KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus melaksanakan inisiatif yang dapat mengurangkan bebanan rakyat terutamanya dalam menangani isu kos sara hidup, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata sejak awal tahun ini, kerajaan telah melaksanakan Menu Rahmah yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Perpaduan di bawah program Payung Rahmah yang disasarkan untuk membantu golongan miskin.
Katanya kerajaan juga telah melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bertujuan membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan.
"Apabila lebih banyak juadah makanan dijual pada harga lebih rendah sama ada melalui Menu Rahmah atau IPR, itu akan mewujudkan persaingan yang akan meredakan kenaikan harga barang makanan siap yang seterusnya membantu kerajaan mengekang inflasi," katanya baru-baru ini.
Terbaru, bersempena dengan bulan Ramadan, kerajaan juga memperkenalkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di bawah inisiatif Payung Rahmah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di 38 lokasi di seluruh negara.
Pelaksanaan BRR merupakan hasil kerjasama peniaga melalui libat urus bersama KPDN dalam menawarkan harga Menu Rahmah sebagai usaha untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Inisiatif lain bagi mengurangkan beban rakyat juga termasuklah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bagi perayaan Tahun Baru Cina 2023 pada Januari lepas, melibatkan lapan jenis barangan, antaranya ikan bawal putih, udang putih, bawang putih dan daging babi.
Kerajaan juga menjalankan Program Penyeragaman Harga (PPH) dengan peruntukan sebanyak RM200 juta pada tahun ini, bertujuan memastikan penduduk luar bandar terutamanya pedalaman dan pulau, menikmati tujuh harga barangan keperluan pada kadar sama seperti di bandar.
Ini termasuklah beras putih, gula putih bertapis kasar, tepung gandum, minyak masak tulen, gas petroleum cecair (LPG), petrol RON 95 dan diesel.
Sehingga kini, PPH memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta penduduk meliputi 798 kawasan luar bandar membabitkan enam negeri merangkumi Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Dalam pada itu, melalui Kementerian Komunikasi dan Digital, beliau berkata menterinya, Fahmi Fadzil telah memperkenalkan Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih atau dikenali sebagai Pakej Perpaduan yang bernilai RM30.
Fokusnya, bagi meningkatkan capaian Internet untuk golongan belia, kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40), orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta veteran polis.
Bagi bantuan sosial pula, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion telah disalurkan secara berperingkat sejak 17 Jan 2023.
"Berdasarkan situasi semasa, kadar inflasi dijangka kekal terkawal, iaitu antara 2.8 peratus dan 3.8 peratus pada 2023 berikutan prospek yang lebih stabil.
"Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan ekonomi negara kekal kukuh, berdaya tahan dan mampan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.
Rafizi berkata usaha akan ditumpukan bagi memastikan strategi dan inisiatif untuk menstrukturkan semula ekonomi mengambil kira keperluan rakyat.
"Ini bagi membolehkan matlamat negara berpendapatan tinggi, inklusif dan mampan dapat dicapai selaras dengan aspirasi Malaysia Madani," katanya.
Berdasarkan usaha kerajaan ini, kadar inflasi di negara ini juga mula dilihat kesannya apabila Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Februari 2023 kekal menyederhana pada 3.7 peratus sepertimana Januari 2023, berbanding 4.7 peratus yang merupakan kadar tertinggi inflasi pada Ogos 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023

Berdasarkan usaha kerajaan ini, kadar inflasi di negara ini juga mula dilihat kesannya apabila Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Februari 2023 kekal menyederhana pada 3.7 peratus sepertimana Januari 2023. - Gambar hiasan/BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Inflasi UK catat tahap tertinggi dalam 10 bulan pada 3 peratus
Inflasi di United Kingdom meningkat ke paras tertinggi dalam 10 bulan pada Januari.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

KPDN, MOF kerjasama kenal pasti pebih banyak premis pelaksana SARA demi rakyat
KPDN akan bekerjasama dengan MOF untuk mengenal pasti lebih banyak premis yang boleh dilibatkan dalam pelaksanaan SARA, khususnya di kawasan pedalaman serta luar bandar.

Ops Catut Back to School 2025 kawal kenaikan harga pakaian sekolah - Fuziah
Pemantauan Ops Catut Back to School 2025 di bawah AKHAP 2011 yang bermula dari 1 sehingga 16 Februari bertujuan memantau serta mendapatkan maklumat barangan pakaian sekolah.

Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukan hanya membantu penerima yang layak menangani kos sara hidup tetapi juga turut merancakkan ekonomi setempat.

KPDN Perak rampas hampir 2,500 kg tepung gandum, gula disimpan melebihi had dibenarkan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merampas sebanyak 763.8 kilogram (kg) tepung gandum dan 1,728 kg gula yang disimpan melebihi had bernilai RM7,192.80.

KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas pelbagai jenis aksesori pakaian tiruan bernilai RM72,767 di tiga premis berasingan sekitar Langkawi, semalam.

KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan
KPDN merampas 244 botol arak tiruan pelbagai jenama bernilai RM100,000 dalam serbuan terhadap dua premis hiburan di Jalan Tun Razak, Khamis lepas.

KPDN Terengganu rampas lebih 30,000 liter diesel dipindah tanpa kebenaran
KPDN Terengganu merampas sebuah lori tangki dan lima tangki gelongsor yang memuatkan 32,760 liter diesel di sebuah stor di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.

Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalam belanjawan - Hsien Loong
Lebih banyak bantuan akan diumumkan dalam Belanjawan Singapura tahun ini terutama kepada mereka yang paling memerlukan.