Datuk Seri Anwar Ibrahim masih anggota Parlimen Permatang Pauh sehingga keputusan petisyen pengampunan yang dikemukakan keluarga ketua pembangkang itu kepada Yang di-Pertuan Agong diputuskan.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata kelayakan Anwar sebagai anggota Parlimen tidak akan terlucut sehingga Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan terhadap petisyen pengampunan itu.
"Statusnya (Anwar) sebagai anggota Parlimen akan terjawab selepas lembaga pengampunan membuat keputusannya. Setakat ini kelayakannya sebagai anggota Parlimen tidak akan terlucut," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.
Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong akan mempengerusikan prosiding pengampunan itu dengan dinasihati oleh anggota lembaga pengampunan terdiri daripada empat atau lima orang termasuk Peguam Negara.
Peguam, Amer Hamzah Arshad berkata Anwar masih lagi anggota Parlimen dan ia jelas termaktub dalam Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seseorang anggota Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhi hukuman penjara minimum setahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan bebas.
Beliau menjelaskan "belum mendapat pengampunan bebas" bermakna, Anwar masih anggota Parlimen sehingga keputusan petisyen pengampunannya diputuskan.
Peguam kanan, Datuk Hazman Ahmad yang banyak mengendalikan kes jenayah pula berkata keputusan sesuatu petisyen pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong biasanya akan mengambil masa dan ia berdasarkan kepada fakta kes masing-masing.
Beliau berkata tiada had masa ditetapkan di bawah peruntukan undang-undang untuk Yang di-Pertuan Agong mendengar dan memutuskan petisyen yang dikemukakan kerana ia merupakan budi bicara dan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong.
"Ada mengambil masa sehingga tiga tahun, terpulang kepada kes masing-masing. Ada kes melibatkan hukuman gantung mengambil masa sehingga lima tahun untuk diputuskan," katanya.
Menjelaskan prosiding pengampunan itu, Hazman berkata tertuduh tidak perlu hadir untuk mendengar petisyen itu seperti di mahkamah kerana Yang di-Pertuan Agong akan bersidang bersama anggota lembaga pengampunan sahaja.
Selepas itu baharulah keputusan dibuat atas nasihat anggota lembaga pengampunan itu, katanya.
Semalam, isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, serta anak-anaknya, Nurul Izzah dan Nurul Nuha mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pihak ketua pembangkang itu berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pada 10 Feb lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun dihadapinya bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008.
Bernama
Wed Feb 25 2015

Wan Azizah serta anak-anaknya Nurul Izzah dan Nurul Nuha mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pihak Anwar. -Foto Fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa
Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab bersama oleh pemimpin, guru, pendidik, dan ibu bapa demi kejayaan anak bangsa, serta mengimbau peranan besar seorang guru dan pendidik.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.