PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan mempertahankan penjawat awam yang menjalankan tugas dengan baik dan tidak akan terikut-ikut dengan tekanan daripada puak "penyakau".


Ringkasan AI
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjamin bahawa beliau akan mempertahankan penjawat awam yang menjalankan tugas dengan baik dan tidak akan terpengaruh oleh tekanan puak "penyakau".
  • Dalam ucapan beliau di perhimpunan warga Kementerian Kewangan, Anwar menyatakan bahawa beliau telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk memastikan penjawat awam yang bertugas dengan tanggungjawab dikekalkan.
  • Anwar menegaskan bahawa beliau tidak akan mengikut tekanan daripada puak "penyakau" dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, memandangkan terdapat laporan tentang tindakan terhadap penjawat awam yang baik kerana tekanan daripada pegawai peringkat tertinggi.


Berucap pada majlis perhimpunan warga Kementerian Kewangan di sini hari ini, Anwar berkata beliau telah memaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali untuk mempertahankan penjawat awam yang menjalankan tugas dengan bertanggungjawab.

"Saya akan pertahankan setiap penjawat awam selagi mereka jalankan tugas dengan baik.

"Saya tidak akan terikut-ikut dengan tekanan puak-puak 'penyakau', jadi saya harap saudara faham itu," kata beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata hal ini kerana terdapat banyak kes dilaporkan mengenai ada tindakan diambil terhadap penjawat awam biarpun menjalankan tugas dengan baik susulan "tekanan" daripada pegawai peringkat tertinggi.