MIC hari ini mencadangkan agar dunia Islam berhenti daripada menggunakan dolar Amerika Syarikat (AS) dalam urus niaga minyak sebagai tindak balas terhadap langkah AS mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Bendahari Agung parti, Datuk Seri S. Vell Paari berkata urus niaga itu boleh dilakukan dalam mata wang lain yang diterima negara pengeluar minyak dan gas.
"Kuasa dan pengaruh yang dimiliki Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu meyakinkan negara pengeluar minyak untuk tidak lagi menggunakan dolar AS dalam perdagangan minyak.
"Ini akan memberi pengajaran kepada AS kerana keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel akan mempunyai kesan buruk.
"Memandangkan dunia Islam dikurniakan dengan minyak, ia merupakan satu-satunya 'senjata' praktikal yang perlu digunakan terhadap Amerika Syarikat," katanya dalam kenyataan di sini.
Vell Paari juga berkata tindakan Presiden AS, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara baharu Israel akan menggagalkan usaha untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin.
Beliau mengingatkan semua pihak bahawa sudah tiba masanya langkah konkrit diambil untuk melindungi rakyat Palestin dan memberi tekanan terhadap AS dalam memperjuangkana nasib rakyat Palestin.
Trump mengumumkan pada Rabu bahawa AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2017
Datuk Seri S. Vell Paari berkata urus niaga itu boleh dilakukan dalam mata wang lain yang diterima negara pengeluar minyak dan gas.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Malaysia, Pakistan teruskan hubungan baik dengan AS - PM Anwar
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk meneruskan hubungan baik dengan Amerika Syarikat namun menegaskan kedua-dua negara adalah merdeka serta bebas.
Taufan Helene melanda Florida
Taufan Helene melanda pantai barat negeri Florida di Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.
Taufan Helene dan Ribut Tropika John: Rakyat Malaysia di AS dan Mexico diminta berwaspada
Dalam nasihat media pada Khamis, kementerian menggesa rakyat Malaysia di Florida dan Mexico untuk kekal berwaspada.
UNGA 79: Perjanjian gencatan senjata dicadangkan AS perlu segera direalisasikan - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata di Gaza yang diusulkan Amerika Syarikat (AS) dengan kerjasama tiga negara pengantara melibatkan Qatar, Mesir dan Turkiye perlu segera direalisasikan, kata Joe Biden.
TikTok berdepan larangan di AS di tengah-tengah ketegangan AS-China
TikTok, platform video pendek dengan kira-kira 1.6 bilion pengguna di seluruh dunia dan 170 juta di Amerika Syarikat (AS), kekal sebagai pusat ketegangan geopolitik antara AS dan China.
Malaysia nyata komitmen berterusan sokong usaha UNRWA di Palestin - Mohamad
Mohamad berkata, peranan UNRWA sebagai tulang belakang Palestin ketika ini merupakan satu usaha murni yang sukar dicari ganti.
Trump tolak cabaran Harris berdebat semula
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menegaskan beliau tidak akan mengambil bahagian dalam debat televisyen kedua menjelang pilihan raya presiden November ini.
Perang sebabkan lebih banyak pencemaran karbon, krisis kemanusiaan kepada bencana alam
Sejumlah besar pelepasan karbon berlaku akibat operasi ketenteraan yang dijalankan oleh banyak negara di seluruh dunia.
Trump selamat cubaan bunuh di Florida
Pegawai penguat kuasa undang-undang menyatakan, penembak bersembunyi di kawasan semak berhampiran sempadan padang golf.