Kesemua mereka berkumpul di padang tersebut seawal pukul 6 petang bagi walaupun mengetahui pemimpin nombor satu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan tiba sekitar pukul 9 malam.
Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar yang juga Ketua Umum PKR hadir ke himpunan itu bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Tepat pukul 11 malam ini, kira-kira 5,000 penduduk dan penyokong Pakatan Harapan bersorak kegembiraan apabila pemimpin kesayangan, Datuk Seri Anwar mula menyampaikan ucapan.
Rata-rata penyokong memakai baju parti PKR selain mengibarkan bendera parti komponen Pakatan Harapan sambil bersorak kegembiraan.

