PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14, Zhao Leji.
Pertemuan selama sejam di Perdana Putra itu merupakan sebahagian daripada lawatan kerja tiga hari Zao ke Malaysia bermula semalam.
Turut hadir ialah Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Pada perjumpaan itu Anwar mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan China di atas layanan hebat yang dberikan kepada beliau semasa melakukan kunjungan hormat kepada Presiden China Xi Jinping dalam lawatan rasminya dari 29 Mac hingga 1 April lepas.
Beliau berkata wujud minat daripada pihak China untuk melabur di Malaysia dalam bidang pelaburan, pendidikan, kerjasama antara universiti serta penyelidikan dan pembangunan.
Anwar berkata Presiden Xi dan beliau bersetuju supaya Malaysia dan China meneruskan pertukaran lawatan di peringkat tinggi dengan sasaran untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang telah ditingkatkan kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada 2013.
Beliau berkata Malaysia dan China juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) seperti projek berkembar melibatkan kedua-dua negara, iaitu Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV).
Anwar berkata kedua-dua negara juga terus mempromosikan pertukaran dan kerjasama antara Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Parlimen Malaysia selain terus mempromosikan hubungan antara rakyat kedua-dua negara dengan meningkatkan kesalinghubungan, dengan Malaysia mengalu-alukan ketibaan lebih ramai pelancong dari China.
Kedua-dua pihak juga menegaskan perkongsian kepercayaan mereka terhadap nilai bersama Malaysia MADANI dan wawasan "Community With a Shared Future for Mankind" untuk faedah bersama rakyat dan cadangan Tabung Kewangan Asia adalah selari dengan aspirasi "Community With a Shared Future for Mankind".
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2023

Pertemuan selama sejam di Perdana Putra itu merupakan sebahagian daripada lawatan kerja tiga hari Zao ke Malaysia bermula semalam. - Gambar Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai - Dr Zaliha
Usaha itu bagi menghidupkan kembali sejarah dan memastikan warisan itu terus dihargai.

Hasil pelancongan di Langkawi naik 34.9 peratus kepada RM2.4 bilion dari 2022-2024
Kehilangan hasil atau duti terkorban bagi pulau itu berikutan pengecualian cukai meningkat RM227.96 juta atau 59.7 peratus dari 2022.

Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari
Tiada rombakan Kabinet negeri akan dilakukan susulan keputusan pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

'Enam negara, satu destinasi' untuk perkukuh ASEAN sebagai hab pelancongan - PM Thai
Sebagai pintu masuk rantau ini, Paetongtarn berkata Thailand dan Malaysia berada dalam kedudukan yang unik bagi pelaksanaan inisiatif ini.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.

Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024
Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 6.3 peratus kepada RM2.4 trilion pada 2024 berbanding RM2.3 trilion pada tahun sebelumnya.

Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Indonesia catat pertumbuhan ketara dalam pelancongan pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.

Perdana Menteri ajak orang ramai rai warisan budaya di 'Malaysia Sarong Music Run' esok
Anwar mengajak orang ramai bersama-sama meraikan warisan budaya Malaysia yang kaya dan unik dalam suasana penuh harmoni pada Malaysia Sarong Music Run 2025 di KLCC esok.