JAKARTA : Malaysia telah menzahirkan rasa kekecewaan terhadap kekurangan kemajuan ASEAN dalam melaksanakan langkah yang efektif bagi menangani ketidakstabilan di Myanmar.
Dalam sesi Pemukiman pemimpin-pemimpin ASEAN pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berpandangan pelaksanaan Kemuafakatan Lima Perkara (5PC) di Myanmar masih belum mencapai tahap yang memuaskan.
Lima perkara tersebut, antara lain ialah, menghentikan serta-merta keganasan di Myanmar; mengadakan dialog konstruktif bagi mencari penyelesaian yang aman; wakil Pengerusi ASEAN harus memudahcara dialog; perlu meneruskan bantuan kemanusiaan ke Myanmar; dan membenarkan wakil dan delegasi khas berjumpa dengan kerajaan Myanmar.
“Dalam platform ini, saya turut menyuarakan kekecewaan Malaysia terhadap kurangnya kemajuan bermakna dalam pelaksanaan 5PC, dan ketidakstabilan yang berterusan di Myanmar. Saya tekankan bahawa ASEAN perlu menangani isu Myanmar dalam pendekatan yang diselaraskan, dan agar ASEAN memanfaatkan Rakan Dialognya, termasuk PBB.
“Nada tegas telah dilontarkan kepada Myanmar supaya menunaikan kewajipannya sebagai Negara Anggota ASEAN mengikut peruntukan dalam Piagam ASEAN,” katanya menerusi catatan di FB beliau sempena sesi permukiman tersebut pada Selasa.
Sementara itu dalam sesi tersebut, Anwar berkata, semua pihak harus mengakui tiada kemajuan telah tercapai biarpun Indonesia selaku Pengerusi ASEAN telah melakukan pelbagai langkah dan dialog, satu usaha yang tidak ada bandingnya sejak 20 tahun lepas.
“Presiden bersifat jujur untuk mencadangkan ada sedikit tindakbalas positif, tetapi kita tahu ia adalah sesuatu yang amat sukar untuk berhadapan dengan junta tentera Myanmar, yang tidak bersedia untuk menyerah atau untuk berbincang.
“Pada waktu ini saya tidak dapat melihat penyelesaian pantas terhadap konflik ini. Tetapi kita tidak harus mengambil ringan. Terlalu banyak keganasan yang sedang berlaku di Myanmar, walaupun kita perlu menerima hakikat tidak semuanya dilakukan oleh tentera, tetapi sudah tentu mereka perlu bertanggungjawab,” katanya lagi.
Anwar berkata, bagi sebuah negara seperti Malaysia, tidak boleh melihat ia sesuatu yang boleh ditangguh kerana krisis itu turut menimbulkan kesukaran kepada Malaysia sendiri.
“Kini jumlah pelarian telah mencecah 200,000 orang. Dan kesukaran ini termasuk berhadapan dengan negara yang enggan menerima pelarian ini. Dan mereka (Junta Myanmar) terus memerintah dengan bermaharajalela. Saya faham ada elemen keganasan, tetapi ramai di kalangan mereka adalah mangsa yang tidak bersalah,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed Sep 06 2023
Anwar berkata, Malaysia berpandangan pelaksanaan Kemuafakatan Lima Perkara (5PC) di Myanmar masih belum mencapai tahap yang memuaskan. - Foto PMO
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerjasama ASEAN-China pada masa akan datang harus berlandaskan kepercayaan - PM Anwar
PM Anwar berkata Malaysia berpendirian tegas dalam usaha melindungi kedaulatan negara dan juga rantau ASEAN dari ancaman luar.
ASEAN 2023: Malaysia kecewa lihat ketidakstabilan berterusan di Myanmar - Anwar
Malaysia berpandangan pelaksanaan Kemuafakatan Lima Perkara (5PC) di Myanmar masih belum mencapai tahap yang memuaskan.
Malaysia sedia tingkatkan potensi ASEAN melalui Rangka Kerja Ekonomi MADANI - PM Anwar
Integrasi ekonomi negara ASEAN perlu diperhebatkan lagi ke arah penghasilan pelan ekonomi yang lebih cergas, inklusif, mampan dan berdaya tahan.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 bermula, Jokowi tegaskan kepentingan kestabilan serantau
Jokowi mengingatkan negara-negara ASEAN tentang kepentingan untuk menghormati perbezaan pendapat, dan seterusnya mengukuhkan kesatuan serantau.
Sidang Kemuncak ASEAN: Tuntutan China, sekuriti makanan antara tumpuan persidangan - Zambry
Malaysia cenderung melihat persidangan dijadikan platform untuk menyelesaikan sebarang konflik berdasarkan rangka kerja ASEAN yang dipersetujui