Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali setuju supaya satu sistem percukaian yang lebih efektif diperkenalkan di negara ini.
Ujar beliau, sistem percukaian baharu itu mestilah tidak membebankan rakyat khususnya golongan B40.
“Kita setuju supaya sistem percukaian yang lebih efektif diperkenalkan dan jangan membebankan rakyat terbanyak, khususnya golongan B40.
“Kita harus melihat satu sistem percukaian yang lebih menyeluruh. Pada masa kini, kita yakin, walaupun SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) ini kutipannya akan berkurangan, tapi dengan satu sistem yang efektif, kita boleh tutup semua yang tiris dan bocor dan kurangkan belanja awam sekali gus kita akan dapat tingkatkan hasil,” ujarnya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau sebelum itu menggulung Perbahasan Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kesebelas di Dewan Rakyat petang tadi.
Tambah beliau, hasil negara tidak semestinya melalui cukai sebaliknya menerusi urus tadbir kewangan termasuk system tender yang baik.
“Kita ada mekanisma lain seperti menerusi tender tebuka, pembidaan terbuka dan juga tidak ada bocor selain menjamin prinsip ‘value for money’. Ini semua akan dapat meningkatkan hasil negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan pandangan beliau susulan belanjawan bayangan Barisan Nasional (BN) hari ini yang mengetengahkan penambahan beberapa jenis cukai selain melaksanakan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar tiga peratus.
Mengulas berkenaan cadangan pelaksanaan semula GST oleh BN, Mohamed Azmin berkata ia tidak akan dilaksanakan semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan.
“Bagi pihak kerajan, hari ini kita telah sifarkan kadar GST, jadi tidak timbul laksana GST pada kadar tiga peratus.
“Ini janji kita kepada rakyat untuk menghapuskan GST dan memperkenalkan SST dan ia telahpun dilaksanakan.
“Kalau BN ingin kemukakan manifesto atau cadangan mereka, kita serah kepada rakyat untuk menerima atau tidak cadangan itu,” katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Nov 01 2018
AZMIN: Kita harus melihat satu sistem percukaian yang lebih menyeluruh.
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
Kos sara hidup terus jadi tumpuan kerajaan - Rafizi
Kerajaan akan terus melaksanakan inisiatif yang dapat mengurangkan bebanan rakyat terutamanya dalam menangani isu kos sara hidup, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
PM arah tubuh jawatankuasa kos sara hidup - TPM Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mempengerusikan jawatankuasa untuk meringankan beban rakyat.
Pemberian subsidi adalah langkah betul bagi ringankan beban rakyat - Pakar ekonomi
Nungsari berkata pengumuman tersebut munasabah, tetapi pada masa yang sama ia akan memberi kesan kepada keadaan kewangan kerajaan.
Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan - PM
Kerajaan beri bayangan tingkatkan bantuan untuk ringankan beban rakyat khususnya golongan B40.
PM harap pemberian BKC bermula esok ringankan beban rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa Satu bermula esok sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-
Kerajaan sentiasa timbang cadangan dan penyelesaian untuk ringan beban rakyat - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata salah satu permintaan yang sering diterima Kementerian Kewangan adalah perlanjutan program i-Sinar dan i-Lestari.
Pengeluaran KWSP bantu golongan sasar - FOMCA
Pengeluaran Akaun 1 KWSP dilihat dapat membantu memulihkan kitaran ekonomi masyarakat yang terjejas dan terhimpit.
Darurat beri lebih kesan negatif, tambah keresahan rakyat - UMNO Perak
Saarani berkata, darurat akan membawa kesan yang lebih negatif, mengancam kestabilan serta merosakkan ekonomi rakyat dan negara.
1GB internet percuma setiap hari sepanjang tempoh PKP - SKMM
Syarikat-syarikat telekomunikasi juga turut memberi komitmen untuk melabur RM400 juta sehingga suku kedua tahun ini untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian.
Bazar Peduli Rakyat: Komitmen kerajaan ringankan beban - Salahuddin
Menerusi pelaksanaan Program Bazar Peduli Rakyat (BPR), ia berjaya mengurangkan harga keperluan asas antara lima hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga di pasar awam.