SHAH ALAM: Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal membawa kembali ekonomi Malaysia ke arah yang lebih disegani oleh negara lain, kata Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Dzulkefly Ahmad.
Sebagai tokoh Islam yang disegani masyarakat antarabangsa, beliau berkata, Anwar merupakan individu yang mampu membawa harapan baharu dalam agenda melawan dan membanteras amalan rasuah, nepotisme, salah guna kuasa serta kleptokrasi.
“Amat didambakan dengan kepimpinan tokoh reformasi ini, ekonomi Malaysia sekali lagi, akan kembali dalam trajektori untuk dimartabatkan sebagai antara Harimau Asia,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Jumaat.
Dr Dzulkefly berkata, segala dugaan yang dilalui Anwar menerusi jatuh bangun perjuangannya selama 24 tahun lalu telah menjadikan Ahli Parlimen Tambun itu sebagai insan yang berjiwa waja, cekal dan tabah untuk mengharungi segala cabaran akan datang.
“Ayuh bersama kita mendoakan agar Anwar akan terus diberi taufik dan hidayah Allah, untuk terus memimpin negara tercinta ini.
“Dengan berkat doa dan sokongan kalian, serta pasukan kabinet perpaduan yang bakal dibentuk, Malaysia akan kembali bersinar dan bermaruah di mata dunia.
“Malaysia amat berhajatkan tokoh dan pemimpin reformasi ini buat memacu reformasi atau 'islah' yang tulen dan sebenarnya,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 25 2022
DR DZULKEFLY: Amat didambakan dengan kepimpinan tokoh reformasi ini, ekonomi Malaysia sekali lagi akan kembali dalam trajektori untuk dimartabatkan sebagai antara Harimau Asia. - Gambar fail/Facebook Dr Dzulkefly Ahmad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hospital Seri Iskandar beroperasi 11 Disember - Dr Dzulkefly
Hospital Seri Iskandar (HSI) yang akan mula beroperasi pada 11 Dis ini akan memperkukuh perkhidmatan kesihatan di daerah Perak Tengah.
Perbaharui lesen penjualan vape tidak akan diluluskan di Terengganu
Terengganu tidak mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape namun kerajaan negeri tidak akan meluluskan permohonan memperbaharui lesen penjualan barangan tersebut di premis milik PBT.
Malaysia berhadapan 87,000 kematian akibat Kerintangan Antimikrob menjelang 2030 jika tiada intervensi
Malaysia bakal menyaksikan unjuran kematian sebanyak 87,000 sekitar 2020 hingga 2030 sekiranya tiada sebarang intervensi dibuat bagi memerangi Kerintangan Antimikrob (AMR).
KKM bakal tawar kontrak baharu pastikan bekalan ubat cukup terutama insulin manusia
Dzulkefly memberi jaminan bahawa Malaysia tidak pernah mengalami kekurangan insulin manusia walaupun semasa gangguan pada Ogos.
Kerajaan kekal kawal selia vape melalui akta kawalan produk merokok - Dzulkefly
Kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan kawal selia terhadap vape melalui Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dikuatkuasakan bermula 1 Okt lepas.
Pembelian ubat meningkat 30 peratus dalam lapan tahun - Dzulkefly
Perbelanjaan bagi pembelian ubat-ubatan pada 2023 telah meningkat sebanyak 30 peratus dalam tempoh lapan tahun.
Tiada kes baharu mpox dikesan di Malaysia - KKM
Beliau berkata keputusan itu dicapai selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menyaring 22.8 juta pelancong di pintu masuk negara.
RM1 untuk program intervensi penggunaan garam beri pulangan RM60 - Dzulkefly
Setiap RM1 dibelanjakan kerajaan untuk program pengurangan garam memberi pulangan pelaburan (ROI) sebanyak RM60.06 dalam tempoh 15 tahun, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar: 51 pesakit dipindahkan
Pada masa sama, terdapat lapan pesakit di Jabatan Kecemasan yang terkesan akibat insiden tersebut.
RM87.1 juta bagi pembelian ubat SGLT2i, manfaatkan 280,231 pesakit diabetes - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes dan penyakit pernafasan kronik, adalah pembunuh senyap dan ia menyumbang kepada 72 peratus daripada jumlah kematian pramatang di Malaysia.