NILAI: Penganjuran sebarang program menjelang dan pada Ramadan hendaklah menjurus ke arah membina dan menambah ketakwaan kepada umat Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata pihak penganjur perlu lebih sensitif dalam menganjurkan sebarang program dengan mengambil kira kepentingan dan kesucian agama Islam terutama dalam suasana menyambut ketibaan Ramadan.
"Kita galakkan supaya ketika Ramadan atau menjelang bulan itu, perbanyakkan usaha ke arah memperkukuh iman dan takwa. Apa sahaja aktiviti (boleh dianjurkan) termasuk ceramah dan sebagainya, pelbagai kaedah dibuat untuk mengisi (Ramadan) sekali gus membina Madrasah Ramadan.
"Sebagai contoh program di Johor oleh artis, Alif Satar yang menggerakkan kempen #GengSubuhMacamJumaat...yang ini kita dukung. Program yang membawa masyarakat untuk dekat kepada Allah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Syarahan Malaysia Harmoni di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan beberapa pihak merancang menganjurkan konsert atau program kesenian di negara ini menjelang Ramadan.
Mohd Na'im berkata pihak penganjur dan mufti juga perlu berbincang dan mencari jalan terbaik sekiranya berlaku perbezaan pandangan dalam sesuatu isu seterusnya dapat memanfaatkan masyarakat.
"Dalam konteks membina harmoni, saya syorkan supaya penganjur dan mufti duduk semeja berbincang dengan cara baik...pembinaan hubungan bukan hanya dengan Allah tapi perlu diperkukuh hubungan sesama manusia," katanya.
Beliau berkata golongan mufti juga perlu mengeluarkan pandangan secara berhati-hati dan tidak mendatangkan kegusaran masyarakat Islam.
Mengenai program Syarahan Malaysia Harmoni anjuran Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini, beliau berkata ia merupakan platform memperkasa penghayatan bagi memperkukuh kesejahteraan dan keharmonian negara.
Beliau berkata Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) yang diuruskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kementerian Perpaduan Negara juga diaktifkan semula bagi memperkukuh perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.
Sementara itu, beliau turut mengesyorkan kursus Pendidikan Keamanan diperkenalkan kepada mahasiswa sekali gus membangunkan penghayatan mengenai kepentingan keamanan dalam kalangan generasi muda dan masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024

Mohd Na'im menyampaikan syarahan pada Program Syarahan Harmoni Siri I di Dewan Senat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini. - Foto Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Anjur program pupuk keimanan, ketakwaan menjelang Ramadan - Mohd Na’im
Penganjuran sebarang program menjelang dan pada Ramadan hendaklah menjurus ke arah membina dan menambah ketakwaan kepada umat Islam.

Sultan Muhammad V sumbang RM1 juta bantu golongan asnaf terkesan PKP
Sumbangan RM1 juta itu menggunakan peruntukan yang disediakan oleh MAIK bagi tujuan program bersama baginda sepanjang Ramadan.