan tableau," katanya.
Ng berkata trend ini dijangka berterusan hingga 2023 berikutan ekonomi digital Malaysia yang berkembang walaupun pasaran buruh kekal terhad.
Oleh itu, katanya organisasi akan menukar tumpuan mereka kepada aspek pampasan lain, termasuklah bonus, faedah kesihatan dan peluang pembangunan kerjaya, kepada persekitaran kerja yang sihat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023
![Bajet gaji untuk pekerja diunjurkan meningkat pada 2023 - WTW Bajet gaji untuk pekerja diunjurkan meningkat pada 2023 - WTW](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662613177_MONEYCHANGE.jpg)
Selain kenaikan gaji, lebih 60 peratus syarikat mengambil langkah bukan kewangan yang menawarkan lebih fleksibiliti di tempat kerja. - Gambar hiasan
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![Median upah bulanan sektor formal naik 4.9 peratus tahun ke tahun Median upah bulanan sektor formal naik 4.9 peratus tahun ke tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61717139372_TBBNM.jpg)
Median upah bulanan sektor formal naik 4.9 peratus tahun ke tahun
Median upah bulanan pekerja sektor formal naik 4.9 peratus tahun ke tahun kepada RM2,900 pada Dis 2023.
![Sektor swasta perlu ikut langkah kerajaan naik gaji pekerja - PM Anwar Sektor swasta perlu ikut langkah kerajaan naik gaji pekerja - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714536075_HariPekerja.jpg)
Sektor swasta perlu ikut langkah kerajaan naik gaji pekerja - PM Anwar
Anwar menasihatkan sektor swasta untuk mengikut langkah yang sama dibuat kerajaan bagi menaikkan gaji pekerja mereka.
![Bekas pembantu tadbir didakwa lakukan pengubahan wang haram, pecah amanah RM15 juta Bekas pembantu tadbir didakwa lakukan pengubahan wang haram, pecah amanah RM15 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709816293_ZairullArzuan.jpg)
Bekas pembantu tadbir didakwa lakukan pengubahan wang haram, pecah amanah RM15 juta
Seorang bekas pembantu tadbir kewangan di JKM Sarawak didakwa di Mahkamah Sesyen atas 31 pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah berjumlah RM15 juta.
![[KOLUMNIS] Langkah tepat memperkenalkan model gaji progresif [KOLUMNIS] Langkah tepat memperkenalkan model gaji progresif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683723195_TBCOVIDTOPGLOVE.jpg)
[KOLUMNIS] Langkah tepat memperkenalkan model gaji progresif
KAJIAN mendapati gaji atau upah menjadi salah satu antara penawar utama untuk mempercepatkan peralihan struktur ekonomi di Malaysia.
![Bajet gaji untuk pekerja diunjurkan meningkat pada 2023 - WTW Bajet gaji untuk pekerja diunjurkan meningkat pada 2023 - WTW](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662613177_MONEYCHANGE.jpg)
Bajet gaji untuk pekerja diunjurkan meningkat pada 2023 - WTW
Organisasi di Malaysia diunjurkan meningkatkan belanjawan mereka untuk gaji pekerja sebanyak lima peratus pada tahun ini.
![Majikan disiasat bayar gaji tunai tanpa kerelaan pekerja Majikan disiasat bayar gaji tunai tanpa kerelaan pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647577519_MajikanDisiasat.jpg)
Majikan disiasat bayar gaji tunai tanpa kerelaan pekerja
Tiga buah kilang diperiksa membabitkan 189 pekerja asing terdiri daripada Bangladesh, India, Nepal dan Myanmar.
![Bajet 2022 Singapura: Kerajaan bantu biayai kenaikan gaji antara 2022 - 2026 Bajet 2022 Singapura: Kerajaan bantu biayai kenaikan gaji antara 2022 - 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645175814_MerlionPark.jpg)
Bajet 2022 Singapura: Kerajaan bantu biayai kenaikan gaji antara 2022 - 2026
Pembiayaan itu sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu peralihan sektor perniagaan kepada model gaji progresif.
![Buat laporan polis palsu sebab habiskan gaji pekerja untuk judi Buat laporan polis palsu sebab habiskan gaji pekerja untuk judi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624805788_Judi.jpg)
Buat laporan polis palsu sebab habiskan gaji pekerja untuk judi
Lelaki itu mendakwa duit dan beg sandang berkenaan hilang namun tiada kesan pecah cermin pada kenderaan.
![PEMULIH: Kerajaan laksana Program Subsidi Upah 4.0, tiada lagi syarat had gaji - PM PEMULIH: Kerajaan laksana Program Subsidi Upah 4.0, tiada lagi syarat had gaji - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624876142_Restoran.jpg)
PEMULIH: Kerajaan laksana Program Subsidi Upah 4.0, tiada lagi syarat had gaji - PM
Kerajaan bersetuju melaksanakan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 billion menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
![Bekas eksekutif dipenjara dua bulan, denda RM80,000 palsukan tuntutan gaji Bekas eksekutif dipenjara dua bulan, denda RM80,000 palsukan tuntutan gaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615437379_SitiAishah.jpg)
Bekas eksekutif dipenjara dua bulan, denda RM80,000 palsukan tuntutan gaji
Siti Aishah Mohamad Amir, 31 tahun, mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan membuat tuntutan gaji palsu antara 2018 dan 2019.