Hujan lebat, ribut petir, banjir kilat dan angin kencang adalah antara fenomena alam yang sering berlaku di negara ini.

Namun, fenomena hujan air batu jarang sekali berlaku di Malaysia sehinggakan apabila ia berlaku, kejadiannya akan mengejutkan banyak pihak.

Terbaru, pada petang semalam (Rabu, 20 Mei), penduduk di beberapa kawasan di Ipoh, Perak gempar seketika apabila tanpa disangka, hujan air batu telah 'menghentam' sekitar kediaman mereka.

BACA: Beberapa kawasan di Ipoh dikejutkan dengan hujan air batu

Ini beberapa fakta yang disediakan Jabatan Meteorologi Malaysia untuk perlu anda tahu:


Jadi, tidak hairanlah jika ia berlaku di negara ini kerana hujan lebat dan ribut petir disertai air batu sebenarnya fenomena biasa dalam musim peralihan monsun.