KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, Datuk Baharuddin Ahmad, dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa 25 Okt ini.
Beliau memangku jawatan jawatan Pengarah Cawangan Khas sejak 22 Ogos lalu berikutan persaraan Datuk Seri Zamri Yahya.
Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, dalam kenyataan pada Jumaat berkata Baharuddin akan memangku Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A.
Menurutnya, Ketua Penolong Pengarah E4, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, Bukit Aman dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP) sementara Ketua Cawangan Khas Johor, SAC Jalaludin Hamid, mengisi jawatan Ketua Penolong Pengarah E4 dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).
Beliau berkata Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, pula dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan dengan memangku jawatan CP, manakala Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan dengan memangku pangkat DCP.
"Selain itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin dilantik sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman dengan memangku pangkat CP," katanya.
Sementara itu, Noorsiah, berkata Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC), M. Kumar pula dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat DCP.
Penolong Pengarah Perkhidmatan Bahagian Perkhidmatan/ Perjawatan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, ACP Mohd Faisal Yahya mengisi tempat Kumar dengan memangku pangkat SAC.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Anuar Othman dilantik sebagai Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan memangku pangkat DCP.
Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Maktab Teknik PDRM Bakri Muar, Johor, ACP Md Khair Othman pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling), Bahagian Agama dan Kaunseling Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
Kesemua mereka antara 10 daripada 26 pegawai kanan PDRM yang terlibat dalam pertukaran berkuat kuasa 25 Okt ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 23 2022
![Baharuddin Ahmad dilantik pengarah Cawangan Khas Baharuddin Ahmad dilantik pengarah Cawangan Khas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663971285_PDRM.jpg)
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani (tengah) menyaksikan simbolik serah tugas Zamri (kiri) kepada Baharuddin. - Gambar fail PDRM
![KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.
![Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739360562_tbwanitamautkemal.jpg)
Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan
Pekerja kilang tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya empat maut, letupan pusat beli-belah di Taiwan
Sekurang-kurangnya empat orang disahkan maut dalam satu insiden letupan di sebuah pusat beli-belah di Taiwan.
![Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429889_MAJLISPENYERAHANBI.jpg)
Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.
![Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000 Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739431283_NursyafiqahHermansh.jpg)
Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000
Nursyafiqah Hermanshah, 27, didakwa menipu Afreena Suhaimi, 33, sehingga mendorong mangsa membayar wang berjumlah RM105,380 kepada tertuduh melalui 26 transaksi ke lima akaun berbeza.
[TERKINI] Harga lantai belian padi diselaras RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan berkuat kuasa Ahad ini.
![Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429986_tbFahmiFadzilDewan.jpg)
Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.
AWANI Ringkas: PPR: RM185 juta diperuntuk baik pulih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739427948_tbAnwarIbrahimmel.jpg)
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Kerajaan telah memperuntukkan RM185 juta untuk projek baik pulih 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara tahun ini.
![4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan 4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739429620_TBTaiwanExplosion.jpg)
4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.
![Baharuddin Ahmad dilantik pengarah Cawangan Khas Baharuddin Ahmad dilantik pengarah Cawangan Khas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663971285_PDRM.jpg)
Baharuddin Ahmad dilantik pengarah Cawangan Khas
Beliau memangku jawatan jawatan Pengarah Cawangan Khas sejak 22 Ogos lalu berikutan persaraan Datuk Seri Zamri Yahya.
![Ada yang selindung kegiatan rasuah di sebalik amal ibadah - Ayob Khan Ada yang selindung kegiatan rasuah di sebalik amal ibadah - Ayob Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41617637697_DatukAyobKhanMydin.jpg)
Ada yang selindung kegiatan rasuah di sebalik amal ibadah - Ayob Khan
Pengalaman lama Datuk Ayob Khan di Cawangan Khas PDRM mengajarnya untuk membaca sifat manusia dan tidak mudah terpedaya dengan lakonan mereka.
![Ayob Khan dedah terima ancaman bunuh daripada Daish Ayob Khan dedah terima ancaman bunuh daripada Daish](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81574332402_AyobKhan.jpg)
Ayob Khan dedah terima ancaman bunuh daripada Daish
Ayob Khan berkata, ugutan bunuh yang diterima bukan saja daripada kumpulan pengganas Daish Malaysia, bahkan dari Indonesia
![Polis puas hati siasatan 12 tahanan LTTE - Ayob Khan Polis puas hati siasatan 12 tahanan LTTE - Ayob Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/41570956617_TBAYOBKHAN.jpg)
Polis puas hati siasatan 12 tahanan LTTE - Ayob Khan
Polis berpuas hati dengan siasatan kes berhubung 12 individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam
![Lima lagi individu ditahan disyaki terlibat LTTE Lima lagi individu ditahan disyaki terlibat LTTE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51545580172_handcuff.jpg)
Lima lagi individu ditahan disyaki terlibat LTTE
Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman menahan dua suspek di Melaka, dua lagi di Pulau Pinang dan seorang di Selangor.
![Prosiding Jong Nam: Identiti empat suspek dikenal pasti Prosiding Jong Nam: Identiti empat suspek dikenal pasti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/51507711514_KimJongnam.jpg)
Prosiding Jong Nam: Identiti empat suspek dikenal pasti
Rekod Jabatan Imigresen menunjukkan keempat-empat suspek pembunuhan warga Korea Utara Kim Jong Nam telah meninggalkan Malaysia pada hari sama insiden tersebut berlaku.
![Pantau kegiatan militan, 100 anggota Counter Terrorism diserap ke IPK negeri - Khalid Pantau kegiatan militan, 100 anggota Counter Terrorism diserap ke IPK negeri - Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/61455977856_KhalidAbuBakar.jpg)
Pantau kegiatan militan, 100 anggota Counter Terrorism diserap ke IPK negeri - Khalid
Khalid berkata penambahan itu perlu untuk melihat kegiatan kumpulan berkenaan di peringkat negeri.