Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan kopi pracampuran yang diminum dua lelaki Nepal sehingga menyebabkan mereka mengalami gejala letih yang teruk dipercayai mengandungi bahan asing disyaki sejenis dadah.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata berdasarkan ujian analisis sampel kopi yang dijalankan pegawai teknologi makanan, makmal keselamatan dan kualiti makanan Pulau Pinang mendapati terdapat kandungan dadah namun belum dapat dipastikan jenis apa.
"Hasil analisis sampel paket kopi yang diberikan seorang wanita tidak dikenali kepada dua pengawal keselamatan itu juga menunjukkan bahawa paket itu telah dibuka dan dilekatkan semula kerana bahagian bawah paket itu menunjukkan kesan koyakan.
"Berat paket yang dilekatkan semula itu juga menunjukkan penambahan lebih 10 gram(g) daripada berat asal iaitu 40g kepada 50g dan dalam serbuk kopi itu mengandungi bendasing berwarna hijau berbeza dengan paket asal," katanya di sini hari ini.
BACA: Lepas tiga minit, semua jadi gelap - mangsa 'kopi durian'
BACA: Analisa sampel 'kopi putih durian', kenal pasti jika ada bahan kimia - Subramaniam
Beliau berkata sampel kopi itu juga dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi mengenal pasti jenis sebenar dadah yang dicampur dalam paket tersebut.
Anuar berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan wanita yang memberikan kopi pracampuran itu kepada dua lelaki Nepal berkenaan.
Beliau berkata dua wanita yang turut dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas minum kopi berkenaan kerana mengalami gejala yang sama dalam kejadian 27 Jan lepas memperoleh kopi itu daripada orang yang menderma kepada sebuah tokong.
Seramai lima individu termasuk dua wanita mendapatkan rawatan di HPP selepas mengalami gejala letih dan lemah yang teruk malah ada yang tidak sedarkan diri selepas dipercayai minum sejenis kopi sejak Ahad hingga Selasa.
Semua mereka berusia 19 hingga 62 tahun ditahan di wad untuk pemerhatian dan dijalankan beberapa ujian. Tiga daripadanya dibenarkan keluar wad selepas keadaan mereka bertambah baik.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Dr Wan Mansor Hamzah ketika dihubungi berkata tiada kes baharu dilaporkan dan siasatan berhubung sampel kopi serta ujian ke atas pesakit telah selesai dijalankan.
"Maklumat dan hasil ujian berhubung kes itu diserah kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2018

Warga Nepal Bishnu Shrestna, 41, (kanan) dan Sapkota Mangal Prasad, 45, (kiri) menerima rawatan akibat minum kopi pra-campuran segera dipercayai tiruan. - Foto Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PKPD: Sanggup meniarap redah kawat berduri mahu loloskan diri
Polis sedang giat memburu dua individu lelaki yang dipercayai penagih dadah yang melarikan diri dari kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam yang kini PKPD.

Lelaki panik diugut bayar RM3,000 untuk elak video onani disebar
Lelaki berkenaan dikatakan telah membuat panggilan video bersama seorang wanita warga asing yang dikenali menerusi aplikasi sosial.

Bahan asing 'mungkin dadah' dalam kopi pracampuran - Polis
Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan kopi pracampuran yang diminum dua lelaki Nepal sehingga menyebabkan mereka mengalami gejala letih yang teruk dipercayai mengandungi bahan asing.

Mayat lelaki Jerman berdarah di kepala ditemui di bilik hotel
Mayat mangsa yang hanya berselimut dengan sehelai cadar mempunyai kesan darah di bahagian kepala dan juga di dinding bilik.

Kertas siasatan kes Nhaveen diserahkan semula kepada polis
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar ketika dihubungi berkata, kertas siasatan itu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya (TPR) pada Jumaat.