Kawalan keselamatan pintu keluar-masuk di seluruh negara kini diperketat susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, pada Isnin lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata langkah ini termasuk memperketat pemantauan dan kawalan keluar-masuk penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan klia2.
Ini bagi mengelakkan kemungkinan terdapat suspek lain yang terlibat dengan pembunuhan kes ini daripada lari meninggalkan negara, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menurutnya pihak berkuasa sedang melihat kes ini daripada pelbagai sudut termasuk memberi tumpuan untuk mengesan sebarang suspek lain yang terlibat.
"Selain itu, kami sedang menunggu respons daripada Kedutaan Korea Utara di Malaysia berkaitan maklumat yang kami minta untuk membantu siasatan kes ini," katanya.
Ditanya sama ada kemungkinan suspek lain masih berada dalam negara ini, beliau enggan mengulas dan sebaliknya berkata polis masih menyiasat.
Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam satu kenyataan berkata wanita kedua yang ditahan awal pagi ini berkaitan pembunuhan itu adalah pemegang pasport Indonesia bernama Siti Aishah dan dilahirkan di Serang, Indonesia, pada 11 Feb 1992.
Tangkapan kedua itu susulan penahanan seorang suspek wanita dikenali sebagai Doan Thi Huong, 29, yang memegang pasport Vietnam, di klia2 pada pukul 8.20 pagi semalam.
Sementara itu, tinjauan Bernama di klia2 mendapati terminal udara yang dibuka pada 2014 itu sibuk dengan pergerakan penumpang tempatan dan luar negara sambil dipantau oleh anggota keselamatan.
Seorang anggota keselamatan yang ditemui berkata kes pembunuhan yang berlaku di lapangan terbang itu tidak menjejaskan prosedur keselamatan sedia ada kerana kawalan di terminal udara itu sememangnya sentiasa dipantau rapi.
"Setiap penumpang diperiksa secara teliti sebelum mereka memasuki pintu pelepasan sama ada penerbangan domestik atau antarabangsa," katanya yang enggan namanya didedahkan.
Di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur (HKL), sekumpulan 20 media asing dan tempatan masih lagi menunggu di kawasan itu bagi mendapatkan perkembangan terkini kes berkenaan yang mendapat perhatian antarabangsa.
Mayat Jong-nam selesai dibedah siasat petang semalam dan sehingga ini belum dapat dipastikan sama ada terdapat pihak menuntut mayatnya.
Jong-Nam, yang hidup terasing daripada adiknya Jong-Un, dilaporkan berada di klia2 pada pukul 8 pagi Isnin lepas untuk menaiki penerbangan ke Macau pada 9 pagi.
Beliau dilaporkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya dari klia2 setelah mengadu kurang sihat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2017

ABDUL SAMAH: Kawalan keselamatan pintu keluar-masuk di seluruh negara kini diperketat susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam. - Gambar fail

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

4 penjenayah ditembak mati semalam dipercayai turut terlibat dalam kes di Selangor
Empat penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan sepasukan anggota polis di hadapan ITBM di Kuala Lumpur semalam dipercayai turut terlibat dalam kes samun di Selangor.

Pembunuhan Jong Nam: Polis sah sampel diambil dari kondominium Verve Suites
Tindakan mengambil sampel tersebut daripada kondominium The Verve Suite pada Khamis merupakan sebahagian daripada prosedur siasatan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Khalid tepis dakwaan lambat proses penyerahan mayat Jong-Nam
Selagi ujian deoksiribonukleik (DNA) daripada waris tidak diperolehi bagi melengkapkan siasatan, pihak Korea Utara harus mengikuti peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara ini.

Keluarga 'Kim' diberi keutamaan tuntut mayat Kim Jong-nam - Ketua Polis Selangor
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi keutaman kepada keluarga 'Kim' untuk menuntut mayat Kim Jong-nam di Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Kes bunuh Kim Jong-nam: Kawalan pintu keluar masuk negara diperketat
Kawalan keselamatan pintu keluar-masuk di seluruh negara kini diperketat susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, pada Isnin lepas.

Polis sedang kesan dua wanita dipercayai terlibat pembunuhan Kim Jong Nam
Polis sedang mengesan dua wanita dipercayai terlibat dengan pembunuhan Kim Jong Nam iaitu abang tiri kepada presiden Korea Utara, Kim Jong Un.

Henti sebar nombor pendaftaran kereta terlibat kes belasah di Ampang
Polis menasihatkan orang ramai agar berhenti menyebarkan nombor plat kenderaan Mercedes Benz yang terbabit dalam kes seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan individu.

Polis ingatkan parti menang tidak buat perarakan
Tindakan sedemikian dikhuatiri mencetuskan perkara yang tidak diingini selain menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong parti kalah.

Serangan di Jakarta: Polis Selangor tingkatkan kawalan
Polis Selangor meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan tumpuan orang ramai berikutan insiden pengeboman di Jakarta pada Khamis.

Polis perlu sentiasa jaga imej elak tanggapan buruk masyarakat
Pegawai dan anggota polis perlu sentiasa menjaga kelakuan serta imej pasukan bagi mengelakkan tanggapan buruk di kalangan masyarakat.