Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat mengesahkan pihak polis telah mengambil sampel daripada sebuah kondominium di Jalan Klang Lama yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Kim Jong-nam.
Beliau berkata tindakan mengambil sampel tersebut dari kondominium Verve Suites pada Khamis merupakan sebahagian daripada prosedur siasatan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
"Namun kita tidak dapat mengesahkan secara spesifik sama ada sampel itu berupa cecair atau bahan kimia. Belum dapat disahkan secara positif kerana ia masih disiasat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan festival JomFest Carnival-BigFood di sini hari ini.
Abdull Samah juga berkata pihak polis sedang bekerjasama dengan Jabatan Kimia, Jabatan Forensik dan Agensi Nuklear Malaysia untuk menyiasat sama ada bahan yang digunakan dalam kes pembunuhan tersebut mempunyai kesan radioaktif.
"Ia hanya berupa langkah berjaga-jaga yang diambil pihak polis berikutan terdapat kebimbangan dalam kalangan orang awam berhubung bahan yang digunakan dalam pembunuhan itu.
"Siasatan turut meliputi semua lokasi berkaitan kes," tambahnya.
Mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa seorang lelaki telah ditahan dalam serbuan itu, Abdul Samah menafikan laporan itu dengan berkata tiada tangkapan baru dilakukan.
Mengenai kerjasama daripada pihak kedutaan Korea Utara bagi membolehkan pegawai kedutaannya untuk turut dipanggil bagi disoal siasat, beliau berkata setakat ini tiada sebarang pegawai daripada kedutaan itu yang tampil bagi membantu siasatan kes.
Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberi masa yang sesuai kepada pihak kedutaan untuk menyerahkan individu yang dikehendaki tersebut.
"Satu notis akan dikeluarkan apabila tempohnya berakhir untuk meminta individu berkenaan hadir bagi disiasat. Sekiranya notis itu tidak dipatuhi, pihak polis akan meminta mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap.
"Di sebalik mempunyai kekebalan diplomatik, pihak polis akan menggunakan kuasa mereka untuk memanggil sesiapa sahaja bagi membantu siasatan kerana kes itu disiasat sebagai kes jenayah," kata Abdul Samah.
Jong-nam yang merupakan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 8 pagi 13 Feb lalu untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita menghampiri dan menyapu mukanya dengan tangan mereka yang dipercayai telah diliputi dengan cecair beracun.
Susulan kejadian itu, dia yang datang ke Malaysia pada 6 Feb dengan memiliki pasport atas nama Kim Chol telah mengadu mengenai kejadian yang dialaminya kepada petugas keselamatan di klia2, namun dia meninggal dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
PDRM kemudiannya menahan empat individu, dua daripadanya wanita, seorang memegang pasport Indonesia manakala sorang lagi pasport Vietnam.
Dua lagi lelaki itu, seorang daripadanya adalah warga Malaysia sementara seorang lagi warga Korea Utara. Warga Malaysia itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. -- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2017

Tindakan mengambil sampel tersebut daripada kondominium Verve Suites pada Khamis merupakan sebahagian daripada prosedur siasatan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. -Gambar fail/Reuters

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

4 penjenayah ditembak mati semalam dipercayai turut terlibat dalam kes di Selangor
Empat penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan sepasukan anggota polis di hadapan ITBM di Kuala Lumpur semalam dipercayai turut terlibat dalam kes samun di Selangor.

Pembunuhan Jong Nam: Polis sah sampel diambil dari kondominium Verve Suites
Tindakan mengambil sampel tersebut daripada kondominium The Verve Suite pada Khamis merupakan sebahagian daripada prosedur siasatan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Khalid tepis dakwaan lambat proses penyerahan mayat Jong-Nam
Selagi ujian deoksiribonukleik (DNA) daripada waris tidak diperolehi bagi melengkapkan siasatan, pihak Korea Utara harus mengikuti peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara ini.

Keluarga 'Kim' diberi keutamaan tuntut mayat Kim Jong-nam - Ketua Polis Selangor
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi keutaman kepada keluarga 'Kim' untuk menuntut mayat Kim Jong-nam di Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Kes bunuh Kim Jong-nam: Kawalan pintu keluar masuk negara diperketat
Kawalan keselamatan pintu keluar-masuk di seluruh negara kini diperketat susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, pada Isnin lepas.

Polis sedang kesan dua wanita dipercayai terlibat pembunuhan Kim Jong Nam
Polis sedang mengesan dua wanita dipercayai terlibat dengan pembunuhan Kim Jong Nam iaitu abang tiri kepada presiden Korea Utara, Kim Jong Un.

Henti sebar nombor pendaftaran kereta terlibat kes belasah di Ampang
Polis menasihatkan orang ramai agar berhenti menyebarkan nombor plat kenderaan Mercedes Benz yang terbabit dalam kes seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan individu.

Polis ingatkan parti menang tidak buat perarakan
Tindakan sedemikian dikhuatiri mencetuskan perkara yang tidak diingini selain menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong parti kalah.

Serangan di Jakarta: Polis Selangor tingkatkan kawalan
Polis Selangor meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan tumpuan orang ramai berikutan insiden pengeboman di Jakarta pada Khamis.

Polis perlu sentiasa jaga imej elak tanggapan buruk masyarakat
Pegawai dan anggota polis perlu sentiasa menjaga kelakuan serta imej pasukan bagi mengelakkan tanggapan buruk di kalangan masyarakat.