Semua pelanggan pascabayar dan prabayar syarikat telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile akan menerima internet berkelajuan tinggi percuma 1GB sehari, sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 April.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan memaklumkan perkhidmatan percuma itu boleh digunakan antara pukul 8.00 pagi dan 6.00 petang.
Pakej khas lain yang disediakan adalah panggilan percuma ke talian hotline National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC), Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri.
Inisiatif itu merupakan antara pakej khas yang akan ditawarkan dengan nilai RM600 juta yang merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat, untuk membantu rakyat yang terkesan akibat impak COVID-19.
"Syarikat-syarikat telekomunikasi juga turut memberi komitmen untuk melabur RM400 juta sehingga suku kedua tahun ini untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan.
"Pelaburan ini juga akan meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian untuk tapak kritikal seperti hospital, agensi kerajaan, agensi penguatkuasaan dan pusat-pusat media," menurut kenyataan itu.
SKMM yakin inisiatif-inisiatif yang diumumkan ini dapat meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19, di samping membolehkan kesalinghubungan yang berterusan supaya rakyat melaksanakan tugasan harian mereka dengan lebih efisien.
Sementara itu, SKMM turut memaklumkan syarikat perkhidmatan pos dan kurier utama turut bersedia untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran tidak melebihi satu kilogram pada caj RM5 tidak termasuk cukai bagi perkhidmatan penghantaran domestik, selama enam bulan bermula 15 April.
Katanya kadar itu hanya ditawarkan kepada pengguna yang berdaftar di portal digital setiap penyedia perkhidmatan pos dan kurier, bertujuan untuk meningkatkan kecekapan usahawan dalam menguruskan kiriman serta menggalakkan penggunaan kaedah tanpa tunai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 27 2020
SKMM dalam kenyataan memaklumkan perkhidmatan percuma itu boleh digunakan antara pukul 8.00 pagi dan 6.00 petang. - Gambar Hiasan
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
Deklarasi Doha seru gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Deklarasi Doha dengan tumpuan pada "Diplomasi Sukan," menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
Israel tidak mahu perdamaian, hanya tambah musuh
Alternatif seperti menjadikan mana-mana negara lain di Asia Barat sebagai sekutu kuat AS tidak berkesan kerana ia membawa kepada pengabaian terhadap Palestin.
ACL2: Selangor raih kemenangan pertama di pentas Asia selepas lapan tahun
Kemenangan tipis itu membolehkan skuad bimbingan Nidzam Jamil mengutip tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan H ACL2 2024/25.
Pakistan punyai potensi besar untuk perdagangan Malaysia - PM
Potensi hubungan perdagangan besar yang ada pada Pakistan belum diteroka sepenuhnya oleh Malaysia.
Sultan Selangor perkenan fatwa berkaitan fahaman, ajaran, pegangan dan amalan GISB
Ini kerana, pemimpin, pengikut atau ahli GISB diyakini masih mengamalkan Aurad Muhammadiah, atau Zikir Agung, dibawa Kumpulan Darul Arqam.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.
Draf Rancangan Tempatan di Pulau Pinang dijangka diwartakan tahun depan
Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai oleh MBPP telah siap manakala untuk bahagian pulau oleh MBPP dijangka siap hujung tahun ini.
Kos sara hidup terus jadi tumpuan kerajaan - Rafizi
Kerajaan akan terus melaksanakan inisiatif yang dapat mengurangkan bebanan rakyat terutamanya dalam menangani isu kos sara hidup, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
PM arah tubuh jawatankuasa kos sara hidup - TPM Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mempengerusikan jawatankuasa untuk meringankan beban rakyat.
Pemberian subsidi adalah langkah betul bagi ringankan beban rakyat - Pakar ekonomi
Nungsari berkata pengumuman tersebut munasabah, tetapi pada masa yang sama ia akan memberi kesan kepada keadaan kewangan kerajaan.
Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan - PM
Kerajaan beri bayangan tingkatkan bantuan untuk ringankan beban rakyat khususnya golongan B40.
PM harap pemberian BKC bermula esok ringankan beban rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa Satu bermula esok sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-
Kerajaan sentiasa timbang cadangan dan penyelesaian untuk ringan beban rakyat - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata salah satu permintaan yang sering diterima Kementerian Kewangan adalah perlanjutan program i-Sinar dan i-Lestari.
Pengeluaran KWSP bantu golongan sasar - FOMCA
Pengeluaran Akaun 1 KWSP dilihat dapat membantu memulihkan kitaran ekonomi masyarakat yang terjejas dan terhimpit.
Darurat beri lebih kesan negatif, tambah keresahan rakyat - UMNO Perak
Saarani berkata, darurat akan membawa kesan yang lebih negatif, mengancam kestabilan serta merosakkan ekonomi rakyat dan negara.
1GB internet percuma setiap hari sepanjang tempoh PKP - SKMM
Syarikat-syarikat telekomunikasi juga turut memberi komitmen untuk melabur RM400 juta sehingga suku kedua tahun ini untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian.
Bazar Peduli Rakyat: Komitmen kerajaan ringankan beban - Salahuddin
Menerusi pelaksanaan Program Bazar Peduli Rakyat (BPR), ia berjaya mengurangkan harga keperluan asas antara lima hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga di pasar awam.