Asia berharap untuk meningkatkan perdagangan dengan Eropah secepat mungkin sebaik sahaja kesatuan itu mengatasi krisis kewangannya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata perdagangan antara kedua-dua pihak itu boleh dipesatkan lagi apabila halangan dan perlindungan perdagangan diketepikan.
"Asia melihat Eropah sebagai wilayah yang penting dalam mendapatkan pelaburan baru menerusi pelaburan langsung asing dan teknologi baru terutamanya teknologi hijau," katanya kepada pemberita selepas menghadiri hari pertama Mesyuarat Asia-Eropah yang berlangsung dua hari di Dewan Konvensyen Nasional di Vientiane, Laos.
Najib turut berharap Perjanjian Perdagangan Bebas antara Malaysia dan Eropah; serta Asean dan Eropah akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Eropah, sebaliknya, kata beliau, melihat Asia sebagai enjin pertumbuhan global yang penting memandangkan Asia menikmati pertumbuhan ekonomi antara lima dan tujuh peratus manakala Eropah pula satu peratus tahun ini.
Dalam memudahkan perdagangan antara kedua-dua wilayah itu, Najib berkata beberapa cadangan yang dibuat pada Rundingan Doha boleh dilaksanakan, termasuk menolak perlindungan dan menggalakkan liberalisasi perdagangan.
Najib berkata negara yang mempunyai ruang fiskal perlu memperkukuhkan lagi ekonomi mereka supaya mereka dapat menyumbang ke arah meningkatkan perdagangan antara kedua-dua wilayah.
"Malaysia yang berada dalam kategori ini telah meningkatkan pertumbuhan ekonominya kepada lima peratus tahun ini," katanya.
Najib turut mengadakan tiga pertemuan dua hala secara berasingan dengan Presiden Perancis Francois Hollande, Perdana Menteri Norway Jens Stoltenberg dan Perdana Menteri Pakistan Raja Pervaiz Ashraf di luar sidang kemuncak itu.
"Hollande meminta untuk bertemu saya bagi menyatakan bahawa Malaysia sebuah negara yang penting dan keperluan untuk meningkatkan hubungan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara," kata Najib.
Hollande menyatakan kesediaan negaranya untuk menawarkan produk ketenteraan dan awam, termasuk jet pejuang, helikopter, serta sistem pertahanan kepada Malaysia, kata Najib.
Perdana Menteri Malaysia turut gembira dengan pelancaran penerbangan terus Air France dari Perancis ke Kuala Lumpur mulai April tahun depan.
Dalam perbincangan dengan pemimpin Norway pula, Najib berkata Norway bersedia untuk berkongsi teknologi terkininya dengan Malaysia dalam industri minyak dan gas.
"Teknologi mereka boleh melipatgandakan jumlah minyak yang dicari gali selain teknologi robotik yang dapat menjalankan kerja mencari gali minyak di laut sedalam lebih 1,000 meter," kata Najib.
Norway, katanya juga berminat untuk menawarkan kepada Malaysia peluru berpandu kapal ke kapal memandangkan Malaysia sedang meningkatkan program pemodenan ketenteraannya.
Najib berkata rakan sejawatannya dari Pakistan, antara lain, mengundang beliau untuk menghadiri mesyuarat negara membangun D-8 yang akan diadakan di Pakistan bulan ini.
Bernama
Tue Nov 06 2012
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Saya akan rindu bau durian - Kim Pan-gon
Menurut Kim Pan-gon, beliau akan tetap bangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun dimana beliau berada.
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia
Beliau telah mengadakan pertemuan dengan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, sebelum kedua-dua mereka mencapai persetujuan berhubung keputusannya itu.
Malaysia, EU akan meterai PCA pada Januari 2019
Malaysia akan melihat perdagangan dua hala dan pelaburan dengan lebih meluas apabila PCA ditandatangani dengan EU, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Wan Azizah tiba di Brussels untuk hadiri Sidang Kemuncak ASEM
Lawatan sulung Dr Wan Azizah itu amat penting dalam mempereratkan lagi hubungan kerjasama dua hala dalam pelbagai isu dan bidang yang mempunyai kepentingan bersama.
Malaysia mahu lebih banyak langkah konkrit untuk realisasikan RCEP
Ia menawarkan peluang luas dan pelbagai kemungkinan bagi Asia dan Eropah untuk membawa kerjasama dan perkongsian ekonomi ke tahap lebih tinggi.
Najib beri penekanan FTA ASEAN-EU di ASEM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penekanan terhadap perjanjian perdagangan bebas (FTA) Asean dan Kesatuan Eropah (EU) pada Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) di sini.
MH17, hubungan dua hala topik bualan pemimpin ASEM dengan Najib
Topik berkaitan tragedi pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 dan hubungan dua hala, antara yang disentuh pemimpin Eropah dan Asia apabila berkesempatan bertemu Perdana Menteri.
Asia-Eropah perlu pesatkan perdagangan
Asia berharap untuk meningkatkan perdagangan dengan Eropah secepat mungkin sebaik sahaja kesatuan itu mengatasi krisis kewangannya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak isnin.