JAKARTA: Malaysia hari ini merakamkan pendirian tegasnya dalam usaha melindungi kedaulatan negara dan juga rantau ASEAN dari ancaman luar.
Perkara itu disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu sesi pertemuan antara pemimpin-pemimpin ASEAN dan Perdana Menteri China, Li Qiang sempena Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-26 pada Rabu.
Justeru beliau berkata, sebarang kerjasama antara ASEAN dan China pada masa akan datang, harus dibina berdasarkan kepercayaan antara dua entiti tersebut.
“Saya ingin menekankan di sini, kerjasama pada masa akan datang sebahagian besarnya bergantung kepada rasa kepercayaan serta dialog pelbagai hala, khususnya dalam aspek keselamatan dan mempertahankan kepentingan ASEAN dan China,” katanya lagi.
Anwar berkata, Malaysia dan rakan-rakan ASEAN sentiasa menganggap China sebagai jiran dan rakan dagang yang penting, khususnya dalam aspek perdagangan, pelaburan dan susunan keselamatan.
Kedatangan Perdana Menteri China ke sidang tersebut, kata Anwar lagi, telah mengukuhkan lagi hubungan antara semua pemegang taruh.
Sebelum ini media melaporkan pertemuan antara ASEAN dan China antara yang menjadi tumpuan sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta, selepas China menerbitkan ‘Peta Standard China 2023’ pada September, antara lain menunjukkan garisan sepuluh yang jelas memasuki kawasan Zon Eksklusif Ekonomi (EEZ) di perairan Sabah dan Sarawak di Laut China Selatan.
Dalam pada itu Anwar berkata, Malaysia sentiasa terbuka kepada usaha mengukuhkan hubungan antaranya dengan China, dan kerjasama itu harus bermula dengan versi ketiga Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China.
“Suka juga saya berkongsikan tentang Rangka Kerja Ekonomi Madani Malaysia tetapi hubungan dengan China, sama ada perlu diperkukuhkan lagi, terkait kepada kebergantungan kita dalam isu seperti keterjaminan makanan dan informasi digital.
“Justeru, Perjanjian Kerjasama Teknikal ASEAN-China boleh mengenal pasti bidang baharu untuk kerjasama dalam inovasi, teknologi, pendidikan, seperti saya lihat di bawah kepimpinan China telah mengubah negara itu,” katanya lagi.
Anwar berkata, beliau percaya negara ASEAN boleh memanfaatkan hubungan yang terjalin daripada aspek program kerajaan, kepentingan rakyat, dan program pertukaran rakyat ke rakyat.
Terdahulu Presiden Indonesia Joko Widodo dalam ucaptamanya sebagai Pengerusi ASEAN berkata, kerjasama konkrit antara China dan ASEAN adalah sesuatu yang diperlukan.
Lawatan Li itu merupakan pertama kali beliau di pentas ASEAN, dan kunjungan pertamanya di negara Asia selepas menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri China pada Mac lepas.
Firdaus Azil
Wed Sep 06 2023

PM Anwar berkata Malaysia berpendirian tegas dalam usaha melindungi kedaulatan negara dan juga rantau ASEAN dari ancaman luar. - Foto/PMO Malaysia)

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa
Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab bersama oleh pemimpin, guru, pendidik, dan ibu bapa demi kejayaan anak bangsa, serta mengimbau peranan besar seorang guru dan pendidik.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.