BERTEMAKAN Pemulihan Spesies Utama untuk Pemuliharaan Ekosistem, Hari Hidupan Liar Sedunia pada tahun ini memberi tumpuan ke atas beberapa spesies paling terancam.
Hutan hujan Borneo merupakan rumah bagi 221 mamalia darat dan 420 spesies burung.
Di Sabah, kebanyakan daripada biodiversiti ini ditemui di hutan rizab dengan banyak daripadanya kini berstatus terancam atau semakin menuju ke arah itu.
Antara ancaman utama ke atas ekosistem di Sabah termasuk kemusnahan habitat akbat aktiviti penerokaan hutan, kemerosotan dan penukaran status tanah untuk tujuan pembangunan pertanian dan infrastruktur. Ia diburukkan lagi dengan aktiviti pemburuan haram dan perdagangan haiwan liar hingga memberi tekanan hebat kepada kelangsungan hidup pelbagai spesies di negeri itu.
Dalam usaha melindungi biodiversiti negeri, Kerajaan Sabah beriltizam untuk memastikan 30 peratus daripada keluasan tanah negeri dilindungi sepenuhnya menjelang tahun 2025.
Buat masa ini, 26 peratus sudah digazetkan. Pihak kerajaan negeri juga menyasarkan 100 peratus daripada industri sawitnya diperakui menerusi RSPO menjelang tahun 2025, sekali gus memastikan pengeluaran minyak sawit di Sabah bersifat lestari.
Sebagai tambahan, pelbagai usaha dilakukan untuk membanteras masalah perdagangan hidupan liar secara haram.
Sempena Hari Hidupan Liar Sedunia, mari kita lihat beberapa spesies paling ikonik di Sabah, yang sempat menjadi subjek kamera di habitat liar.
Orang Utan
Orang Utan Borneo adalah spesies paling ikonik di Sabah. Disenaraikan sebagai spesies terancam dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) sejak 2016, populasi orang utan Borneo diancam oleh kemusnahan dan kehilangan habitat akibat aktiviti pertanian dan pembangunan infrastruktur seperti jalan raya.
Usaha pemuliharaan kolektif telah membolehkan bilangan orang utan di Sabah stabil, dengan dianggarkan 11,000 ekor masih hidup di hutan.
Gajah Asia
Gajah Asia yang terdapat di utara Borneo membentuk populasi yang terpencil secara geografi dan berbeza secara genetik. Populasi gajah Borneo di Sabah dianggarkan kurang daripada 1,500.
Kajian terbaharu mengenai populasi gajah Borneo mendapati bahawa populasinya adalah lebih kecil daripada yang dianggarkan sebelum ini. Ini menandakan perlunya dijalankan tinjauan populasi yang lebih meluas di habitat gajah lain di Sabah untuk menentukan anggaran populasi sebenar mereka.
Tenggiling Sunda
Tenggiling Sunda adalah satu-satunya spesies tenggiling yang ditemui di Borneo. Tidak banyak yang diketahui tentangnya kerana kurangnya kajian berkaitan, termasuk bilangan populasi semasa. Walau bagaimanapun, tenggiling sunda merupakan spesies terancam kerana ia kerap diperdagangkan untuk mendapatkan sisik dan dagingnya.
Pada 2019, pihak berkuasa Sabah menemui sindiket memperdagangkan 29.8 tan tenggiling.
Tenggiling sunda diklasifikasikan sebagai Spesies Terancam Kritikal dalam Senarai Merah IUCN dan merupakan spesies yang dilindungi sepenuhnya di Sabah.
Enggang Berkedut
Terdapat lapan spesies enggang yang terdapat di Borneo, kesemuanya boleh ditemui di Kinabatangan, Sabah. Enggang Berkedut bersaiz sederhana besar dan berwarna terang. Burung ini hidup berpasangan sepanjang hayatnya.
Burung enggang memainkan peranan penting dalam penjanaan semula hutan hujan tropika dengan menyebarkan benih pokok.
Seperti burung enggang lain di Borneo, Enggang Berkedut bersarang pada pokok yang besar dan matang. Aktiviti pembalakan telah menyebabkan kekurangan tempat pembiakan yang sesuai untuk spesies tersebut.
Lembu Banteng Borneo
Lembu Banteng Borneo adalah spesies mamalia besar Pleistosen yang paling terancam di dunia. Banteng diklasifikasikan sebagai "Terancam" di bawah Senarai Merah IUCN dan juga disenaraikan di bawah Jadual 1 dalam Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997, sekali gus memberikannya perlindungan penuh.
Namun Banteng tetap menjadi sasaran pemburu untuk mendapatkan dagingnya. Ia juga diancam oleh kemusnahan habitat, dan pembangunan jalan raya serta infrastruktur.
Banteng dikenali sebagai haiwan pemalu dan jarang dapat dilihat berada berdekatan manusia. Mamalia ini memainkan peranan penting dalam ekosistem dengan bertindak sebagai kawalan pertumbuhan lalang dan semak. Najisnya juga menambah kesuburan kepada tanah.
Hari ini, populasi Banteng di Sabah dianggarkan berjumlah hanya 326 ekor, dengan bilangannya mungkin akan semakin berkurangan jika langkah pemuliharaan tidak dipertingkatkan.
Harimau Dahan Sunda
Sangat cantik dan jarang dilihat, harimau dahan Sunda adalah pemangsa utama Borneo. Diklasifikasikan sebagai Terjejas dalam Senarai Merah IUCN, populasi Harimau Kumbang Sunda di Sabah adalah kecil, dianggarkan kira-kira 750 ekor sahaja.
Harimau dahan Sunda diancam oleh kemusnahan habitat dan kekurangan jaringan hutan. Kajian menunjukkan bahawa hutan terpencil yang semakin berkurangan boleh menjejaskan jumlah harimau tersebut.
Spesies ini juga diancam oleh pemburuan dan permerdagangan hidupan liar secara haram di mana haiwan ini dijual untuk mendapatkan kulit dan daging. Ia juga dijual untuk dijadikan haiwan peliharaan.
Monyet Proboscis
Monyet Proboscis adalah antara monyet terbesar di Asia. Di Sabah, ia ditemui terutamanya di tanah lembap air tawar Teluk Dewhurst, di sepanjang Sungai Kinabatangan, Segama dan Sugut serta di Semenanjung Klias.
Sebagai spesies arboreal, Monyet Proboscis menghabiskan sebahagian besar masanya di atas pokok, dan hanya sekali-sekala turun ke tanah untuk mencari makanan.
Monyet Proboscis disenaraikan sebagai Terancam dalam Senarai Merah IUCN, akibat kemusnahan habitat.
* Sumber artikel: WWF Malaysia
Astro Awani
Thu Mar 03 2022
Di Sabah, kebanyakan daripada biodiversiti ini ditemui di hutan rizab dengan banyak daripadanya kini berstatus terancam. - Foto WWF Malaysia
Tiga renjer cedera dalam insiden tembakan, letupan bom di Narathiwat
Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan melibatkan kira-kira 10 suspek kumpulan bersenjata dengan anggota renjer.
Jepun tingkat keselamatan siber selepas kecurian AS$306 juta dari DMM Bitcoin
Jepun akan meningkatkan langkah keselamatan siber selepas penggodam mencuri 48 bilion yen (AS$306 juta) daripada bursa mata wang kripto Jepun DMM Bitcoin, kata Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayas
Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.
Agenda AWANI: Pengasingan Kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya
Memahami rasional utama di sebalik cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya di Malaysia? Bagaimana ia akan meningkatkan kebebasan dan integriti sistem perundangan? Diskusi 9 malam
Nahas ngeri Ayer Keroh: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Dua lagi anak yang berusia 7 dan 4 tahun, kini dirawat di zon merah dan zon kuning Hospital Melaka.
Kerajaan MADANI terus sokong usaha pastikan keselamatan kanak-kanak - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus menyokong sepenuhnya usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara.
Suspek bakar wanita hidup-hidup berdepan tuduhan membunuh
Zapeta- Calil telah didakwa atas tuduhan membunuh darjah pertama dan kedua serta pembakaran darjah pertama, menurut Jabatan Polis New York City.
Pelepasan abu di gunung berapi Kanlaon meningkat
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer (km) dikesan di Gunung Berapi Kanlaon dengan letusan abu bermula pada 11:45 pagi diikuti gempa gunung berapi berfrekuensi rendah.
[Data & Statistik] Dividen ASB
Tertinggi dalam lima tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Polis Singapura bimbang peningkatan kes pemandu mabuk
Polis Singapura bimbang berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada tahun 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014.
Op Taring: PDRM rampas senjata tiruan, hidupan liar tanpa permit dan ubatan tanpa kelulusan
PDRM akan mempergiatkan risikan dan operasi bagi membanteras aktiviti jenayah ini demi keselamatan masyarakat.
Perhilitan Kedah siap siaga tangani konflik hidupan liar semasa banjir
Perhilitan sedia memastikan konflik antara hidupan liar dan manusia dapat dikurangkan serta diatasi dengan sebaik mungkin.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Ternak beruang untuk hempedu: Perdagangan komersial kejam ancam hidupan liar
Beruang dibiarkan menderita tanpa rawatan perubatan, dan ada yang mati akibat pencemaran atau kanser.
Peranti pengesan pergerakan dicadang untuk kurangkan insiden langgar hidupan liar
Penggunaan teknologi IoT dan AI melalui peranti pengesan pergerakan dicadangkan di kawasan jalan raya yang kerap berlaku insiden 'roadkill' atau melanggar hidupan liar.
10 November diisytihar Hari Enggang Kebangsaan
Pengisytiharan itu diharapkan dapat memangkin lebih banyak penyertaan aktif dalam aktiviti pemuliharaan hidupan liar.
BORA, RESPECT promosi kaedah baharu urus konflik gajah-manusia
Pendekatan itu termasuk membangunkan kawasan makanan gajah di lokasi tertentu, jauh dari kawasan ladang dan kebun.
Perhilitan Kelantan selamatkan tapir jatuh longkang
Haiwan itu dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Jedok yang terletak kira-kira 30 kilometer dari lokasi kejadian.
Kazakhstan akan bawa dua harimau belang Amur dari Belanda untuk pulihkan semula populasinya
Harimau belang Amur boleh menyesuaikan diri dengan suhu sejuk, manakala kebanyakan spesies lain hidup di kawasan yang panas dan lembap.
Harimau Malaya: Simbol gagah, hampir pupus sudah
Harimau Malaya kini diklasifikasikan sebagai Sangat Terancam dalam Senarai Merah Spesies Terancam IUCN.