Motif tawaran bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menjejaki jutawan skandal, Jho Low dipersoalkan malah kerajaan disyorkan untuk wajar mengkaji rasional tawaran tersebut.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau sememangnya terkejut dengan tawaran yang dikemukakan Ahli Parlimen Semberong itu.

Malah menurut Shamsul Iskandar beliau tidak mahu ada sebarang persepsi bahawa tawaran-tawaran ini bertujuan untuk melepaskan diri dengan perkara yang bersangkutan dengan kerajaan yang lalu.


BACA: 'Saya akan cari Jho Low sampai ke lubang cacing' - Hishammuddin

BACA: Usaha mengesan Jho Low: 'Bukan PDRM yang sabotaj' - KPN

BACA: Jho Low hubungi saya tawar bantuan, beri nama individu terbabit dalam 1MDB' - Tun Daim

BACA: Siapa sebenarnya Low Hock Peng, bapa Jho Low?

"Saya terkejut dengan cadangan tersebut kerana sepatutnya ia dikemukakan lebih awal, apa pun saya percaya bahawa kerajaan tentunya akan mengkaji melalui kementerian berkaitan rasional di sebalik tawaran tersebut.

"Kita perlu kaji tawaran ini, apa sifatnya. Sebab umum sedia maklum sekarang ini ramai pimpinan Umno dibawa ke mahkamah dan dituduh ke atas kesalahan rasuah dan penyelewengan.

"Kita tidak mahu ada sebarang persepsi bahawa tawaran ini bertujuan untuk melepaskan diri dengan perkara yang berasangkutan dengan kerajaan yang lalu," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.