Pihak polis telah mengenal pasti pegawai yang terlibat dan bertanggungjawab merakam serta menyebarkan klip video seorang penyanyi yang disyaki terlibat dadah ketika ditahan di dalam lokap.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat dalam satu kenyataan menyebut bahawa siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diteruskan bagi mengenal pasti pegawai dan anggota lain yang turut terlibat dalam menyebarkan video berkenaan.
“Siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan lanjut.
"Siasatan dalaman daripada segi salah laku dan pematuhan Standard Operating Prosedure (SOP) juga sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM Selangor,” kata kenyataan itu.
Polis Selangor memberi jaminan bahawa siasatan yang telus akan dijalankan tanpa melindungi sesiapa dan tindakan dalaman mengikut peraturan tata tertib akan dikenakan terhadap anggota polis yang terlibat.
Video berdurasi 1 minit 21 saat itu memaparkan penyanyi utama kumpulan Slam, Zamani, diminta menyanyikan lagu hitnya ‘Gerimis Mengundang’ dalam keadaan duduk dan tangan bergari.
Video tersebut telah dimuat naik di sosial media dan menjadi viral, seterusnya mengundang pelbagai reaksi pengguna laman sosial sehingga ada yang bersimpati dengan nasib penyanyi berusia 43 tahun itu.
Ia susulan laporan seorang penyanyi yang ditahan bersama seorang wanita di kediamannya di Keramat kerana dipercayai positif dadah pada Rabu.
Astro Awani
Thu Jan 22 2015
Polis Selangor memberi jaminan bahawa siasatan yang telus akan dijalankan tanpa melindungi sesiapa.
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
4 penjenayah ditembak mati semalam dipercayai turut terlibat dalam kes di Selangor
Empat penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan sepasukan anggota polis di hadapan ITBM di Kuala Lumpur semalam dipercayai turut terlibat dalam kes samun di Selangor.
Pembunuhan Jong Nam: Polis sah sampel diambil dari kondominium Verve Suites
Tindakan mengambil sampel tersebut daripada kondominium The Verve Suite pada Khamis merupakan sebahagian daripada prosedur siasatan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
Khalid tepis dakwaan lambat proses penyerahan mayat Jong-Nam
Selagi ujian deoksiribonukleik (DNA) daripada waris tidak diperolehi bagi melengkapkan siasatan, pihak Korea Utara harus mengikuti peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara ini.
Keluarga 'Kim' diberi keutamaan tuntut mayat Kim Jong-nam - Ketua Polis Selangor
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi keutaman kepada keluarga 'Kim' untuk menuntut mayat Kim Jong-nam di Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.
Kes bunuh Kim Jong-nam: Kawalan pintu keluar masuk negara diperketat
Kawalan keselamatan pintu keluar-masuk di seluruh negara kini diperketat susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, pada Isnin lepas.
Polis sedang kesan dua wanita dipercayai terlibat pembunuhan Kim Jong Nam
Polis sedang mengesan dua wanita dipercayai terlibat dengan pembunuhan Kim Jong Nam iaitu abang tiri kepada presiden Korea Utara, Kim Jong Un.
Henti sebar nombor pendaftaran kereta terlibat kes belasah di Ampang
Polis menasihatkan orang ramai agar berhenti menyebarkan nombor plat kenderaan Mercedes Benz yang terbabit dalam kes seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan individu.
Polis ingatkan parti menang tidak buat perarakan
Tindakan sedemikian dikhuatiri mencetuskan perkara yang tidak diingini selain menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong parti kalah.
Serangan di Jakarta: Polis Selangor tingkatkan kawalan
Polis Selangor meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan tumpuan orang ramai berikutan insiden pengeboman di Jakarta pada Khamis.
Polis perlu sentiasa jaga imej elak tanggapan buruk masyarakat
Pegawai dan anggota polis perlu sentiasa menjaga kelakuan serta imej pasukan bagi mengelakkan tanggapan buruk di kalangan masyarakat.