SEREMBAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menyantuni warga Negeri Sembilan dan menjamu selera di kedai Cendol Songkok Tinggi Kampung Jiboi Baru, di sini.
Beliau yang tiba pada 12.30 tengah hari disambut pemilik gerai Ahmad Dani Daud dan meluangkan masa kira-kira setengah jam sambil beramah mesra bersama ratusan pengunjung yang turut tidak melepaskan peluang merakam gambar kenang-kenangan bersama pemimpin nombor satu negara itu.
Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek.
Selain cendol yang merupakan menu utama kedai itu, Anwar turut mencuba beberapa juadah lain termasuk mi rebus Johor, laksa Johor dan jemput-jemput.
Selesai menjamu selera, beliau kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat.
Dalam pada itu, Ahmad Dani berkata sejak dimaklumkan mengenai kehadiran Perdana Menteri dua hari lepas, perasaannya bercampur baur dan teruja selain tidak menyangka pemimpin berkenaan akan singgah ke kedainya.
"Sebelum ini memang ramai selebriti datang ke kedai kami termasuk Uji Rashid dan Datuk Rahim Razali, malah Menteri Besar pun selalu datang tapi Perdana Menteri memang ini kali pertama, ia adalah sejarah bagi kedai kami.
"Ini adalah kebanggaan dan kehormatan buat kami, dapat jamu orang ternama. Tidak pernah saya membayangkan pemimpin utama negara akan singgah dan menikmati 'air tangan kami'," katanya kepada pemberita.
Ahmad Dani berkata bagi memastikan kelancaran operasi gerainya ketika kunjungan Perdana Menteri, beliau menggupah 10 pekerja tambahan bagi membantu enam pekerja sedia ada yang telah membuat persiapan sejak dua hari lepas.
Kedai Cendol Songkok Tinggi Kampung Jiboi Baru yang beroperasi sejak November 2017 itu boleh memuatkan lebih 200 pengunjung pada satu-satu masa dan lebih istimewa pekerja di kedai terbabit perlu bersongkok tinggi serta berbaju melayu atau kemeja petak-petak bersama tag nama yang merupakan trademark kedai berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023
Beliau disambut pemilik gerai Ahmad Dani Daud dan meluangkan masa kira-kira setengah jam sambil beramah mesra bersama ratusan pengunjung.- FB Anwar Ibrahim
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Pelbagai perencanaan strategik lonjakkan ekonomi sepanjang 2024 - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.
Draf kertas Kabinet mengenai pengasingan kuasa AG dijangka siap pertengahan tahun depan
Anwar berkata, seorang menteri telah ditugaskan bersama dengan pasukan petugas untuk meneliti cadangan pembahagian fungsi antara AG dan PP.
PM Anwar bertemu pengamal media, kongsi perkembangan hala tuju negara
Anwar berkata sesi itu penting supaya penjelasan dapat diberikan khususnya mengenai prestasi jemaah menteri, dasar luar dan ekonomi negara.
PM Anwar puas hati prestasi Jemaah Menteri, ada ruang untuk diperbaiki
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Kabinet setakat dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.
Malaysia akan sesuaikan diri dengan era Trump, kata Anwar
Anwar menegaskan kepentingan AS sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping kuasa besar global lain seperti China dan Jerman.
Petronas syarikat nasional, bukan Semenanjung - PM Anwar
Anwar berkata adalah penting untuk Petronas diiktiraf sebagai sebuah badan nasional dan semua obligasi kontraknya dihormati tanpa sebarang kompromi.
Anwar yakin menang jika PRU diadakan lebih awal
Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajui beliau mempunyai kelebihan untuk menang jika pilihan raya umum (PRU) diadakan dalam tempoh terdekat.
Kemiskinan tegar: Hentikan naratif pemprofilan perkauman - PM Anwar
Beliau berkata dasar kerajaan adalah jelas, iaitu memberi bantuan tanpa sebarang diskriminasi kaum dalam usaha menangani kemiskinan tegar.