JERANTUT: Penduduk di kawasan pedalaman Ulu Tembeling yang sering menggunakan laluan Kuala Tahan ke Ulu Tembeling diminta sentiasa berwaspada kerana terdapat kelibat seekor harimau berkeliaran di kawasan itu terutamanya di waktu malam.
Seorang penduduk, Mohd. Izat Abd Ghani, 34, berkata, dia dan dua rakannya yang dalam perjalanan berkereta dari Kampung Kuala Sat ke Kampung Pagi telah terserempak seekor Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) pada pukul 9.30 malam tadi.
Katanya, mereka bertiga menaiki kereta dalam perjalanan pulang dari tempat kerja pada mulanya tidak menyangka laluan yang kerap dilalui tiba-tiba muncul harimau kerana selalunya yang pernah melintas di situ seperti babi hutan, tenggiling dan gajah.
"Ketika kami dalam perjalanan balik dan menghampiri di lokasi Bukit Awan, tiba-tiba muncul seekor Harimau Malaya berlari di atas jalan raya.
"Ketika memandu, saya terkejut melihat harimau belang ini mula melintas sambil menoleh ke arah cahaya lampu kereta kami dan kemudiannya menyusup di bawah besi penghadang kanan jalan lalu masuk ke dalam semak," katanya ketika ditemui di Kampung Pagi, di sini, hari ini.
Katanya, mereka sempat merakam video berdurasi 30 saat apabila terserempak haiwan itu ketika dalam perjalanan pulang.
Seorang lagi penduduk Kampung Pagi, Mokhtar Abdullah, 32, berkata, penebangan hutan untuk pengeluaran kayu balak secara besar-besaran dipercayai habitat harimau liar dan haiwan lain terganggu serta musnah termasuk kawasan rayau mencari makanan.
"Harimau belang dan juga gajah liar cuma tinggal bersembunyi berdekatan Kampung Pagi dan penempatan lain di pesisir Sungai Tembeling kerana habitat hidupan ini sudah terancam.
“Haiwan liar seperti Harimau Malaya dan gajah akan keluar pada waktu malam merayau-rayau di pinggir kampung untuk mencari makanan dan kadang-kadang terserempak dengan penduduk Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat dan penempatan lain di Ulu Tembeling,” katanya.
Amir Hamzah Nordin
Wed Sep 07 2022

Kelibat seekor harimau berkeliaran dikesan di Bukit Awan sekitar pukul 9.30 malam tadi.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.

Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.

Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.

Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.

Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.

Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.

'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.

Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.

Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.

Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.