KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapan berbaur fitnah mengenai dakwaan beliau menerima gaji sebanyak RM15 juta semasa berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Anwar mendakwa, pada 5 Dis lepas, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) telah membuat kenyataan itu dalam satu ucapan semasa 'Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai' di Taman Selasih, Kulim sebagai menyokong calon PN, Datuk Azman Nasrudin bagi Pilihan Raya Umum ke-15 dengan ratusan pengunjung telah menghadiri ceramah tersebut.
Pengerusi Pakatan Harapan itu mendakwa, ucapan dalam ceramah itu telah diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula di aplikasi TikTok di bawah nama "@beritakini8", yang telah mendapat tontonan melebihi 1.1 juta kali, 6,061 komen, melebihi 21,400 butang 'like', melebihi 1,360 butang 'favourite', dan 2,169 kali perkongsian setakat tarikh notis tuntutan plaintif bertarikh 7 Dis.
Dakwanya, kenyataan fitnah itu telah dipetik oleh MalaysiaKini dan ia diterbitkan menerusi artikel di portal berkenaan bertajuk "MB's aide to Muhyiddin: Anwar paid RM1 as S'gor economic adviser" pada hari sama (7 Dis).
Anwar mendakwa, pada keesokannya, keseluruhan ucapan dalam ceramah tersebut telah diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula oleh Muhyiddin di akaun Facebooknya di bawah nama 'Muhyiddin Yassin' dengan mendapat tontonan melebihi 42,000 kali, 506 komen, melebihi 2,800 reaksi dan 48 perkongsian setakat tarikh pemfailan saman itu.
Menurut Anwar, kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak jujur mengenai penerimaan jutaan ringgit daripada Kerajaan Negeri Selangor sebagai Penasihat Ekonomi dan menipu orang ramai dengan menyatakan bahawa beliau telah menerima RM1 sebagai gaji untuk perkhidmatan beliau sebagai Penasihat Ekonomi.
Beliau mendakwa, kenyataan-kenyataan fitnah itu dirancang terlebih dahulu bertujuan untuk memperlekehkan, memfitnah reputasi serta perwatakan plaintif secara serius selain memburukkan nama baik dan karakternya yang merupakan seorang penyokong teguh kedaulatan undang-undang serta reformasi sosial.
"Dalam memberi kenyataan dalam ucapan itu, jelas defendan berniat jahat dengan tidak mengendahkan jawapan rasmi bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri (Abdul) Khalid Ibrahim semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 27 Mac lepas, yang beliau (Khalid) telah menyatakan secara jelas bahawa gaji saya sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor hanyalah jumlah simbolik RM1," dakwa plaintif dalam pernyataan tuntutan itu.
Anwar mendakwa, Muhyiddin juga keberatan untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut, malah terus menerbitkannya dan tidak memadamkannya sehingga kini, walaupun beliau telah menafikannya.
Sehubungan itu, Anwar menuntut Muhyiddin antaranya ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi pampasan dan selain perintah injunksi untuk menghalangnya daripada terus menerbitkan atau mengedarkan kenyataan fitnah serupa.
Peguam Datuk S.N. Nair, yang mewakili Anwar, ketika dihubungi Bernama berkata saman itu difailkan pada 10.30 pagi tadi. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapan berbaur fitnah mengenai dakwaan beliau menerima gaji sebanyak RM15 juta semasa berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Muhyiddin sahkan terima tuntutan saman Anwar
Pengerusi PN serah pada peguam untuk kendalikan tuntutan itu mengikut lunas undang-undang.

Anwar saman Muhyiddin dakwaan terima gaji RM15 juta sebagai Penasihat Ekonomi Selangor
Anwar fail saman terhadap Muhyiddin berhubung dakwaan beliau menerima gaji sebanyak RM15 juta sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.