KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dijangka akan dibuat Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung  perbualan antara dua individu yang mirip suara  beliau dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular di media sosial sejak Selasa.

Difahamkan laporan polis itu akan dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD Dang Wangi) di sini, kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Pun begitu, sumber ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada Khamis memaklumkan Ahmad Zahidi tidak akan membuat laporan polis.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan akan ada pegawai lain yang akan mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu membuat laporan polis dalam masa terdekat.

Terdahulu, bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa mendakwa, rakaman audio perbualan di antara dua individu itu adalah tulen.

BACA: 'Ada orang suara macam saya' - Anwar nafi terlibat audio tular perbualan bersama Zahid

BACA: Lembaga Disiplin UMNO kena siasat audio mirip Zahid-Anwar



Saya yakin rakaman audio itu tulen - Annuar Musa


Rakaman Audio Tular | Zahid Hamidi perlu lafaz sumpah di masjid

Beliau berkata, setelah mendengar rakaman itu lebih daripada 10 kali, beliau yakin suara itu milik Ahmad Zahid dan Anwar.