SABAK BERNAM: Pelbagai cara boleh dilakukan bagi menyemarakkan Hari Kebangsaan dalam menzahirkan rasa bangga menyambut hari penuh bermakna itu.
Bagi membangkitkan momentum sambutan tersebut tahun ini, Jabatan Penerangan (JaPen) Selangor mengambil inisiatif membuat hebahan dalam bahasa Banjar dan Jawa untuk memudahkan masyarakat setempat di Sabak Bernam memahami maklumat yang hendak disampaikan itu.
Dihasilkan oleh Juruaudio Visual JaPen Selangor, Fadzlysham Ahmad, antara bahan hebahan itu dalam bahasa Banjar adalah:
"Walaupun negara kita ni sedang berhadapan awan ujian getir, iaitu penularan wabak COVID-19, amun, semangat cinta akan negara perlu dipamerkan dengan banggaknya Jalur Gemilang bersempena bulan kebangsaan ini. Jangan kelumpangan, untuk mematuhi SOP yang talah ditetapkan kerajaan".
Hebahan itu yang bermaksud walaupun negara sedang berhadapan dengan ujian getir berikutan penularan wabak COVID-19, semangat cintakan negara perlu dipamerkan dengan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan ini. Jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan.
Fadzlysham, 37, berkata walaupun Bulan Kebangsaan pada tahun ini disambut sederhana dan tidak dilakukan secara bersemuka, pihaknya tetap bersemangat dan berbangga untuk melaksanakan amanah bagi memastikan penduduk di Sabak Bernam mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan bersejarah itu.
Tinjauan Bernama mendapati penduduk di Taman Perdana di sini menzahirkan rasa bangga dan teruja apabila pihak JaPen menggunakan bahasa Banjar dan Jawa untuk melakukan hebahan mengenai sambutan Hari Kebangsaan 2021 dan COVID-19 yang memudahkan penduduk setempat memahami mesej disampaikan.
Penduduk Fathullah Md Danu @ Md Salleh, 53, yang ditemui menghargai usaha Japen menggunakan bahasa Jawa untuk menguar-uarkan pesanan tersebut sekali gus dapat menampilkan jati diri penduduk tempatan yang sentiasa bercakap menggunakan bahasa berkenaan dalam kehidupan seharian mereka.
Sementara itu, seorang pesara kerajaan Mohd Noh Kamal Mohammad, 59, berkata beliau sangat teruja apabila mendengar perkataan daripada bahasa banjar, 'kulaan seberataan' yang membawa maksud saudara mara sekalian, dilaungkan dalam hebahan tersebut.
"Walaupun kami pada masa itu riuh berpandiran (bersembang), apabila saya terdengar bahasa banjar terkeluar dari corong pembesar suara, saya terus memberitahu kepada kawan-kawan mengenai pengumuman tersebut," katanya kepada Bernama.
Sementara itu Pengarah JaPen Selangor Ali Suhaili berkata selain bahasa Melayu pihaknya juga menggunakan bahasa Banjar dan Jawa melalui program Info On Wheels (IOW) untuk memudahkan penduduk setempat memahami maklumat yang disampaikan.
Beliau berkata pengedaran Jalur Gemilang dilaksanakan dengan pematuhan SOP ketat tanpa bersemuka, sebaliknya pihaknya menggunakan kaedah tanpa sentuhan dengan meletakkan Jalur Gemilang sama ada di peti surat ataupun di hadapan pintu rumah penduduk sekitar.
"Sempena sambutan Bulan Kebangsaan kali ini, kenderaan IOW JaPen Selangor bergerak di seluruh negeri sambil memasang lagu-lagu kemerdekaan dan edaran Jalur Gemilang oleh petugas kepada penduduk," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 23 2021
Hebahan itu yang bermaksud walaupun negara sedang berhadapan dengan ujian getir berikutan penularan wabak COVID-19, semangat cintakan negara perlu dipamerkan dengan mengibarkan Jalur Gemilang. - Foto BERNAMA
124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan berjaya peroleh akreditasi MSQH
Sebanyak 124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan di seluruh negara berjaya diakreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan oleh MSQH hingga 31 Okt tahun ini.
Keanggotaan BRICS tawar landskap perdagangan global lebih saksama kepada Malaysia - Duta Rusia
BRICS komited tangani orde perdagangan antarabangsa, yang kini dikuasai oleh negara tertentu yang mengekalkan peraturan mereka sendiri.
Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet - SPRM
Fokus siasatan juga melihat kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah dan PNB.
AWANI Ringkas: Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 November 2024
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
Wanita perlu terus bersuara untuk tingkat representasi dalam Parlimen
Dr Ramli menggesa kaum wanita untuk terus bersuara dan memperjuangkan peningkatan representasi wanita di peringkat Parlimen menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Dialog Poket Rakyat: Perbelanjaan Kehidupan Wajar vs Kehidupan Sebenar
Sejauh mana petunjuk sosioekonomi perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) menggambarkan keperluan dan kehendak berbelanja sesebuah isi rumah? Bagaimanakah PAKW membantu pengguna menyusun kewangan untuk kehidupan selesa? Ikuti diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Pentas akhir, siapakah bakal dinobat juara malam ini?
Selepas tujuh minggu bersaing, siapa bakal muncul juara di pentas akhir The Chosen One 2024? Amzar Alif ada perinciannya.
Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR
Penganjuran Road2Growth 2024 Wilayah Tengah (R2G 2024 Central) menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).
Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.
Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arahkan Kementerian Komunikasi untuk mempertimbangkan buah tangan sebagai penghargaan kepada pasukan human graphic.
[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan
Artikel majalah Economist mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mendapat sokongan Barat sebelum ini.
Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York
Semangat Malaysia yang mengiringi perwakilan di sana menjadi sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna.
Jadikan semangat Hari Kebangsaan ke-67 pendorong tingkat prestasi - PM Anwar
Suasana Sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu membuktikan bahawa rakyat Malaysia berupaya lakukan sesuatu dengan jauh lebih baik jika ada kesungguhan.
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste
Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bukan sahaja dirasai rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing melalui pelbagai cara termasuk mencipta lagu khas bersempena dengan hari bersejarah.
Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.
Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka
Para kadet itu yang menghayati semangat Merdeka berkongsi pandangan mereka mengenai kepentingan hari bersejarah ini.
Biden ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 kepada seluruh rakyat Malaysia.