SEREMBAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta pemberian bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji kepada penjawat awam dalam pembentangan Bajet 2023 pada 7 Okt ini.
Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, pemberian bonus itu wajar kerana mengambil kira perkhidmatan terbaik diberikan penjawat awam, terutama sebagai barisan hadapan ketika pandemik COVID-19 dengan beberapa kali pertukaran kerajaan sebelum ini.
"Kerajaan majikan kami, walaupun telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK), perkenalkanlah bonus, kami telah 11 tahun tiada bonus, hanya BKK.. sama ada ditolak BKK tidak ada masalah, tetapi yang penting, berilah dalam bentuk perkataan bonus.
"Ini kerana penjawat awam terus kekal memberikan perkhidmatan kepada rakyat, tidak ada jabatan yang ditutup (sepanjang COVID-19), tidak ada pekerja yang meninggalkan tugas, sebaliknya, kami kekal memberikan perkhidmatan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan Cuepacs Negeri Sembilan Sesi 2022-2025, di sini, hari ini.
Beliau berkata, kerajaan hari ini mampu melaksanakan pemberian bonus tersebut memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah biasa dengan penjawat awam sekali gus mampu meningkatkan motivasi mereka dalam pekerjaan.
Sementara itu, beliau sekali lagi meminta kerajaan mengumumkan gaji minimum perkhidmatan awam sebanyak RM1,800 dalam Bajet 2023 berikutan peningkatan kos sara hidup ketika ini, selain harga rumah yang semakin mahal menyukarkan penjawat awam memiliki rumah.
"Dengan gaji RM1,200 sekarang bagi lantikan pertama dan dicampur dengan elaun belum mencapai RM2,000, amat jauh untuk menyediakan kehidupan selesa apatah lagi membeli rumah kerana harga semakin meningkat, selepas 10 tahun bekerja baru nak beli rumah bermakna harga rumah sudah berpuluh-puluh kali meningkat," katanya.
Adnan turut meminta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) membenarkan moratorium selama dua tahun atau suatu tempoh sehingga rumah disiapkan kepada peminjam sebelum pemotongan gaji dimulakan. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 27 2022

Datuk Adnan Mat (dua dari kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada perwakilan pada Persidangan Pewakilan TRI-Tahunan (2022-2025) Cuepacs, Negeri Sembilan hari ini. - Gambar BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.

MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).

Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.

Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.

Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.

Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.

BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.

Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.

2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.

Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.