Topik berkaitan tragedi pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 dan hubungan dua hala, antara yang disentuh pemimpin Eropah dan Asia apabila berkesempatan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berada di sini, sempena Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM).
Najib berkata boleh dikatakan kesemua pemimpin yang bertemu dengannya akan menyentuh isu MH17 serta bersimpati dengan apa yang dialami Malaysia.
"Ramai yang ucap takziah, ada yang berkisar mengenai situasi dan langkah yang akan diambil Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan sempena ASEM itu di sini, Khamis.
Pemimpin daripada 51 negara dari dua benua berhimpun di Milan selama dua hari bagi Sidang Kemuncak ASEM yang bermula Khamis bagi membincangkan isu berkepentingan bersama.
Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte yang berkisarkan mengenai insiden MH17 di sini, Najib berkata beliau dimaklumkan bahawa Rutte akan melawat Malaysia pada awal bulan depan sebelum ke Australia dengan tujuan untuk terus memberi penekanan terhadap isu MH17.
"Bila beliau melawat Malaysia dan Australia, isu ini akan dibawa oleh beliau dan akan terus dalam perhatian masyarakat antarangbangsa," katanya.
Penerbangan MH17, membawa 298 penumpang dan anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai. Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap perbuatan kejam itu.
Selain 43 rakyat Malaysia berada di dalam pesawat Boeing 777-200 itu, penumpang lain ialah warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.
Sementara itu, dalam beberapa pertemuan Perdana Menteri dengan para pemimpin di luar sidang kemuncak itu, beberapa isu berkaitan hubungan dua hala turut disentuh.
Semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Itali Matteo Renzi, Najib berkata pemimpin itu mengharapkan Malaysia mengiktiraf Itali sebagai negara yang mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan dan bidang yang berpotensi dikembangkan di Malaysia seperti produk farmaseutikal, pertahanan dan kejuruteraan.
Pemimpin Itali itu juga berharap Malaysia akan menyertai Expo 2015 di negara itu, katanya.
Perdana Menteri Lithuania Algirdas Butkevicius pula dalam pertemuannya dengan Najib meminta agar Malaysia mempertimbangkan kemungkinan menghantar pelajar ke negara itu dalam bidang perubatan dan kejuruteraan yang dikatakan kini menarik minat ramai penuntut dari Timur Tengah dan India kerana kosnya yang rendah.
Najib berkata, pemimpin itu juga menyentuh mengenai pelaburan di negara itu serta mempertimbangkan menjadikan Lithuania sebagai pintu masuk ke Eropah.
Beliau berkata Presiden Perancis Francois Hollande pula dalam pertemuan mereka melahirkan hasrat agar hubungan ekonomi, perdagangan dan pertahanan antara Malaysia dan Perancis dipertingkatkan selain menjemput Malaysia menyertai persidangan perubahan iklim di Paris, tahun depan.
Bernama
Fri Oct 17 2014
![MH17, hubungan dua hala topik bualan pemimpin ASEM dengan Najib MH17, hubungan dua hala topik bualan pemimpin ASEM dengan Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/71413514469_295x200.jpg)
Najib berkata boleh dikatakan kesemua pemimpin yang bertemu dengannya akan menyentuh isu MH17 serta bersimpati dengan apa yang dialami Malaysia. - Foto Bernama
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721113188_DonaldTrump.jpg)
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112073_PangonHarimauMal.jpg)
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Saya akan rindu bau durian - Kim Pan-gon
Menurut Kim Pan-gon, beliau akan tetap bangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun dimana beliau berada.
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Malaysia, EU akan meterai PCA pada Januari 2019 Malaysia, EU akan meterai PCA pada Januari 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61539902528_WANAZIZAH.jpg)
Malaysia, EU akan meterai PCA pada Januari 2019
Malaysia akan melihat perdagangan dua hala dan pelaburan dengan lebih meluas apabila PCA ditandatangani dengan EU, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
![Wan Azizah tiba di Brussels untuk hadiri Sidang Kemuncak ASEM Wan Azizah tiba di Brussels untuk hadiri Sidang Kemuncak ASEM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71539825042_JustusLipsius.jpg)
Wan Azizah tiba di Brussels untuk hadiri Sidang Kemuncak ASEM
Lawatan sulung Dr Wan Azizah itu amat penting dalam mempereratkan lagi hubungan kerjasama dua hala dalam pelbagai isu dan bidang yang mempunyai kepentingan bersama.
![Malaysia mahu lebih banyak langkah konkrit untuk realisasikan RCEP Malaysia mahu lebih banyak langkah konkrit untuk realisasikan RCEP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71468578817_DSZahidHamidi.jpg)
Malaysia mahu lebih banyak langkah konkrit untuk realisasikan RCEP
Ia menawarkan peluang luas dan pelbagai kemungkinan bagi Asia dan Eropah untuk membawa kerjasama dan perkongsian ekonomi ke tahap lebih tinggi.
![Najib beri penekanan FTA ASEAN-EU di ASEM Najib beri penekanan FTA ASEAN-EU di ASEM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/41413561746_295x200.jpg)
Najib beri penekanan FTA ASEAN-EU di ASEM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penekanan terhadap perjanjian perdagangan bebas (FTA) Asean dan Kesatuan Eropah (EU) pada Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) di sini.
![MH17, hubungan dua hala topik bualan pemimpin ASEM dengan Najib MH17, hubungan dua hala topik bualan pemimpin ASEM dengan Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/71413514469_295x200.jpg)
MH17, hubungan dua hala topik bualan pemimpin ASEM dengan Najib
Topik berkaitan tragedi pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 dan hubungan dua hala, antara yang disentuh pemimpin Eropah dan Asia apabila berkesempatan bertemu Perdana Menteri.
Asia-Eropah perlu pesatkan perdagangan
Asia berharap untuk meningkatkan perdagangan dengan Eropah secepat mungkin sebaik sahaja kesatuan itu mengatasi krisis kewangannya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak isnin.